Ayda Jebat Menakluk Awan






Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat melakar sejarah tersendiri apabila bakal mengadakan persembahan di awan biru pada aras ketinggian 38,000 kaki sempena penganjuran Minggu Muzik Malaysia (MMM) 2019 awal Ogos depan.

Ayda, 27, dijangka mengadakan persembahan selama 30 minit dengan beberapa buah lagu popularnya menerusi penerbangan AirAsia yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat itu menyifatkan pemilihan tersebut adalah pengalaman paling bermakna sepanjang kariernya.

“Sejujurnya, saya tidak sabar menantikan hari persembahan. Pertama kali menyanyi pada ketinggian 38,000 kaki di udara menjadikannya pengalaman paling indah buat saya.

“Meskipun sibuk dengan jadual kerja tanpa henti sehingga sukar untuk berlatih, tetapi saya harap dapat lakukan sehabis baik dan menghiburkan semua penumpang penerbangan itu nanti,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Persembahan tersebut dijangka bakal dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai persembahan muzik secara langsung pada paras tertinggi.

Minggu Muzik Malaysia merupakan perayaan muzik tempatan yang berlangsung selama seminggu dengan edisi sulungnya bermula di sekitar Kuala Lumpur dari 9 hingga 15 September depan.

Bagaimanapun, Ayda hanya akan membuat persembahan secara solo tanpa iringan penari kerana memikirkan aspek keselamatan.

“Rasanya tidak boleh ada penari kerana sukar untuk bergerak dalam pesawat. Jadi, saya perlu hiburkan penumpang dengan cara tersendiri. Sebanyak empat hingga lima buah lagu berada dalam senarai untuk dinyanyikan,” jelasnya.



Cindai

Sementara itu ketika menyentuh soal lakonan, Ayda baru-baru ini mencuri tumpuan peminat apabila berkongsi beberapa video dan gambar ketika menjalani penggambaran drama Cindai yang bakal bersiaran menerusi slot Samarinda TV3 tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, apa yang menarik perhatian peminat adalah imej watak Cindai yang selekeh dan tidak terurus.

Jelas Ayda, Cindai adalah watak yang paling mencabar pernah dilakonkannya kerana sarat dengan perubahan emosi.

“Watak Cindai ada simptom penyakit gangguan mental, tetapi dia tidak tahu mengenainya. Bagaimanapun, orang di sekeliling nampak kelakuannya yang sering berubah-ubah.

“Ini adalah watak yang sangat mencabar sampai membuatkan saya berasa sangat penat kerana banyak bermain dengan emosi. Itu belum lagi babak-babak seperti hampir dirogol, berlari dan terjatuh sehingga meninggalkan kesan lebam memandangkan kulit saya memang sensitif,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu mengakui tidak kisah untuk tampil selekeh dan tidak cantik kerana sedar tanggungjawab seorang pelakon adalah menyampaikan cerita kepada penonton.

Di sebalik kesibukan dengan karier lakonannya, penyanyi lagu Siapa Diriku itu tetap mencuri masa menyiapkan projek album perdananya yang bakal dilancarkan menjelang awal tahun depan.

Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu itu mendapat sentuhan daripada beberapa orang komposer Indonesia seperti Irwan Simanjuntak dan komposer tempatan.

“Terdapat dua bahagian dalam album ini iaitu lima lagu balada dan lima pop. Lagu balada sudah disiapkan dan masih dalam proses menyelesaikan bahagian lagu pop yang merupakan kerjasama dengan komposer tempatan.

“Bukan saya tidak mahu bekerjasama dengan komposer tempatan, tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum bertemu dengan orang yang serasi dengan muzik saya. Kalau ada, saya sentiasa terbuka untuk menggunakan khidmat mereka,” jelas Ayda.

Putus cinta

Menyentuh soal kisah peribadinya, baru-baru ini timbul cerita mengatakan hubungan Ayda dengan pelakon Redza Rosli yang sebelum ini mesra bertukar dingin dan renggang.

Ditebak dengan persoalan itu, Ayda menjelaskan dia tetap positif terhadap sebarang spekulasi yang timbul.

Namun begitu, jelas Ayda sebelum ini dia tidak pernah membuat sebarang penafian terhadap apa yang berlaku. Hal ini kerana, dia tidak pernah menidakkan atau mengiyakan tentang kesahihan hubungan mereka.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tidak ada istilah putus cinta. Apa yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan bekerja dengan cara yang baik.

“Sebelum ini kami memang profesional. Cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan ramai kerana sering dilihat bersama,” jelas Ayda.

Biarpun mengunci mulut mengenai episod putus cinta, namun desas-desus yang bertebaran mendakwa hubungannya bersama Redza menjadi dingin kerana orang ketiga.

Apa yang tidak manisnya, orang ketiga yang dimaksudkan adalah pelakon Oktovia Manrose. Difahamkan Oktovia dan Redza menjadi rapat selepas kedua-duanya bergandingan dalam sebuah drama.

Mengakui terkejut dengan spekulasi tersebut, Ayda bagaimanapun enggan perkara peribadinya dikaitkan dengan orang lain.

“Saya sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan nama pelakon wanita itu. Bagi saya tidak perlu kaitkan perkara ini dengan orang lain.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih-lebih sebab terdapat banyak hati yang perlu dijaga. Bukan sahaja diri saya, tetapi juga pihak sebelah sana.

“Pada masa sama, saya dan Redza juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan sebarang kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik buat masa ini,” ulasnya panjang lebar.

Biarpun mengakui akan bersikap profesional, namun pelantun lagu Pencuri Hati itu masih belum bersedia untuk digandingkan bersama Redza dalam sebuah projek buat masa ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/ayda-jebat-menakluk-awan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Cindai Lakonan Ayda Jebat Dan Syazuwan Hassan

Drama Cindai Lakonan Ayda Jebat Dan Syazuwan Hassan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 1607 hits
Drama terbaru Cindai akan bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3 Terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd idea asal Sari Hermawati skrip Markoto Kobota Chinta Nadeesha dan arahan pengarah Azman Yahya Bersiaran selama 15 episod Para PelakonAyd...
Ayda Jebat Tak Tahu Oktovia Manrose Punca Putus Cinta

Ayda Jebat Tak Tahu Oktovia Manrose Punca Putus Cinta

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1894 hits
Didakwa putus cinta dengan pelakon Redza Rosli Ayda Jebat enggan memberikan komen mengenai penglibatan Oktovia Manrose sebagi punca Jelas Ayda beliau tidak The post appeared first on
Saya Tak Beli Penonton Menipu Bukan Cara Saya Ayda Jebat

Saya Tak Beli Penonton Menipu Bukan Cara Saya Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 509 hits
Apa saja lagu nyanyian Ayda Jebat pasti akan hit di YouTube meskipun lagunya itu jarang di mainkan di radio Dalam tempoh enam bulan lagu terbarunya Temberangkini mencatat sebanyak 21 juta tontonan Timbul dakwaan pihak tertentu mendakwa dia ...
Ayda Jebat Putus Hubungan Dengan Redza Rosli

Ayda Jebat Putus Hubungan Dengan Redza Rosli

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 899 hits
Pelakon dan penyanyi molek Ayda Jebat tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengaitkan namanya dengan seorang pelakon bernama Redza Rosli yang didakwa dengan kebanyakan pihak bahawa hubungan mereka terputus di tengah jalan Ayda berkata be...
43 Tahun Berkhidmat Di Atas Awan Detik Persaraan Juruterbang Ini Undang Sebak

43 Tahun Berkhidmat Di Atas Awan Detik Persaraan Juruterbang Ini Undang Sebak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 216 hits
Detik terakhir ketika menjalankan tugas sudah pastinya merupakan saat paling hiba bagi setiap pekerja Mana tidaknya tanggungjawab yang digalas bertahun tahun malah mencecah puluhan tahun akhirnya akan berakhir Begitulah yang dialami oleh se...
Gunung Merapi 3 Kali Muntahkan Awan Panas

Gunung Merapi 3 Kali Muntahkan Awan Panas

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 296 hits
Gunung Merapi kembali mengeluarkan tiga kali awan panas selama Minggu Pertama pukul 10 27 WIB dengan jarak luncur 1 100 meter ke Kali Gendol Awan panas guguran kembali terjadi di pukul 18 01 dan 18 21 WIB Awan panas guguran itu meluncur sej...
Merapi Keluarkan Awan Panas Guguran Sejauh 1000 Meter

Merapi Keluarkan Awan Panas Guguran Sejauh 1000 Meter

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 188 hits
Kepala Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Hanik Humaida mengatakan awan panas guguran terjadi pada Rabu pukul 06 16 WIB
Jebat Itu Kasturi

Jebat Itu Kasturi

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 314 hits
Semua orang Melayu mesti tahu bahawa kasturi itu adalah sesuatu yang berbau harum Dan Hang Kasturi adalah salah seorang pahlawan Melaka yang terkenal Ironinya apabila Tedi periksa maksud Jebat ia dihampirkan kepada Kasturi kerana Jebat juga...
Microsoft Kelak Akan Menyokong Pemasangan Semula Windows 10 Dari Storan Awan

Microsoft Kelak Akan Menyokong Pemasangan Semula Windows 10 Dari Storan Awan

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 251 hits
Antara perkara yang kerap kami lakukan suatu masa dahulu ialah melakukan pemasangan semula sistem operasi Windows setahun sekali Sebuah cakera padat Windows sentiasa disimpan Kini proses yang sama memerlukan kami memuat turun dahulu satu sa...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Tak Cukup Tangan Caprice Terkejut Terima Lebih 900 Aduan Baru

Benci Kesalahan Jangan Benci Orang Yang Salah Ig Ibu Lesap Aisyah Aziz Kongsi Quote Nasihat

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penstrukturan Semula Kwsp 2024