Ayam Kampong Penyet Lagi Dasyat Rasanya Di Dapur Penyet
Assalamualaikum
Tetiba tekak teringin nak makan ayam kampung di Dapur Penyet di IOI City Mall Putrajaya , sebab sekarang memang tengah HOT dengan ayam kampung . Seingat aku memang dah lama tak makan ayam kampung ni , eeee macam taak sedar diri dah lah orang kampung tapi asyik makan ayam bandar je kahkah !
Hey , bukan tak makan ayam kampung tapi bukan senang tau nak dapat menu ayam kampung sebegini , but dont worry be happy gais di Dapur Penyet ni segala menu ayam kampung adoooo , haaa terimbau balik kenangan tangkap ayam kampung dulu-dulu :p
Terjah Ayam Kampung Di Dapur Penyet IOI City Mall Putrajaya
Kalau dulu aku suka lepak Alamanda , tapi sekarang lebih ke Ioi sebab banyak kedai-kedai dan pelbagai restoran ada , walaupun banyak tapi tetap akan jadi gaduh bila tanya ''nak makan kat mana?'' hihi jadi kali ni aku ajak husband makan ayam kampung penyet pulak di Dapur Penyet .
Restoran ni di tingkat LG tau , dekat kolam air pancut , detail lokasi aku bagi , kalau tak jumpa jugak sila waze je lah . Sebenarnya aku tersampai awal , tapi dah ada pelanggan yang tengah tunggu , nampak di situ Dapur Penyet ni favourite orang ramai juga tau.
Dah jom kita terjah , dan tengok menu apa yang best , yang HOT , yang sedap di sini. Kebiasaannya bila aku tak tahu nak pilih menu apa , aku akan tanya staff , apa menu yang selalu menjadi pujaan hati , kiranya selalu orang order , jadi aku akan pilih menu yang paling HOT jugaklah
Menu Wajib Cuba di Dapur Penyet - Menu HOT di Dapur Penyet
Kebiasaanya bila dengar menu ayam kampung ni , mesti orang akan fikir ayam kampung ni daging dia agak liat dan keras kan ? Kalau masak tu memang kena rebus berkali-kali jugak bagi lembut , tapi di Dapur Penyet ni ayam kampung dia senang je kita nak makan , means tak liat dan keras tau sebab isi dia lembut je , nampak rangup di luar tapi still lembut di dalam .
Antara menu yang aku dah cuba dan korang juga wajib cuba adalah (semua ni ayam kampung) :→ Ayam Penyet → Ayam Berlado → Ikan Bawal Penyet → Empal Bakar → Sambal Kangkung → Tauhu Bersalut Telur Bersama Kuah Kacang
Oh ye bagi yang tak makan ayam , ada ke tak makan ayam ? Hihi ~ korang boleh cuba Ikan Bawal Penyet dan Empal Bakar , ada menu-menu sampingan lain juga seperti kangkung dan tauhu telur . Setiap menu di sini akan di sediakan juga sup , sebab ada yang tanya , menu dia kering dan takde kuah ke ~ jangan risau , boleh di makan bersama sup.
Ayam Kampung Penyet
Datang sini wajib lah cuba Ayam Penyet , untuk rasa lagi dasyat Ayam Kampong lah uols . Walaupun portion nampak kecik tapi sebenarnya mengenyangkan , ayam kampong kat sini pun takde la saiz kecil , berbaloi dengan harga , untuk rasa yang lebih sedap korang kena cicah dengan sambal tu , dan kerak-kerak tu semua memang licin sebab memang crunchy gilaaa ~
Ayam Kampung Berlado
Menu ni pedas-pedas sikit , tapi masih lagi boleh makan walaupun korang bukan minat makanan pedas , sebab rasa dia ngam , serasi dan masyukk gitu dengan ayam kampong . Jangan plak makan ayam je , makan lada tu sekali tau ~
Ikan Bawal Penyet
Ikan bawal memang sedap bila goreng garing-garing gini , lepas tu ada pulak kerak-kerak dan cicah dengan sambal , ikan bawal ni pun fresh je , tak hanyir dan isi pun lembut jeee
Empal Bakar
Sebab lapar sangat lupa nak perah limau yang ada haha , empal tu apa ? Empa ni daging lah korang , rasa dia manis-manis gitu , kadang - kadang terasa macam sate pun ada. Sedap ? Of course lah sedap sebab lain dari lain rasa empal ni.
Sambal Kangkung
Untuk menu sampingan , korang juga boleh order sambal kangkung ni . Rasa dia biasa je , rasa kangkung lah haha tapi ngam lah bila makan bersama-sama ayam kampong dan sambal semua ni
Sambal Dan Tempe Sedap !
Setiap menu di Dapur Penyet ni akan di berikan bersama tempe dan jugak sambal , orang Jawa memang minat la tempe ni kan , aku tak berapa minat sangat sebab selalu jumpa tempe yang di goreng keras-keras tu haha so macam takde rasa apa je , tapi tempe di Dapur Penyet ni , di goreng rangup di luar tapi isi dia lembut , so boleh rasa lah isi kat dalam nya
Sambal pulak sama jenis je untuk setiap hidangan, memang sedap sambal dia weh , tak pedas sangat. Cicah pulak bersama ayam kampong dan makan dengan nasi yang panas-panas gitu , weh rasa nak terkeluar air liur bila ingat balik hahahaha sabo je lah !
Hanya di IOI City Mall Putrajaya ! Tauhu Telur
Haa yang ni menu agak special sebab hanya ada di outlet IOI City Mall sahaja , kat dalam telur ni ada tauhu tau korang bersama kuah kacang , rasa dia tak muak walaupun telur dan tauhu , sebab telur tu di goreng rangup-rangup gituh. Memang recommend untuk korang cuba . YIHHHHH !
Minuman Wajib Cuba di Dapur Penyet
Masuk bab minuman pulak , air apa yang paling HOT kat sini ? Haaa aku dah cuba 3 minuman HOT iaitu:
→ Jus Alpukat→ Milo Dinasour→ 3 Layer Tea.
Jus Alpukat
Rupanya Jus Alpukat ni adalah Avocado , memang sumpah sedap weh ! Sebab tekstur nya smoothie gituh , dan rasa dia manis-manis masam , eh susah nak terangkan tapi sedaplah hahaha , korang datang rasa sendiri nanti , sila order Jus Alpukat tau ! Ini minuman HOT di Dapur Penyet
Milo Dinasour
Milo tentunya kegemaran anak-anak , di tabur pulak milo di permukaan tu haa , biasa aku panggil milo tabur hehehe sedap ratah tu .
3 Layer Tea
Yang ni selalu jugak minum , kat bawah tu gula melaka hehe cuma bagi aku , kurang manis atau pun aku yang tak reti nak kacau hahaha . Tu lah selalu minum air manis , suka sangat terlebih gula :p huhuhu
Pelbagai Jenis Menu Ayam Kampong di Dapur Penyet
Last but not least , so pada korang semua yang dah pening tiap hari nak makan kat mana tu , sila lah kunjungi Dapur Penyet yang terdekat di kawasan anda dan nikmati pelbagai menu best terutamanya menu Ayam Kampong yang lagi dasyat rasanya haaaa , makan hari-hari pun tak jemu heheh , tempat pun selesa dan bersih , yang penting wajib lah HALAL.
More Info :
Lokasi : Dapur Penyet IOI City Mall Lot LG 78A, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, 03 -89539600Facebook : https://www.facebook.com/dapurpenyetInsta : https://www.instagram.com/dapurpenyet/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2018/10/Menu--Wajib-Cuba-di-Dapur-Penyet-IOI-City-Mall-Putrajaya.html