Ayam Gepuk Pak Gembus Rai Pencapaian Bersejarah Terima Lima Anugerah Berprestij Malaysia Book Of Records


Hi Korang,
Ayam Gepuk Pak Gembus, jenama Ayam Gepuk halal terkemuka di Malaysia, menerima lima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian:
1. Jenama ‘Ayam Gepuk’ Pertama yang Diperakui Halal
2. Jenama ‘Ayam Gepuk’ Pertama di Malaysia
3. Rangkaian Makanan ‘Ayam Gepuk’ Terbesar
4. Nilai Jualan Tertinggi ‘Ayam Gepuk’ dalam Setahun
5. Jumlah ‘Ayam Gepuk’ Terjual Terbanyak dalam Setahun

Majlis penganugerahan yang berlangsung pada 27 Februari 2025 (Khamis) di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya, di mana sijil rasmi disampaikan oleh wakil MBOR bukan sahaja membuktikan pencapaian luar biasa jenama ini dalam industri makanan dan minuman, tetapi juga mengukuhkan komitmen terhadap kualiti, kepercayaan pengguna, dan kepatuhan Ayam Gepuk Pak Gembus kepada piawaian yang tinggi

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar dan dihadiri Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, TYT Dato Indera Hermono
Ketua Pegawai Operasi (COO) Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia, Zulkarnain Bin Mohd Yusof berkata, penerimaan pengiktirafan daripada MBOR bukan sekadar satu pencapaian, tetapi tanggungjawab besar kepada pengguna dan industri


Beliau menekankan bahawa pengiktirafan ini membuktikan kepada pelanggan bahawa piawaian terbaik dan halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyediaan makanan. “Pensijilan halal yang diterima baru-baru ini juga membuktikan komitmen kami dalam menyediakan makanan yang selamat, bersih, dan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. Ia juga membantu mengangkat nama Malaysia sebagai hab halal global yang dipercayai.”
“Dengan adanya pensijilan halal, jenama seperti Ayam Gepuk Pak Gembus bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan tetapi juga berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi pusat rujukan halal dunia.

Tambahnya, Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia bertekad untuk terus memperluaskan operasinya, menawarkan lebih banyak inovasi dalam menu, dan menyumbang kepada industri halal Malaysia yang semakin berkembang pesat.
“Dengan lebih 800 outlet di Indonesia dan hampir 100 outlet di Malaysia, Pak Gembus kini memperkukuhkan kedudukannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di pasaran utama, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Ayam Gepuk Pak Gembus sedang merancang pembukaan outlet antarabangsa pertamanya di luar Malaysia, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pengembangannya di peringkat global

“Dengan pendekatan yang berfokus kepada pelanggan, Pak Gembus kekal komited untuk membawa cita rasa asli dan pematuhan halal ke lebih banyak rantau, sejajar dengan permintaan pasaran,” katanya


Pada acara itu, Pak Gembus turut memperkenalkan produk terbarunya, Sambal Kemiri, yang dilancarkan secara eksklusif untuk para hadirin. Produk inovatif ini merupakan tambahan baharu dalam keluarga Pak Gembus, berbeza daripada sambal ikonik yang disajikan di restoran. Ia direka khas untuk membawa rasa asli ‘PG by Pak Gembus’ terus ke dapur pelanggan


Dalam masa terdekat, Sambal Kemiri akan tersedia untuk pembelian melalui platform e- dagang seperti Shopee dan TikTok Shop. Para pelanggan digalakkan untuk mengikuti ‘PG by Pak Gembus’ di kedua-dua platform ini bagi mendapatkan kemas kini terkini mengenai pelancaran rasmi serta promosi istimewa



Mengenai Ayam Gepuk Pak Gembus
Dibangunkan pada tahun 2013 oleh Rido Nurul Adityawan, kini mempunyai lebih 800 cawangan di Indonesia dan mula bertapak di Malaysia pada tahun 2017. Pak Gembus Malaysia terkenal dengan sentuhan unik dan moden terhadap makanan Indonesia yang disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia. Mereka juga merupakan jenama Ayam Gepuk pertama yang telah menerima sijil HALAL dari JAKIM. Di samping itu, Pak Gembus terus memikat pelanggan dengan dedikasi terhadap kualiti, rasa, dan perkhidmatan yang terbaik

Cawangan yang mempunyai sijil HALAL setakat Februari 2025: Saujana Utama 3, Puncak Alam, Setiawangsa, Putra Heights, Semenyih, Bandar Seri Putra, Kajang, Kampung Pandan, Neocyber, Bandar Baru Nilai, Seremban 3 Bandar Enstek, Permaisuri, Ayer 8, Banting, Kuala Selangor, Pandan Indah, Balakong, MITC, Taman Cheng Melaka, Kulim dan Taiping
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Gepuk Pak Gembus, sila layari https://www.ayamgepukpakgembus.com.my/ atau carian melalui Instagram, Facebook atau TikTok (@ayamgepukmalaysia)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/03/ayam-gepuk-pak-gembus-rai-pencapaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hada Labo Cipta Malaysia Book Of Records Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Penanggalan Solekan

Hada Labo Cipta Malaysia Book Of Records Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Penanggalan Solekan

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 165 hits
HADA LABO CIPTA REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS DENGAN PENYERTAAN PALING RAMAI DALAM ACARA DEMONSTRASI PENANGGALAN SOLEKAN Hada Labo jenama penjagaan kulit terkemuka Jepun telah mencapai satu pencapaian yang mengagumkan dengan meraih g...
Menu 20 Ramadan Ikan Tongkol Masak Cuka Ayam Goreng Rempah Sayur Pak Choy

Menu 20 Ramadan Ikan Tongkol Masak Cuka Ayam Goreng Rempah Sayur Pak Choy

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera 20 Ramadan semalam berbuka puasa kat tempat kerja Seperti biasa bawa Tupperware yang ada compartment macam ni senang nak asingkan makanan Semua menu ni kafe kat tempat kerja sediakan just ambil sahaja ser...
Adik Masak Ayam Gepuk

Adik Masak Ayam Gepuk

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum dan selamat petang Hari ini 15 Ramadan 1446H Lauk kelmarin adik masak ayam gepuk resipi Khairul Aming Memang sedap dan boleh tahan rasa pedasnya Keluar hingus haha Hari ini buat bubur nasi sahaja Masa dapat bubur lambuk tak ...
Meski Muncul Sekejap Ramai Setuju Lakonan Yeon Hyeran Dalam When Life Gives You Tangerines Layak Terima Anugerah

Meski Muncul Sekejap Ramai Setuju Lakonan Yeon Hyeran Dalam When Life Gives You Tangerines Layak Terima Anugerah

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 161 hits
Baru sahaja ditayangkan drama When Life Gives You Tangerines dah berjaya mencuri perhatian ramai Artikel Berkaitan Diterajui IU dan Park Bo gum drama ini menceritakan kisah hidup Ae soon dan Gwan shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahu...
Malaysia Hindu Sangam Terima Permohonan Maaf Daripada Tiga Penyampai Radio

Malaysia Hindu Sangam Terima Permohonan Maaf Daripada Tiga Penyampai Radio

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 122 hits
KUALA LUMPUR 6 Mac Permohonan maaf yang dikemukakan tiga penyampai radio berhubung video dikatakan memperlekehkan ritual kavadi sempena Thaipusam telah diterima oleh Malaysia Hindu Sangam Presiden MHS T Ganesan berkata adalah penting bagi p...
The Echoes Of Division Anwar Bumiputera And Malaysia S Racial Divide

The Echoes Of Division Anwar Bumiputera And Malaysia S Racial Divide

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 142 hits
ON March 15 news broke across social media platforms like X about Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s latest initiative the launch of the Mara Madani Waqf aimed at empowering the Bumiputera agenda The announcement that appeared on X w...
Ceo Intel Warga Malaysia

Ceo Intel Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 163 hits
Nazri Hamdan Intel baru je lantik Lip Bu Tan seorang veteran dalam dunia cip dan bekas ahli lembaga syarikat sebagai CEO baru mereka Yang menariknya Lip Bu Tan ni sebenarnya asal dari Malaysia Bangga la sikit orang kita sekarang terajui sal...
Enjin Pesawat Malaysia Airlines Terbakar Di Manila

Enjin Pesawat Malaysia Airlines Terbakar Di Manila

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 115 hits
FMT ReportersPenerbangan MH705 menuju ke KL terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Manila akibat kebakaran enjin dipercayai terkena burung Pengguna X dasunhegoda muat naik gambar enjin pesawat terbakar dengan penerbangan selamat kembal...
Kumpulan Sumisaujana Berhad Melancarkan Prospektus Sempena Cadangan Ipo Di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Kumpulan Sumisaujana Berhad Melancarkan Prospektus Sempena Cadangan Ipo Di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 173 hits
Kumpulan SumiSaujana Berhad Melancarkan Prospektus Sempena Cadangan IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad Assalamualaikum semua Kumpulan SumiSaujana Berhad dan anak syarikatnya pengeluar bahan kimia khusus Oil and Gas yang ter...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural