Ayam Percik Kelantan Azie Kitchen Versi Mudah




Telah lebih seminggu saya kembali dari menunaikan ibadah umrah bersama anakanda saya, Juita. Tapi sehingga ke hari ini saya masih belum sihat sepenuhnya lagi. Saya memang batuk sebelum ke sana lagi dan berterusan batuk di sana. Semasa di sana, saya terpaksa berdoa setiap kali ke masjid agar wudhu saya kekal sehingga saya balik ke hotel. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. 
Selepas beberapa hari, saya telah ke hospital untuk melakukan ujian xray dan ujian darah. Ujian darah menunjukkan saya mengalami jangkitan kerana masalah resdung yang menjadikan saluran pernafasan saya bengkak. Jadi untuk beberapa hari ini, saya berehat sahaja di rumah sambil menghabiskan masa dengan anak anak dan cucu. 
Ramai follower saya yang bertanya tentang pakej umrah saya. Sebenarnya banyak pilihan pakej yang bergantung kepada bajet masing masing. Ada pakej orang “have have” yang lebih privacy, lebih kecil dan lebih mewah. 
Tapi saya memilih pakej biasa biasa sahaja dari Wira Saujana Travel yang telah beberapa kali saya pergi dengan mereka. Pihak pengurusan Wira Saujana pun sangat baik menyantuni jemaah samada di HQ atau semasa di tanah haram. Yang penting ianya menepati apa yang saya kehendaki iaitu hotel yang dekat. Itu sahaja. 
Ibadah umrah adalah ibadah individu antara seseorang dengan Allah. Jadi saya tidak kisah sangat dengan hotel mahal mewah dsb. Saya hanya mahukan hotel yang dekat untuk saya menjejakkan kaki saya bersolat di dalam Masjidil Haram dan masjid Nabawi. Saya ingin mendekati diri dengan Allah. Hotel dekat untuk memudahkan saya balik hotel untuk memperbaharui wudhu.
Kata anak saya, Nana bila saya bercakap berkenaan dengan pilihan pakej ialah, "Mama kena banyak bergaul dengan orang yang lebih susah, orang miskin". Saya terus menjawab yang saya tiada masalah, malah saya amat selesa bergaul dengan orang susah, sebaliknya saya tidak berapa selesa bergaul dengan orang kaya dan berkedudukan. 
Itu sebab saya seronok bersama sama dengan kumpulan umrah kami yang terdiri dari pelbagai peringkat golongan usia, ada yang muda, ada yang kanak kanak, ada yang perlukan wheel chair dsb. Itu semua tak menjadi masalah. Mendidik kita yang sihat untuk memahami dan menjadi lebih sabar. 
Malahan sepanjang di sana, bila melihat jemaah yang berusia yang ada masalah pergerakan, saya teringatkan arwah Bonda saya yang terpaksa menumpang kawan kawan yang muda dalam kumpulan untuk membantu. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang mereka berikan pada Bonda saya. Insya Allah saya akan kongsikan catatan perjalanan umrah saya dalam entri entri yang akan datang. Jangan lupa membacanya. 


Resipi ayam percik Kelantan ada 2 jenis iaitu yang merah dan yang putih. Bezanya, satu dimasukkan cili kering untuk ianya sedikit berwarna kemerahan, tidak sampai pedas tau. Boleh rujuk entri sebelum ini SINI. 
Versi kali ini masih versi ayam percik mudah. Semua masih sama cuma cara ayam disediakan sahaja yang dipermudahkan. Kalau cara biasa, ayam selepas diperap, akan dikukus sehingga masak dan dibakar sebelum dilumur kuah percik. Itu sahaja. Kalau sekadar untuk makan cepat di bulan Ramadhan nanti, bolehlah ikut cara ini. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Kepada yang belum subscribe blog saya, boleh klik butang Follow Blog untuk dapat resipi dan entri terkini. Selamat mencuba semua.....  

Ayam Percik Kelantan Azie Kitchen Versi MudahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan;Ayam - potong saiz ikut sukaGaram½ - 1 inci halia - tumbuk halusSedikit serbuk kunyit
Lumur dan perap bahan di atas pada ayam. Panaskan minyak dan kemudian goreng ayam dengan masukkan semua sekali ke dalam kuali dan kacau rata. Goreng sekadar ayam masak sahaja. Nota: boleh juga goreng menggunakan air fryer.

Bahan tumbuk halus:2-3 biji bawang merah 1 batang serai - ketuk2-3 sudu besar gulaGaram1-2 keping asam keping1 biji kelapa parut - santan pekat secukupnya½ sudu kecil cili kisar - jika suka kuah warna kemerahan1 sudu besar tepung beras - bancuh sedikit air
Cara cara:Satukan santan, serai dan bahan tumbuk. Jika suka, kuah warna kemerahan, masukkan sedikit cili kisar. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga mendidih.
Masukkan garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga hampir pekat. Masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air.
Masak sehingga kuahnya berkilat. Sesuaikan rasa dan bolehlah dimasukkan ayam yang dibakar atau digoreng.

Nota:Kuah percik mesti ada rasa manis. Gula yang menjadikan kuah percik berkilat.
Masukkan ayam yang digoreng ke dalam kuah percik dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/02/ayam-percik-kelantan-azie-kitchen-versi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Serius Mudah Sedap Tekan Je Jadi

10 Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Serius Mudah Sedap Tekan Je Jadi

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 331 hits
Pernah tak cuba buat ayam bakar menggunakan Air Fryer Sekarang ni memang lebih mudah menggunakan air fryer bukan sahaja simple dan mudah rasanya juga sedap dan mesti cuba Menggunakan Air Fryer ni sememangnya banyak resipi baru yang dikongsi...
Makan Di Yati Ayam Percik

Makan Di Yati Ayam Percik

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum WBTDALAM satu hari di Kota Bharu dua kali Sk makan Nasi Kerabu Sekali di hotel sekali lagi di Restoran Yati Ayam Percik Itupun kalau ikutkan hati nak lagi beli Nasi Kerabu di Festival Makanan Kelantan yang ketika itu sedang ...
Dapur Fiezasani Resipi Ayam Masak Cili Kering Versi Cerah

Dapur Fiezasani Resipi Ayam Masak Cili Kering Versi Cerah

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 329 hits
Sebelum ni k fiezz ada share resipi ayam masak cili kering versi gelap kali ni versi cerah sikit hehe Yang dalam gambar bawah ni hat gelap tu cili kering tau Terhangit pula masa tengah tumis haha Abaikan je lah yea warna dia tu tau haha Ras...
Tiap Tiap Hari Anak Minta Masak Kicap Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Memang Sedap

Tiap Tiap Hari Anak Minta Masak Kicap Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Memang Sedap

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 219 hits
Tak sah kalau tak ada menu masak kicap setiap minggu Wajib untuk anak anak yang cukup sukakan ayam masak kicap Apa kata kali ini kita olah resipi masak kicap jadi lebih power Resipi perkongsian Superdaddy Khairul Abdullah dengan penambahan ...
Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat

Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 229 hits
Baca Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat Masak goreng dan makan sendiri lebih jimat dan bebas nak letak banyak mana ikan bilis tu Kenyang dan puas hati Hehe Bahan bahan 1 mangkuk nasi sejuk1 biji bawang besar hiris halus1 ulas bawang p...
Mudah Dukung Baby Belakang Badan Pun Tak Sakit Mona Allen Kongsi Cara Guna Swaddle Je

Mudah Dukung Baby Belakang Badan Pun Tak Sakit Mona Allen Kongsi Cara Guna Swaddle Je

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 204 hits
Bila nak bawa bayi berjalan kadang kadang renyah juga perlu bawa stroller dan sebagainya Nak guna baby carrier tetapi teringgal pula Lenguh juga kalau perlu dukung si manja yang dah semakin sihat tu Bukan saja akan menyebabkan ibu atau ayah...
Cara Mudah Edit Pdf

Cara Mudah Edit Pdf

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 187 hits
Seperti Sedia maklum dokumen dalam bentuk PDF kita tak boleh edit Kalau kita nak edit kita perlu tukarkan format dari pdf ke word dahulu Sebelum ini saya selalu guna online pdf converter dari laman web Sebenarnya fungsi ini telah tersedia d...
Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 349 hits
Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal Tip y...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah