Ayat Cinta Yang Tidak Boleh Dipercayai


Ayat cinta yang tidak boleh dipercayai| Ayat cinta atau kata-kata cinta. Masa bercinta semuanya indah belaka. Bak kata lirik lagu Haida, "Sesaat tak bersua bagai berabad tidak berjumpa, Rindu merasuk diri kesetengah mati, Buruk dimata orang pada matamu indah belaka, Tiada walau sekuman cacat cela". Semuanya manis belaka. Namun yang indah tidak semestinya berakhir dengan senyuman. Adakala juga berakhir dengan kedukaan. Begitulah ibarat dalam percintaan. Ada yang berjaya sampai hingga ke jinjang pelamin, ada yang musnah di tengah jalan. Walaupun jodoh dan pertemuan telah ditentukan qada dan qadar, percayalah beberapa potong ayat cinta yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya sebelum ikatan percintaan itu benar-benar sah dan kekal.


"Tolong percaya saya". Kata-kata ini sangat mendesak untuk menyakinkan pasangan. Biasanya dilafazkan pada peringkat genting untuk membuatkan pasangan percaya dan meneruskan hubungan seperti biasa. Tanpa mencari, melihat dan menyelidik kebenaran, anda mungkin akan menjadi buta kerana cinta dan kekal terpedaya dengan kata-kata tersebut. Dalam bahasa Inggeris, "Please trust me" boleh membuat anda semakin hanyut dalam kegelapan cinta. Sesekali dilafazkan boleh dimaafkan tetapi jika kata-kata ini acapkali diucapkan, maka tiada yang istimewa dengan kata-kata "Tolong percaya saya".

"Saya sedang sibuk" boleh jadi kata cinta untuk mengelak dan menyediakan ruang secukupnya untuk berfikir kembali hubungan cinta antara pasangan masing-masing. Namun jika ianya bersesuaian dengan bidang kerja pasangan, ia boleh menjadi kata-kata yang benar. Jika ia sebaliknya, ia mampu menjadi kata-kata yang cukup dusta. Sebagai contoh, andai pasangan anda mempunyai waktu kerja pejabat 08.00 AM hingga 05.00 PM, sangat mustahil ia sangat sibuk pada jam 9.00 malam setiap hari kecuali dia masih lagi mahu bermain-main dengan pasangannya. Namun jangan terlalu mendesak untuk dia mengemaskini aktivitinya kerana ia akan membuatkan pasangan anda meluat dengan sikap anda. Lebih baik tinggalkan dia kerana dia akan menjadi sangat sibuk setelah berkahwin dengan anda.

"Saya sayang awak, saya rindu awak" adalah kata-kata yang kerap kali diucapkan dalam perhubungan. Apabila ia terlalu senang dilafazkan maka ianya bukan kata-kata yang sangat bernilai pada masa ini. Untuk menilai sayang dan cinta seseorang kepada seseorang, nilailah dengan perbuatannya. Seseorang yang sayang dan cinta kepada seseorang yang lain akan menjaga seseorang itu sehingga dia memperisterikan/bersuamikan orang itu. Dengan kata lain, menjaga itu bermaksud menjaga batas-batas yang sepatutnya dalam perhubungan, menjaga hubungan dengan keluarga pasangannya dan menjaga adabnya dengan pasangan masing-masing. Jika anda disakiti saat bercinta, ianya bukan jaminan anda bahagia selepas berkahwin.

"Susah senang kita bersama selamanya" satu lagi kata-kata yang boleh buat anda menderita. Duit tidak boleh membeli cinta tetapi dengan duit anda boleh hidup bersama. Jika anda faham maksud hidup bersama adalah pasangan bercinta bersama-sama mengharungi jenis ujian dalam rumahtangga selepas berkahwin. Begitu banyak kes pasangan meninggalkan pasangan masing-masing ketika diuji dengan kesusahan dan mencari kesenangan baru bersama orang lain. Walaupun terdapat kes pasangan tetap setia bersama pasangannya, namun pasangan anda ketika bercinta belum tentu sanggup bersama ketika anda berada dalam keadaan susah. Ya, sangat ramai yang mahukan bersama pasangan ketika senang sahaja.

"Saya akan menunggu awak" sangat jarang ditemui orang yang sanggup menunggu seseorang dalam keadaan belum mempunyai ikatan yang sah. Sudah tentu ada pasangan suami/isteri yang sanggup tunggu pasangannya biarpun mereka telah pergi selamanya. Dalam kes percintaan, sudah tentu anda tidak boleh mempercayainya kerana tujuan asal bercinta adalah untuk mencari pasangan untuk dikahwini dan apabila sampai pada masa yang mendesak, mereka yang menunggu akan mencari orang lain untuk dikahwini. Dengan bahasa mudahnya, ya mereka sanggup menunggu namun ianya sangat terhad pada satu tempoh sahaja dan bukan selamanya bergantung kepada kesanggupan dia menunggu.

"Saya tidak akan curang" adalah ayat yang sering diucapkan oleh pasangan bercinta namun hakikatnya dia mungkin tidak boleh dipercayai selari dengan kata-katanya. Apalagi jika dia mengucapkan "Saya seorang yang setia" kepada anda pada peringkat awal percintaan. Hal ini kerana, kata-kata ini adalah kata-kata yang perlu dibuktikan dengan tindakan dan bukan sahaja diucapkan dengan bahasa yang manis sahaja. Ayat-ayat manis menggoda telah saya ulas sebelum ini. Sudah tentu anda perlu berhati-hati dengan ayat ini memandangkan ini adalah ayat penyelamat si pasangan yang curang ketika cintanya diragui.

"Saya tidak akan permainkan perasaan awak". Benarkah? Sudah tentu tidak jika anda pernah dikecewakan. Kata-kata ini sangat mengguris hati jika diingati namun jika anda sanggup percaya 100% terhadap pasangan anda, anda mungkin akan merasa kecewa di kemudian hari. Bertahun-tahun bercinta bukan menjamin dia hak milik kekal anda kerana hati boleh berubah selari dengan keinginannya. Jika semua keinginannya telah dinikmati sebelum dia berkahwin maka apalagi gunanya barang yang telah lusuh dan lama. Oleh itu, berhati-hati semasa bercinta agar tidak menjadi mainan perasaan kerana sekali anda jatuh cinta pada pasangan yang suka mempermainkan perasaan orang lain, anda akan hadapai perasaan kecewa dan menangis kesedihan.

"Lautan api sanggup ku renangi, gunung yang tinggi sanggup ku daki". Kata-kata ini langsung tidak relevan dalam percintaan kini kerana perumpamaan ini mampu menyokong kata-kata cinta yang lain. Bermadah berhelah dari mulut yang sangat manis akan menjerat anda ke lembah kegagalan dalam bercinta. Realitinya tidak seindah ucapannya, kerana jika benar ada api dihadapannya, mustahil pasangan anda mampu meredahnya. Jadi jangan percaya kata-kata bermadah pada peringkat bercinta kerana seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, apabila episod percintaan itu diduga, mungkin dia akan meninggalkan anda bersendirian.

"Saya sayang kamu kerana Allah SWT". Sungguh ramai orang menjadikan agama sebagai tunggangannya. Walaupun mereka yang mengucapkan kata-kata itu sentiasa berketayap, ia mungkin bukan dari hati yang iklas dan jujur. Kata-kata tersebut diucapkan seolah-olah sebagai kata-kata yang tulus namun jika terpedaya, anda mungkin boleh menjadi isteri ke-4 kepada pasangan anda. Oleh itu berhati-hati jika bercinta dengan golongan Pak Haji ini kerana jika tidak dikawal, agama digendongnya akan mengaburi pandangan anda berkenaan cinta.

Cinta bukan sahaja perlu dibuktikan dengan kata-kata. Cinta harus dijelmakan dengan perbuatan sifat kasih sayang yang ikhlas dan diterima oleh kedua-dua pasangan yang bercinta. Ianya tidak boleh ada perasaan mendesak untuk diterima antara satu sama lain. Sama ada lelaki atau perempuan. Jika terdapat percanggahan yang besar dalam perhubungan, maka seeloknya berpisah pada peringkat permulaan sahaja kerana pada masa itu, hati anda belum benar-benar dimiliki dan memiliki. Jika anda telah menyerahkan separuh jiwa kepada pasangan anda, amat sukar untuk anda keluar dari belenggu cinta tersebut. Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bilalelakiberbicara.com/2018/10/ayat-cinta-yang-tidak-boleh-dipercayai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkhidmatan Kereta Sewa Yang Boleh Dipercayai Di Kota Kinabalu

Perkhidmatan Kereta Sewa Yang Boleh Dipercayai Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 696 hits
Percutian ke Sabah ini merupakan percutian saya kali yang kedua Kali pertama saya datang ke Sabah adalah pada tahun 2017 Tak sangka bila dah datang ke sini rasa macam tak boleh nak move on Mungkin sebab saya ni secara semula jadi memang suk...
Ayat Ini Boleh Bakar Jin

Ayat Ini Boleh Bakar Jin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 488 hits
Ayat Ruqyah Perlindungan DiriDi Antara Tanda Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Ada Gangguan Jin Saka Adalah Seperti Yang Dinyatakan Berikut Gejala Pada Waktu Tidur Mimpi melihat budak kecil Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkan...
Anak 2 Tahun Belum Boleh Sambung Ayat Semasa Bercakap Ibu Bapa Perlu Periksa 2 Perkara Ini

Anak 2 Tahun Belum Boleh Sambung Ayat Semasa Bercakap Ibu Bapa Perlu Periksa 2 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 392 hits
Bila kanak kanak mencecah usia 2 tahun kanak kanak biasanya sudah mula bina ayat Tapi sebelum tu ada beberapa perkara yg meraka perlu ada Kalau mereka belum kuasai 2 perkara ini mereka tidak dapat menyambung ayat Sebagai ibu bapa anda perlu...
Kerjaya Yang Anda Boleh Pilih Untuk Dilakukan Dari Rumah

Kerjaya Yang Anda Boleh Pilih Untuk Dilakukan Dari Rumah

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 279 hits
Adakah anda sudah berjaya dapatkan internet berkelajuan tinggi bagi rumah kediaman anda Bagi pengguna unifi ada antara pelanggan sedia ada yang telah berjaya menikmati kelajuan tambahan sehingga 10 kali ganda Kalau sebelum ini pakej yang di...
Ibu Mengandung Boleh Tak Pakai Wd

Ibu Mengandung Boleh Tak Pakai Wd

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 289 hits
Assalamualaikum Hai Bila ompompuan ni mengandung memang takut nak pakai sebarangan produk komestik kan Tak kira la yang makan punya ke yang pakai luaran je ke Risau sangat boleh efek kat baby semata mata nak nampak cantik Nak tak nak kena j...
Hutang Negara Bukanlah Isu Yang Boleh Di Manupulasi Untuk Dapatkan Political Mileage

Hutang Negara Bukanlah Isu Yang Boleh Di Manupulasi Untuk Dapatkan Political Mileage

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 355 hits
Parti Islam Se Malaysia meminta Menteri Kewangan untuk membentangkan satu kertas putih mengenai kedudukan sebenar kewangan Kerajaan Persekutuan sebelum pembentangan Bajet 2019 yang di jadual pada 2 November ini Kertas putih tersebut sangat ...
Ebook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ebook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 328 hits
Apa yang anda akan dapat dalam ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak Tahu Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment 3 cara berkesan yang a...
9 Part Lucu Komik Opah Atuk Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak Kata Apa Jadi

9 Part Lucu Komik Opah Atuk Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak Kata Apa Jadi

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 1653 hits
Cakap salah tak cakap pun salah dah cakap salah lagi Memang begitulah kalau on the mood memang appapun serba tak kena dibuatnya Ikuti kisah opah dan atuk dalam Siri Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak kata apa akan jadi kat atuk Check it...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game