Ayam Masak Kicap Paling Sempoi Dan Sedap




Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca setia blog saya yang tidak jemu jemu memberi sokongan kepada saya. Dari data dan statistik blog, saya tahu ada 500-600 orang yang sangat supporting. Mereka tidak lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya setiap hari. Alhamdulillah. Saya sangat menghargainya. 
Sebelum masuk bab resipi, saya ingin kongsikan satu petikan dari video Ustaz Mat Esa Deraman yang merupakan ustaz faveret saya. Saya suka penyampaian ustaz yang sangat padu dengan bahasa yang mudah difahami. 
Kali ini bab akidah pergantungan kepada Allah. Tidak ada seorang hamba ketika sakaratul maut iaitu ketika hampir mati, pertama mengharapkan Allah dan kedua takutkan dosa dan bimbang melainkan Allah berikan apa yang diharapkan dan mengamankan apa yang ditakuti. Iaitu masuk syurga. 
Jangan berharapkan manusia kerana Allah jadikan harapannya sia sia. Isteri yang mengharap suami membahagiakan nya akan sia sia kerana suami yang diharapkan akan membinasakan hidupnya. Kalau anak anak harapkan ibubapa, maka ianya akan membinasakan. Jangan harapkan pekerjaan, jangan bersandar selain dari ku kerana Aku akan hancurkan dan binasakan sandaran orang itu. Bergantung hanya pada Allah. 
Hanya Allah yang kita bergantung. Kalau kereta kita rosak di malam yang gelap, dengan siapa kita bergantung. Mohon hanya dengan Allah. Bukan mengharapkan manusia. 
Manusia hanya sebab sahaja. Sampai masa manusia akan mati. Manusia akan lemah, akan pergi dan tak akan mampu tolong kita. Atau mungkin dia akan off hp kerana tak mahu lagi tolong kita. Minta dengan Allah. Mohon dengan YB tapi yang baginya ialah Allah. Jadi minta dengan Allah. Allah yang akan gerakkan hati YB atau orang yang bertanggungjawab untuk bagi permohonan kita. 
Manusia adalah sebab musabab sahaja tapi dapat dari Allah. Akidah ini lah yang perlu ditanam pada diri kita, pada anak kita. Kita akan dapati bilamana Allah uji mereka dengan sebab tertentu mereka tak akan putus harap dengan Allah. Contoh anak jauh dari ibubapa kena buli, mereka akan berdoa minta perlindungan dengan Allah. Akidah perlu kuat. Semua benda sekecil mana sekali pun, yang berinya adalah Allah. 
Jangan bila orang dah tak bagi, bila penyakit dah tak sembuh, baru nampak Allah, baru memohon pada Allah. Para sahabat minta garam pun pun minta dengan Allah. Soal keyakinan semuanya datang dari Allah. 
Sebagainana kita yakin hujan diturunkan Allah dan dilangit itu rezeki kamu. Apa yang Allah janjikan dari langit. Tak ada orang kata hujan ni diturunkan oleh hypermarket ni. Tak nampak campurtangan manusia bila turunnya hujan. 
Demikian rezeki kita di bumi tak ada campurtangan manusia. Yang beri rezeki adalah Allah bukan manusia. Kalau ada yang ancam dan ugut kita, kita pun tak kisah. Inilah jiwa merdeka yang harus dimiliki hamba Allah. Kita tak takut diugut bila pergantungan kita semuanya pada Allah. Ok setakat ini dahulu semoga bermanafaat.

Ada banyak versi ayam masak kicap ni. Banyak sangat. Kita sebagai ibu boleh cuba semua dan tengok yang mana paling disukai oleh anak anak. Dalam blog saya ni banyak versi ayam masak kicap. Boleh klik di ruangan search dalam blog saya, akan keluar bermacam versi. 
Kalau dah blogger masakan kan, mesti lah akan mencuba pelbagai versi. Jadi jangan lupa untuk klik follow blog untuk subscribe blog saya supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali saya update blog dengan entri resipi terbaharu.
Untuk masak kicap yang sedap, saya ada baca petua supaya jangan dimasukkan air supaya terasa keenakan kicapnya. Pekat melekat gitu.  Versi ayam masak kicap kali ini adalah versi paling simple dan sempoi gitu. Tapi rasanya sedap bangat tau. Nak tahu macam mana sedap, kenalah cuba sendiri. 
Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Ayam Masak Kicap Sempoi Yang SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan A:1 kg ayam1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar serbuk cukup rasa
Bahan B:1 sudu besar cili kisarKicap lemak manis - ikut pekat dan warna gelap disukai2 kulit kayu manis
Bahan C: kisar halus4 inci halia4 ulas bawang putih3 biji bawang besar - saiz sederhana 
Bahan D: hiasan1 biji bawang besar Holland - hiris1 biji cili merah - hirisDaun sup
Cara cara:Lumur serbuk secukup rasa dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam. Masukkan ayam kesemua sekali ke dalam kuali. Kacau dan balikkan rata. Goreng dalam ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan kisar halus dikisar dengan air sekadar blender boleh bergerak.
Buang sedikit minyak lebihan menggoreng ayam. Masukkan kulit kayu manis dan bahan kisar sehingga air kering. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. 
\Masukkan ayam goreng dan kicap. Kacau rata sehingga ayam masak sepenuhnya.
Masukkan bahan hiasan. Kacau rata. 

Boleh sesuaikan rasa. Jika tak cukup masin, boleh tambah kicap.

Nota:Jangan tambah air.
Jumlah kicap bergantung pada rasa dan warna hitam yang disukai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/11/ayam-masak-kicap-paling-sempoi-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Kongsi Resipi Sempoi Masak Gulai Siput Sedut Dan Sambal Tumis Bilis Petai

Wanita Ini Kongsi Resipi Sempoi Masak Gulai Siput Sedut Dan Sambal Tumis Bilis Petai

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 411 hits
Melalui facebook seorang pengguna media sosial dengan nama berkongsi resipi gulai siput sedut dan sambal tumis bilis petai Menariknya Hafizah tidak berpandukan sebarang resipi Sebaliknya hanya melalui pemerhatian daripada pengalamannya meli...
Gulai Itik Dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol Di Kg Bintang Serius Sedap Harga Pun Berpatutan

Gulai Itik Dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol Di Kg Bintang Serius Sedap Harga Pun Berpatutan

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 253 hits
Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang Setiu Terengganu Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg ...
Brookies Dan Biscoff Burnt Cheesecake Paling Sedap Untuk Hadiah Yang Tersayang

Brookies Dan Biscoff Burnt Cheesecake Paling Sedap Untuk Hadiah Yang Tersayang

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 282 hits
Laa nii bukan sahaja orang akan bagi hadiah dalam bentuk barangan untuk hari lahir atau anniversary Lebih ramai memilih untuk menghantar makanan sebagai hadiah birthday kawan kawan atau yang tersayang Tempahan biscoff burnt cheesecake brook...
Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 311 hits
Balik kampung tak sah kalau tak jamu selera dengan masakan lauk pauk kampung yang sedap Walaupun bukan dari hasil tangan mak tapi masak sendiri gunakan bahan dan cara tradisional memang luar biasa sedapnya Sejak abah sakit mak dah bercuti m...
Resipi Ayam Kenny Rogers Cukup Rencah Memang Sedap

Resipi Ayam Kenny Rogers Cukup Rencah Memang Sedap

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 246 hits
Anda peminat ayam bakar Kenny Rogers Rempah ratus yang diolah dalam ayam menjadikan ia lebih lazat untuk dinikmati Tidak hairanlah ramai yang menyukainya Bagi yang ingin cuba membuatnya sendiri boleh buat ikut resepi ini Mungkin selepas ini...
Danau Dallol Landskap Gunung Berapi Paling Pelik Di Dunia Dan Tempat Paling Panas Di Bumi

Danau Dallol Landskap Gunung Berapi Paling Pelik Di Dunia Dan Tempat Paling Panas Di Bumi

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 244 hits
Jika dilihat sekilas pandang kawah dengan panorama danau danau vulkanis berwarna kehijauan membuat siapa saja mudah terpesona dengan keindahan Dallol Siapa sangka kalau Dallol di Ethiopia ini ternyata sangat mematikan Ia salah satu tempat p...
Cara Buat Mango Float Cair Di Mulut Sedap Ala Aiskrim

Cara Buat Mango Float Cair Di Mulut Sedap Ala Aiskrim

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 222 hits
Pernah makan mango float ala ala aiskrim Memang sedap makan sejuk sejuk Senang je rupanya nak buat sendiri di rumah Resipi yang dikongsikan saudari T hah T hah sesuai untuk dihidangkan makan bersama keluarga apatah lagi anak anak Mesti suka...
Alasan Pengkhianat Yang Paling B4ng4ng

Alasan Pengkhianat Yang Paling B4ng4ng

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 129 hits
PENGKHIANAT PENGKHIANAT NI AKAN SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA DEMIA UNTUK KEKAL BERKUASA WALAUPUN DENGAN MENJUAL NAMA BANGSA DAN AGAMA ITU LA YANG MEREKA LAKUKAN
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future