Ayam Percik Versi Mudah Di London




Assalamualaikum, kita bertemu lagi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang masih setia membaca blog saya walaupun telah ada pelbagai media social lain seperti Instagram, facebook, youtube, Thread dll. Semoga kita semua mendapat manafaat dari blog ini. 
Menyebut pasal Thread, saya kadang ada juga masuk Thread tapi itulah kebanyakan posting dan komen di sana lebih kepada keji mengeji, menghina dan mengecam pihak yang tidak disukai. Takut membacanya kerana bahasa dan doa doa yang diberi sangat tidak menggambarkan akhlak seorang yang beragama Islam. 
Sebagai contoh mendoakan business orang supaya terus lingkup. Hmm kenapa doa seperti itu, sedangkan mereka juga perlu cari rezeki untuk kehidupan tak kira lah apa pun salah yang telah dilakukan. Lagi lagi kalau "salah" yang dibuat tu, bukan pada kita pun. Belum lagi kes menggelarkan nama orang dengan panggilan buruk, atau fizikal orang yang dihina. Itu sekadar nasihat saya lah.
Yang saya nak komen hari ini ialah tentang satu posting berkenaan kenapa cucu cucu lebih rapat dengan nenek dan atok sebelah ibu. Menarik juga tu. Tetapi pada saya ianya tidak semuanya betul, walaupun ada kebenarannya.
Sebagai contoh, anak anak abang saya sangat rapat dengan saya dan mak saudara lain sebelah bapa. Mereka rapat dengan sepupu sebelah bapa, iaitu sebelah kami. Kami selalu berkumpul di rumah abang setiap kali raya. Kami adik beradik perempuan rapat dengan kakak ipar kami. Jauh sekali nak bergaduh atau kata mengata. Malahan kadang lebih rapat dengan kakak ipar dari abang sendiri dalam sesuatu hal. 
Kedua dalam kes saya sendiri, saya menpunyai cucu dari anak lelaki saya. Cucu cucu saya seperti Medina, Haider dan Marissa juga rapat dengan kami. Anak anak saya yang lain juga suka membeli baju atau permainan untuk mereka sama seperti Ammar dan Aliya. Tidak ada istilah pilih kasih. Saya sayang sama semua cucu cucu saya. Begitu juga dengan menantu saya, Mia. Saya sayang dan tidak pernah membezakan anak menantu. 
Tapi tidak dinafikan ada yang membezakan. Itu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Cuma nasihat saya di zaman di mana ibu mertua sekarang dah educated, jangan lah cari pasal dengan menantu perempuan. Jangaan. Manalah tahu bila dah tua dan tidak sihat, anda nak menumpang kasih anak lelaki kan susah kalau tak ngam dengan menantu perempuan dan cucu cucu.
Lagi satu jangan dok berprasangka konon, menantu perempuan dok menghabiskan duit anak kita. Kalau pun anak lelaki nak habiskan duit untuk keluarga dia, biarkan sahaja lah. Itu keluarga dia dan dah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian pada keluarga dia. Jangan kerana perangai kolok mak mertua, anak lelaki menanggung dosa kerana kegagalan menunaikan tanggungjawab yang Allah perintahkan. 
Zaman anak anak perempuan bekerja dan bergaji besar sekarang, kaji dulu sebelum berkata kata dan berprasangka buruk. Banyak kes yang isteri bergaji lebih besar dari suami, lagi lagi isteri dari golongan professional seperti doktor, lawyer, arkitek dsb. Cukup cukuplah mengatakan konon si isteri menghabiskan duit anak lelaki kita. 
Bukan sahaja mertua, zaman dulu ada kes ipar ipar perempuan pun suka cari pasal. Bermulut longkang, suka mengumpat dan melaga laga. Lagi lagi yang tak educated dan tak bekerja. Semua yang dibuat oleh kakak ipar atau adik ipar tak kena di mata. Tak reti memasak pun jadi umpatan. Ada kes sampai bercerai berai. Tapi zaman sekarang, kes melibatkan ipar perempuan ni, rasa nya dah tak ada kot. 
Kita yang dah tua ni, elok jer mendoakan agar anak menantu kita dan keluarganya sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Ia lebih baik dari berfikir yang buruk buruk. Tak perlu menghabiskan masa mengumpat menantu sendiri. Lebih baik isi masa dengan berzikir dan berselawat. Itu sahaja nasihat saya. Kepada yang nak terasa, sila terasa kerana ini memang berlaku. Cukup setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Saya memang suka masakan percik ori dari Kelantan. Membuatnya sangat mudah dan bahan simple. Namun jika tak kena cara, tak menjadi dengan sedap dan tak terasa seperti percik ori Kelantan. Kuah percik Kelantan mesti ada rasa manis sedikit, gula yang banyak membantu untuk kuah menjadi berkilat dan caramelised. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. 
Nak lagi sedap, dibakar atas dapur arang tapi memang susah lah nak jumpa time ni. Semua dah diringkaskan kerana keadaan rumah di bandar tak sama dengan rumah di kampung. Lagi lagi bila memasak di London, saya menggunakan apa apa bahan yang tersedia sahaja. Bahan memasak di sini walaupun sama tapi rasa nya tak sama. Contoh bawang. Susah nak cari bawang merah seperti tempat kita. Begitu juga santan kotak.  
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 


Ayam Percik Kelantan Versi Mudah
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
Ayam
Garam
Halia - tumbuk halus


Lumur dan perap pada ayam. Kelar ayam supaya dapat meresap bahan perapan. Kemudian goreng ayam sekadar masak. Atau goreng menggunakan air fryer. 





Nota: jangan goreng garing. Jika suka, boleh juga direbus atau kukus ayam terlebih dahulu dan bakar atas kuali tanpa minyak (benar benar panas) sehingga ada kesan seperti dibakar.




Kuah Percik


Bahan tumbuk halus:
2-3 biji bawang merah 
Bawang Holland - sedikit
1 batang serai - ketuk - saya tak letak
2-3 sudu besar gula - kena ada rasa manis
¾ sudu kecil garam
1-2 keping asam keping
1 kotak santan + 1 kotak air - guna santan ori lagi sedap
½ sudu kecil cili kisar - jika suka kuah warna kemerahan
1 sudu besar tepung beras - bancuh dengan sedikit air


Cara cara:
Satukan santan, serai dan bahan tumbuk. Jika suka, kuah warna kemerahan, masukkan sedikit cili kisar. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau.


Masukkan garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga hampir mendidih. Masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air.


Masak sehingga kuahnya berkilat. Sesuaikan rasa dan bolehlah dimasukkan ayam yang dibakar atau digoreng.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/ayam-percik-versi-mudah-di-london.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Baru Dapat Anak Ini Cara Mudah Nak Elak Drama Rumah Tangga

Suami Isteri Baru Dapat Anak Ini Cara Mudah Nak Elak Drama Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 139 hits
Baru Jadi Ibu Bapa Ini 6 Tip Padu Untuk Suami Isteri Baru Supaya Hidup Lebih Terurus Gembira Tahniah sebab dah jadi ibu bapa Memang indah dan penuh warna warni bila dapat anak Tapi jangan ingat semuanya mudah Kadang kadang rasa macam naik r...
Resipi Mini Tortilla Wrap Snek Mudah Sedap Untuk Si Kecil

Resipi Mini Tortilla Wrap Snek Mudah Sedap Untuk Si Kecil

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 111 hits
Tortilla Mini Wrap berinti Nuget Ayam ni sesuai dinikmati pada bila bila masa Sangat mudah sahaja cara penghasilannya Sekali buat boleh makan satu keluarga Kalau buat untuk sarapan minum petang malah sesuai juag untuk sajian makan malam bag...
Sambal Telur Hancur Perencah Mudah Dan Power Untuk Nasi Goreng

Sambal Telur Hancur Perencah Mudah Dan Power Untuk Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 145 hits
Sambal telur biasa tetapi boleh makan dengan pelbagai makanan seperti nasi putih lempeng roti dan sebagai perencah nasi goreng SAMBAL TELUR HANCUR SEMPOI BAHAN BAHAN 4 Biji Telur 1 sudu bawang goreng 1 2 kiub ikan bilis Minyak untuk menumis...
Resepi Garlic Sauce Sedap Dan Mudah

Resepi Garlic Sauce Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 182 hits
Peminat nasi arab mesti tau kesedapan garlic sauce ni macam mana Owner resepi ni kata resepi dia ni memang texture sama macam mayonis Rasanya pun 99 99 sama macam garlic sos kat kedai pak arab tu Korang yang nak cuba nah resepi Bahan bahann...
Bukan Mudah Bila Banyak Yang Di Tolong

Bukan Mudah Bila Banyak Yang Di Tolong

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 98 hits
Bukan mudah jadi Rafizi manusia yang tegas dengan pendirian respect tapi dalam politic bukan mudah navigate dengan hanya pendirian yang tegas amat sukar
Resepi Nasi Minyak Original Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Minyak Original Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 103 hits
Nasi minyak ganding gulai kurma ayam kentang potong serong Hishh Buat malam tadi jam 11pm siap Dia kalau dah teringin jam berapa pun onz Tipulah tak santap tengah malam bawa sampai ke pejabat bekal dua menu ni Abg Qi balik sekolah boleh mak...
Adakah Mudah Menjadi Seorang Ayah

Adakah Mudah Menjadi Seorang Ayah

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 97 hits
Original Content Apabila kita dikurniakan cahaya mata ramai yang terus menganggap diri mereka sebagai seorang ayah Namun hakikatnya menjadi seorang ayah bukanlah sekadar mempunyai anak Ibarat seseorang yang baru memiliki sebiji bola tidak b...
Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh Supaya Tahan Lama Jarang Rosak

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh Supaya Tahan Lama Jarang Rosak

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 112 hits
Cara jaga mesin basuh Mesin basuh adalah salah satu peralatan elektrik paling penting di rumah Kita gunakannya hampir setiap The post appeared first on
Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 65 hits
Kami ViralMahathir sendiri hadir mesyuarat ampun Anwar AGC Ini menunjukkan wujudnya percanggahan antara kenyataan Tun Mahathir dan kenyataan dari Jabatan Peguam Negara yang mengatakan bahawa beliau sebenarnya telah menghadiri mesyuarat Lemb...
F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Find Your Unique Selling Point

Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb

Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Hiburan Lebih 200 Mayat Dijumpai Lelaki Duduk Seat 11a Mangsa Tunggal Terselamat Dalam Nahas Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

How To Encourage Siblings To Play Together Nicely

Why Garage Flooring Matters Protect Your Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Gempak Imedia Bawa Pulang 8 Anugerah Yang Dicalonkan Di Mda 2025

Denmark Mahu Tinggalkan Perisian Microsoft Beralih Ke Libreoffice

Polis Buru Lelaki Pukul Pemandu Lori Kerana Berang Dihon

Psychological Survival Mastering The Mental Game In The Wild

Kuih Orang Banjar Namanya Batil Pisang