Ayam Selasih Dari Bulu Hingga Isi Daging Berwarna Hitam Sangat Unik Banyak Khasiat Dan Kegunaan Dalam Perubatan





Ayam Selasih atau nama saintifiknya Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam cemani dikatakan berasal daripada Indonesia, iaitu daripada Pulau Jawa. Perkataan cemani berasal dari bahasa jawa kuno yang ertinya Hitam Legam.  Warna hitam ini meliputi seluruh anggota tubuh termasuk bulu, kulit dan isi dagingnya.  Melihat dari kriteria dan ciri-ciri tersebut inilah yang dikatakan sebagai : “Ayam Cemani Asli” atau sering juga disebut dengan julukan (Hayam Hideung) kata orang Sunda.




Susuk tubuh ayam selasih memang mirip dengan ayam kampung atau ayam hutan. Ukuran tubuhnya sedikit lebih besar dibandingkan ayam kampung.


 

Asal usul ayam selasih atau ayam cemani ini adalah ayam kedu hitam, yang banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di desa Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 15. Ayam ini merupakan ayam yang sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga ayam ini sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala.  Inilah yang membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan atasan.






Ayam Selasih dari keturunan kedu hitam mempunyai keunikan pada balung tunggal berbentuk gerigi bagi jantan. Ia cuba dibiakkan dari generasi ke generasi yang seterusnya dengan mengekalkan keunikannya. Namun begitu populasinnya semakin berkurang dan menyusut jika dibandingkan populasi ayam selasih 100 tahun yang lalu. Kini kewujudan ayam selasih menjadi semakin kurang dan sukar diperoleh sehinggakan ayam ini menjadi buruan dan di cari orang.  Hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memilikinya.

 

jika ayam selasih  di Malaysia berwarna hitam termasuk bulu, tetapi ayam hitam di China berbulu putih dan ayam hitam di China ini juga dikenali sebagai White Phoenix.  

 

Walaupun ayam hitam digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut, menopaus dan makanan dalam pantang selepas bersalin, namun ayam hitam ini banyak juga kegunaan lain.

 



Lain-lain khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ia dapat:


1. Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan 
2. Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
3. Menguatkan hati & buah pinggang 
4. Melegakan asma 
5. Baik untuk pesakit diabetes (kencing manis)
6. Menyelesaikan masalah buasir kecil 
7.Menaikkan seri wajah dengan mencantik, menegang dan melicinkan kulit.   
 



8. Melegakan Migrain dan membuang angin dalam badan.
9. Wanita selepas bersalin baik utk pulihkan peranakan.

 

Bagaiman dengan harga ayam selasih di pasaran?

 

Ayam selasih yang baru berumur 1.5 bulan, dijual dengan harga sekitar RM 50.00 hingga RM 100.00 seekor bergantung kepada saiz. Sedangkan ayam selasih muda berumur 7- 8 bulan dijual dengan harga RM 300.00 hingga RM 350.00 seekor.

 

Manakala ayam selasih dewasa boleh mencecah hingga RM1000 ke atas. Harga ini hanyalah untuk ayam selasih yang darahnya belum terjamin seratus peratus hitam. Namun begitu bagi ayam selasih yang fizikal luarnya seratus peratus hitam dan darahnya juga hitam maka harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Ayam selasih jenis ini dipercayai mempunyai kelebihan tertentu dan digunakan dalam perubatan tradisional.





Sesungguhnya misterinya ayam selasih ini seringkali dikaitkan dengan hal-hal alam ghaib.  Sebahagian masyarakat menggunakan ayam serba hitam ini sebagai salah satu syarat pengubatan yang menggunakan khidmat ahli para normal sebagai syarat untuk keperluan hajat tertentu, maka Ayam Selasih memiliki harga jual yang tinggi, ada yang menjualnya dengan harga RM17000 hingga RM85 000 seekor bergantung kepada keistimewaan tertentu pada ayam tersebut serta permintaan sipemiliknya.

 

Namun setinggi apa pun harga yang ditawarkan, tetap saja banyak orang yang berminat dan mampu berani membelinya kerana sebanding dengan khasiat serta kegunaannya, apa lagi bagi orang-orang yang benar-benar sangat memerlukannya, seperti orang-orang yang sedang punya hajat kepentingan tertentu seperti pemburu harta karun, pengumpul barang-barang antik,  seni & pusaka, para normal dan pengusaha ahli perniagaan. Berapa pun harga yang ditawarkan tetap saja mereka berani beli. [Berbagai sumber, FB Island Of Dayak, FB ayamCemani]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2021/07/ayam-selasih-dari-bulu-hingga-isi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya

Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum Hi Semua Lama dah sebenarnya terfikir benda ni Setiap kali beli kasut baru mesti akan dapat gel silika sekali dalam kotak kasut Biasanya memang akan buang terus bersama kotaknya walaupun kadang kadang ragu ragu terfikir fiki...
Kegunaan Khasiat Gingko Biloba

Kegunaan Khasiat Gingko Biloba

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 304 hits
Gingko biloba atau ada juga menyebutnya ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok gingko Para saintis telah menemui dalam ginkgo dua unsur kimia yang bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid Flavonoid ad...
Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki Wanita Perubatan Islam

Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki Wanita Perubatan Islam

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 431 hits
Bawang merupakan antara perencah bumbu yang digunakan dalam masakan elok untuk membersihkan darah melancarkan perjalanan usus Makanya bagi mereka yang sedang berdiet ingin kurus makanlah bawang lebih sedikit Ini kerana bawang boleh membantu...
5 Desa Unik Di India Memiliki Penduduk Kembar Terbanyak Hingga Tradisi Menikahkan Kodok

5 Desa Unik Di India Memiliki Penduduk Kembar Terbanyak Hingga Tradisi Menikahkan Kodok

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 300 hits
Keunikan di desa desa India ini kayaknya nggak akan bisa kamu temukan di tempat lain deh
Resipi Kebab Daging 5 Minit Ringkas Tapi Cukup Rasa Sedap Sangat

Resipi Kebab Daging 5 Minit Ringkas Tapi Cukup Rasa Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 247 hits
Dah bosan dengan burger apa kata kita cuba resipi kebab pula untuk anak anak di rumah Sesekali sediakan menu berbeza memang boleh tarik perhatian anak anak Resipi kebab perkongsian ini memang simple dan ekspress tapi cukup sedap Jom cuba Ke...
Rayakan Ulang Tahun Ke 10 Blibli Hadirkan Banyak Kejutan Mulai Tanggal 15 Hingga 27 Juli 2021

Rayakan Ulang Tahun Ke 10 Blibli Hadirkan Banyak Kejutan Mulai Tanggal 15 Hingga 27 Juli 2021

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 356 hits
Selain hadirkan berbagai penawaran menarik Blibli juga akan hadirkan Park Seo Joon untuk pertama kalinya di televisi nasional
Sedapnya Nasi Mentega Ala Kfc Ayam Pula Cruncy Dan Sangat Menyelerakan

Sedapnya Nasi Mentega Ala Kfc Ayam Pula Cruncy Dan Sangat Menyelerakan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 265 hits
Haa mak mak sekalian Biasa kalau buat nasi ayam mesti yang biasa biasa je kan Apa kata kali ini kita tukar sikit menu tu Kita masak special sikit iaitu Nasi Mentega Ala KFC Mesti anak anak nak makan pun teruja kan Bila tengok kepada gambar ...
14k Perkongsian Resipi Ayam Menangis Meraung Memang Rugi Tak Cuba Mudah Sangat

14k Perkongsian Resipi Ayam Menangis Meraung Memang Rugi Tak Cuba Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 287 hits
Kalau sebelum ni kita selalu dengar resipi daging harimau menangis tapi kali ini apakata anda cuba buat resipi ayam menangis pula Kalau susah nak dapatkan daging jangan risau guna ayam pun tetap boleh nikmati hidangan popular ini Selamat me...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Shiha Zikir Ieda Zikir Tum Tum Raya Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord