Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke 17


Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17
Kempen tahun ini memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan kecergasan fizikal 

Johor Bahru, 15 Oktober, 2024 – Ayam Brand™, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan mudah  serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008. 




Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanafaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat. 


Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas. 


Di negeri Johor, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 199 kanak-kanak daripada 4 NGO dengan menyediakan mereka 35,280 hidangan berkhasiat yang juga enak. 





Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar-pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif.


Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat. 


“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya. 


Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan  Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3. 


“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat. Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.” 


“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan. Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” tambah Teoh.  


Laporan berita  baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah  mengalami masalah lebihan berat badan atau obes. 


 


Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka. 


“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global  melaporkan penglihatan kanak-kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas. Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,” Teoh menghurai lanjut. 


“Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand. Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” kata Cik Gwen Yap, Pengurus Pemasaran Serantau, Columbia Asia. 




Di Johor, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor Bahru, Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak Yatim Shafar, Pertubuhan Kebajikan Puspanesam dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (RUMAH BARKAT). 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/11/ayam-brand-meneruskan-komitmen-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Glucerna Startswithyou Mengurus Diabetes Dengan Lebih Baik Dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Kempen Glucerna Startswithyou Mengurus Diabetes Dengan Lebih Baik Dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 57 hits
Kempen Glucerna StartsWithYou Mengurus Diabetes Dengan Lebih Baik dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat Penyakit diabetes atau kencing manis ialah penyakit di mana tahap gula dalam badan terlalu tinggi Menurut tinjaun National Health and Morbidi...
Hiasan Halloween Lebih Menonjol Berbanding Perayaan Deepavali Di Mall Malaysia

Hiasan Halloween Lebih Menonjol Berbanding Perayaan Deepavali Di Mall Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 110 hits
Sewaktu musim perayaan menghampiri satu perdebatan hangat timbul di media sosial mengenai keutamaan hiasan Halloween di pusat beli belah tempatan di mana ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana ia lebih dipromosikan berbanding Deepavali ...
Dakwaan Lebih 100 Kedai Starbucks Di Malaysia Tutup Adalah Palsu Starbucks Malaysia

Dakwaan Lebih 100 Kedai Starbucks Di Malaysia Tutup Adalah Palsu Starbucks Malaysia

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 56 hits
Baru baru ini Starbucks Malaysia dilaporkan telah menutup lebih 100 kedai dari operasi susulan kesan diboikot Bagaimanapun melalui laporan New Straits Times pihak Starbucks Malaysia tampil menafikan dakwaan terbabit dan mengatakan ia adalah...
Terkejut Pasar Tani Di Hawaii Jual Nasi Lemak Malaysia

Terkejut Pasar Tani Di Hawaii Jual Nasi Lemak Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 133 hits
Bukan biasa biasa pemuda terkejut pasar tani di Hawaii jual nasi lemak MalaysiaSITI NUR ZAWANISeorang pengguna TikTok terkejut selepas melihat makanan tradisi rakyat Malaysia iaitu nasi lemak dijual di pasar tani di Honolulu Hawaii Pemuda b...
Hadi Dakwa Anwar Mahu Dilihat Lebih Baik Berbanding Nabi Muhammad

Hadi Dakwa Anwar Mahu Dilihat Lebih Baik Berbanding Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 68 hits
HarapandailyTan Sri Abdul Hadi Awang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa bahawa Anwar mahu dilihat lebih baik ketimbang Nabi Muhammad dengan menolak gaji sebagai perdana menteri Hadi bagaimanapun tidak menyebu...
Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 99 hits
Jika anda ketandusan perhatian sudah tentu akan buat apa saja untuk dapatkannya samada secara sedar atau tidak Itu naluri biasa yang manusia ada secara semula jadi Biasanya tindak tanduk orang yang tidak cukup mendapat perhatian berlaku tan...
Cara Tidur Lebih Nyenyak

Cara Tidur Lebih Nyenyak

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 43 hits
Semakin ramai rakyat Malaysia menyedari kepentingan tidur yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan Tidur yang baik bukan hanya tentang berapa lama kita tidur tetapi juga tentang kedalaman dan keselesaan tidur itu sendiri Kali ini sis kon...
Video Penjawat Awam Maliney Pohs Dimahkotakan Sebagai Miss Malaysia India Global

Video Penjawat Awam Maliney Pohs Dimahkotakan Sebagai Miss Malaysia India Global

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 117 hits
Maliney Pohs seorang penjawat awam berusia 28 tahun telah mencipta sejarah dengan dinobatkan sebagai Miss Malaysia India Global 2024 Bekerja di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pencapaian ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepa...
Dji Lancarkan Goggle N3 Baharu Pada Harga Lebih Mampu Milik

Dji Lancarkan Goggle N3 Baharu Pada Harga Lebih Mampu Milik

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 53 hits
DJI baru melancarkan Goggles N3 baharu yang merupakan gogal FPV termurahnya untuk penerbangan dron Dijual pada harga kurang separuh daripada harga Goggles 3 versi Goggle N3 ditawar pada harga lebih mampu milik iaitu USD229
Bakul Cheh Cha Alor Setar

Tips That Will Help You To Stay Safe When Using Your Phone

Terjah Food Villa Hatyai 1 Stop Centre

Huawei Tech With Love

Pengasas Beras Faiza Asal Mesir

Sagittarius And Gemini

Statistics Department S Numbers Too Good To Be True Says Dr Wee

Mencuba Pelembab Muka Safi Hydra Glow


echo '';
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia


Lelaki Hanya Manusia Bukan Robot

Why Every Women Should Consider Getting Health Screening

Ketagihan Makanan Apa Nak Buat

What Are The Lucky Numbers For Pisces

What S Virgos Symbol

Quintile Aspects