Ayam Panggang Pre Birthday Ainnul Dania Huda
Hi korang...
Semangat giler si mama Dania hari ni bila ada request nak makan ayam panggang...lama x buat katanya..bagus SA suka sebab healthy menu..x yah tumis2 x yahmasak lauk bersantan dah...kita grill je...sayur pun SA masak sayur campur je..the best part is..SA renjis2 olive oil je kat ayam panggang dan tumis sayur campur guna Olive Oil gak...saje x guna minyak masak biasa..konsep healthy kan..
Sebenarnya 25hb nanti birthday Dania yang ke 15 tahun..memandangkan dia tengah focus untuk PT3, dia x nak sebaeang sambutan...lepas exam nanti la kalau nak buat katanya..nak buat sekarang dia x suka..tengah stress...itupun ayah dia nak datang tgok dia 28hb sempena birthday katanya..ermmm...kita tgok je la nanti...Dania ni bukan apa jenis x suka dipaksa-paksa...kiranya lauk hari ni sempena pre birthday dia la..walau hakikat sebenar atuk yang mintak nak makan ayam panggang..
Eh panjang plak mukadimah...meh la tengok gambar...sexy tak ayam panggang SA...
Saje tepek gambar yang dh masak kat atas sekali
Ni bahan-bahan perap yang di blend..
Sayur untuk dibakar sekali
Bahan lain untuk perapan.. serbuk paprika, Red Chili Flakes, black pepper, mixed herbs, soy sauce, sos lada hitam dan sos tiram
Seekor ayam
Di marinate dengan semua bahan..SA marinate 3 jam ye..
Naturel Olive oil
Renjis renjis dipilis...ditepung tawar
Dah ready untuk di bakar
Meh SA bagi resepi ye...
Bahan Bahan
Seekor ayam
Bahan A :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 kiub ayam knorr
4 batang serai
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa apa je.
garam 1 sudu teh
(Blend semua bahan diatas)
Bahan B :
3 sudu minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Cara Cara Memasak
Campurkan semua bahan A & B.
Kemudian, lumurkan pada ayam.
Perap 1@2jam dalam chiller. Kalau perap 4 atau 5 jam lagi best.
Bakar dalam oven (suhu 200 selama 1 jam)
Lepas tu bakar pada api atas selama 30 min lg
Bahan-bahan lain seperti di atas SA lumur jugak pada ayam..
Dah masuk dalam oven...
Dah siap panggang selama 1 jam 20 min..suhu 200°c permulaan 45 minit api atas bawah dan selebihnya api atas sahaja.
hasilnyaa......
Rupanya takde la secantik mana...tapi rasa dan baunya sedap betul...hehehe....Dania pulak makan bertambah-tambah...Atuknya pun suka...alhamdulillah menjadi jugak...untuk sampingan SA buat sos biasa je..nak buat black pepper sauce bahan x cukup plak...hehehe...nanti boleh la buat lagi..SA tadi lupa kelar ayam tu..kalau kelar sure bahan perapan menyerap masuk sampai ke tulang kan..next time nak perap semalaman la lagi best ..bahan perapan ni boleh guna jugak untuk daging kambing tau....siyes sedap...
Selamat mencuba!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/09/ayam-panggang-pre-birthday-ainnul-dania.html