Ayam Oh Ayam



Mat Saman Kati

Harga ayam punyai pasai, baru kita bising. La ni baru syok sambung cakap pasal sekuriti makanan sebab orang dah rasa. Kalau kita tak rasa, nak baca pasal GFSI pun leceh kan?

Sabjek yang pertama hari tu ialah kemampuan. Bila kita mampu, daging wagyu pun kita kata murah. Bila tak mampu, ayam sepuluh ringgit sekilo pun mahal. Tapi pasai apa harga ayam tak sama dibeberapa tempat? Kat KL sepuluh ringgit. Kat Machang Bubuk, member bagi tau 12.90. Kat Langkawi masih 6.50. Yang ni mereka yang terlibat dalam pengedaran mungkin bolah jawab kot. Aku nak sambung pasal GFSI.

Sabjek kedua dalam GFSI ialah Ketersediaan. (Availability)...dan ia mengandungi beberapa modul.

1. Bekalan yang mencukupi.

Selama ini kita hanya menumpukan kepada Nisbah Keupayaan Diri (Self Sufficiency Ratio).

Kalau tengok pada grafik yang disediakan oleh DOSM ni, banyak jenis makanan yang mana kita menghasilkan lebih dari keperluan. Tapi cuba ambik contoh ayam dan telur, walaupun pengeluaran kita lebih dari cukup, tapi makanan ayam kita di impot 100%. Bila berlaku krisis macam Corvid19 ni, makanan tak dapat dibawa masuk. Ayam nak makan apa?

2. Perbelanjaan awam  R&D untuk pertanian.

Berapa bajet untuk R&D dalam bajet 2020? R&D adalah persediaan untuk masa depan. Kalau tak bersedia, dan hanya mengharapkan produktiviti dari sistem sedia ada, akan timbul krisis pengeluaran. Ataupun kita akan ketinggalan dalam hasil pertanian. Jangan sebut MARDI ya...Mardi bukan institusi awam. Hasil kajian Mardi bukan boleh dikongsi secara percuma dengan rakyat. Kajian Mardi juga dipaten dan kalau kita mau, kena bayar royalti la.

3. Infrastruktur pertanian.

Bukan setakat jalanraya tapi melibatkan banyak perkara. Berapa banyak bilik sejuk yang boleh menyimpan ikan, daging atau hasil tenusu? Hasil pertanian ni mudah rosak. Kalau tak ada sistem penyimpanan yang canggih, kena seminggu rosak habih la. Tu pasai masing-masing pakat tuang dalam parit.

Berapa pelabuhan yang kita ada untuk menurunkan  barang makanan dari kapal? Kemampuan lapanganterbang mengendalikan kargo. Sistem keretapi yang effesien untuk mengangkut barang makanan. Semua ini untuk memastikan bekalan makanan dapat dihantar semasa krisis. Dan yang paling penting, bekalan air dan sistem pengairan yang effisien kesawah atau ladang. Kalau berlaku kemarau atau banjir, adakah ia mampu menghalang tanaman dari rosak.

4. Ketidakstabilan pengeluaran pertanian.

Ini banyak bergantung kepada alam sekitar. Tambah pulak dengan cuaca yang tak menentu disebabkan perubahan iklim. Pokok baru nak naik, tiba-tiba hujan mencurah macam yang berlaku kat member di Pahang kat bawah tu. Gambar tu aku cilok dari fb member.

5. Ketidakstabilan politik.

Yang ni kita sedang hadapi. Tukar kerajaan, tukar menteri, tukar pegawai lantikan politik. Masing-masing nak tukar nama kepada yang baru. Kalau ada idea baru ok la tapi dalam pengalaman lepas dan sekarang, banyak masa dibazirkan.

6. Rasuah.

Penyakit rasuah ini lebih teruk dari penyakit bena perang atau kulat yang menyerang padi. Kalau nak cerita rasuah pertanian ni, seminggu pun tak habis. Bila harga pasaran terlalu tinggi berbanding harga diladang, kita asyik menyalahkan peraih dan pemborong sedangkan hakikatnya, kos rasuah lah yang menyebabkan harga pasaran menjadi tinggi.

7. Keupayaan pembeli bandar.

Hasil pertanian diluarbandar mengharapkan pembelian dari mereka dibandar. Kalau orang bandar pun takdak duit, sayur pun tak laku.

8. Pembaziran makanan.

Kita dok buang hampir 17,000 tan makanan setiap hari. Kalau nak naik nombor 20 dalam ranking GFSI dua tahun lagi, sekarang kita kena cari jalan kurangkan pembaziran.

Sabjek ketiga ialah mutu dan keselamatan makanan. Yang ni best kalau nak kelentong...tapi kalau aku start tulih nanti, lebih dari satu juzuk. Esok aku sambung.

In the meantime, hangpa pernah makan telur..bila dipecahkan ada darah? Bukan telur ayam kampung ya...maksud aku telur ayam yang dihasilkan oleh ayam penelur yang biasa hangpa beli sepapan-sepapan tu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/aayam-oh-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Hujan Panas Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Nasi Hujan Panas Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 1279 hits
Habis fikir dah tak tahu nak masak apa Stok ayam ada lagi dan tiba tiba mood rajin nak masak nasi hujan panas Sebab dah beli pewarna yeay Tapi sayang sebab tak ada warna hijau Pewarna hijau sold out Ramai yang membeli perwarna hijau buat ku...
Rupanya Ayam Brand Ada Dua Produk Berbeza Iaitu Sardin Dan Mackerel

Rupanya Ayam Brand Ada Dua Produk Berbeza Iaitu Sardin Dan Mackerel

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 795 hits
Nampak sama tapi ianya berbeza Mungkin ada yang tahu mungkin juga sesetangah daripada kita tak pernah tahu pun yang tin sardin ni ada dua jenis ikan yang berbeza iaitu Ikan Sardin dan Ikan Mackerel Saya tahu pun lepas baca satu post orang k...
Roslin Hashim Jadi Runner Ayam Percik Semasa Pkp

Roslin Hashim Jadi Runner Ayam Percik Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 717 hits
BAGAIKAN hilang kata kata bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara Roslin Hashim apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menyekat penularan wabak Covid 19 Disebabkan PKP beliau tidak dapat melatih pemain men...
Resepi Sate Ayam Untuk Anggaran 130 Cucuk

Resepi Sate Ayam Untuk Anggaran 130 Cucuk

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 507 hits
Resepi Sate Ayam Untuk Anggaran 130 CucukRaya semakin dekatramai yang mula mencari cari resepi sateTahun ni apa kata kita cuba buat snediri berpandukan pada resepi dibawahBaru puas makan anak beranak
Ayam Goreng Berempah Cara Kakcik

Ayam Goreng Berempah Cara Kakcik

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 607 hits
Kisar 4 biji bawang besar dengan 5 batang serai 2 biji telur dan sedikit air Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi potongan ayam Masukkan 2 sudu serbuk kari daging sesudu serbuk kunyit dan 6 sudu serbuk tepung bestari pedas serta sesudu gar...
Gulai Darat Ayam Menu Wajib Bila Balik Kampung

Gulai Darat Ayam Menu Wajib Bila Balik Kampung

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 677 hits
Antara lauk menu wajib kalau Cik Sue balik kampung tak kisah la bila bila pun ma dah tahu dari zaman bujang lagi kalau telefon bagitau nak balik abah akan cari ayam kamoung dan ma akan masak masakan ni kena pulak ada petai jeruk sambal bela...
Menteri Tebuk Atap Lena Harga Ayam Rm9 00 Sekilo Bawah Kerajaan Pn

Menteri Tebuk Atap Lena Harga Ayam Rm9 00 Sekilo Bawah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 550 hits
Harga ayam RM9 00 sekilo bawah kerajaan PN Oleh May 15 2020Harga ayam sentiasa stabil di bawah pemerintahan Pakatan Harapan pada musim perayaan 2018 dan 2019 Namun pada musim perayaan tahun ini harga bahan mentah itu mencecah RM8 00 hingga ...
Ayam Bog El Tanpa Bulu

Ayam Bog El Tanpa Bulu

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 602 hits
Seorang ahli genetik Israel Avigdor Cahaner menghasilkan genetik ayam tak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv Israel Ayam bogel diciptakan dengan perkahwinan silang antara Ayam Broiler denga...
Kari Ayam

Kari Ayam

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 726 hits
5 April 2020Hari ni terasa nak masak ayam emmm kari ayam Rasanya dah lama benar tak masak ayam kari atau apa2 kari HAHAHA asik beli yang dah siap je Check resepi lebih kurang cari bahan bahan Tadaaaa siap kari ayam bersama ubi kentang dan c...
Nancy Tells Chong To Focus On Stampin Constituents Instead Of Politicising Santubong Beer Issue

Matcha Lovers Vs Coffee Lovers

Destinasi Ikonik Sabah Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Syed Badli Gesa Annuar Musa Jelaskan Isu Kg Sg Baru Minta Jangan Jadi Pengecut

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

A Flat White A Busy Road And A Book

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Interview