Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat


#AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat | Ingat tak lagi, cik en pernah berkongsi entri mengenai Pantri Komuniti AyamBersamuMu yang membantu golongan yang kurang kemampuan? Kali ini Ayam Brands menerokai kawasan orang asli dalam menyokong mereka dengan makanan berkhasiat. Dengan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), mereka ke Kampung Orang Asli Tibang Perak untuk menyumbang barangan dari sumbangan Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero | #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat


#AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Tibang, Perak

Perak, 04 Ogos 2020 – Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Perak.

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Tibang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 59 keluarga Orang Asli.



Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Yok Chicher dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.



Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Tibang di Perak.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 59 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Yok Chicher A/L Yok Sadai.


Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Tibang.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.  

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurfuzie.com/2020/08/ayambersamamu-menyokong-orang-asli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Cuisine 6 Makanan Hebat Untuk Merasai Citarasa Asli Malaysia

Malaysia Cuisine 6 Makanan Hebat Untuk Merasai Citarasa Asli Malaysia

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 396 hits
Malaysia Cuisine 6 Makanan Hebat Untuk Merasai Citarasa Asli Malaysia Malaysia sememangnya terlalu kaya dengan makanan Makanan bukan calang calang ya Sesungguhnya banyak makanan yang sangat sedap dan menyelerakan tau Sebab tu berat aku sena...
Video Penghantar Makanan Amp Pelanggan Bertumbuk Kerana

Video Penghantar Makanan Amp Pelanggan Bertumbuk Kerana

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 304 hits
Kes penghantar makanan dipukul dan dibelasah oleh pelanggan bukanlah perkara yang baru Nampaknya baru baru ini tular video di laman Twitter rider Foodpanda didakwa dibelasah oleh seorang pelanggan di Bandar Mahkota Cheras Menerusi perkongsi...
Korban Erupsi Gunung Ile Lewotolok Butuh Air Bersih Makanan Hingga Tenda Darurat

Korban Erupsi Gunung Ile Lewotolok Butuh Air Bersih Makanan Hingga Tenda Darurat

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 177 hits
Usai erupsi gunung Ile Lewotolok Minggu kemarin Pemerintah Provinsi Nusa Tenggara Timur melalui Badan Penanggulangan Bencana Daerah mengirimkan logistik ke Kabupaten Lembata guna memenuhi kebutuhan warga yang mengungsi
Ini Dia Makanan Pembentuk Otot Yang Wajib Kamu Coba

Ini Dia Makanan Pembentuk Otot Yang Wajib Kamu Coba

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 252 hits
Makanan Untuk Membentuk Otot Yang Wajib Untuk Kamu Coba Memiliki otot yang terbentuk dengan baik tentu menjadi keinginan dari setiap orang Ada banyak sekali beragam makanan yang saat ini bisa dengan mudah membentuk otot dengan baik Saat kam...
Hiburan Baling Tepung Sempena Hari Jadi Andi Bernadee Kena Kecam Kerana Membazir Barang Makanan

Hiburan Baling Tepung Sempena Hari Jadi Andi Bernadee Kena Kecam Kerana Membazir Barang Makanan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 361 hits
Penyanyi Andi Bernadee baru baru ini dilihat telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 pada malam tadi Dia yang berkongsikan video sambutan hari lahirnya itu di Instagram dilihat telah disambut dengan balingan satu plastik tepung ...
Selain Susu Full Cream Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar

Selain Susu Full Cream Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 246 hits
Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga kehadiran cahaya mata amatlah dinanti nantikan Bukan itu sahaja ada juga suami isteri sabar menunggu sehingga bertahun untuk tambah anak lagi Antara cara yang boleh membantu anda ialah dengan...
Tolong Buang Sampah Hantar Makanan Alif Satar Terharu Jiran Murah Hati

Tolong Buang Sampah Hantar Makanan Alif Satar Terharu Jiran Murah Hati

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 221 hits
Astro AwaniAlif Satar yang kini sedang berada dalam tempoh kuarantin akibat COVID 19 sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya Instagram SELEBRITI serba boleh Ali...
Makanan Sejuk Beku Positif Covid 19

Makanan Sejuk Beku Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 302 hits
Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid 19 selepas ujian saringan dijalankan Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan