Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes


Hi Korang,
Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak. 
Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik[1]. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun. 

Korang kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel. 
Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA. 
Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia[2]. 
Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut[3]. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda[4]. 
Manfaat Omega-3[5]
Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran. 
Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan[6]. 
AB_Saba Sushi
Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama[7]. 
Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer[8]. 
Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan korang sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan korang. 
AB_Sweet Potato and Vegetable Saba Cakes
Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. 
AB_Coconut Noodle Soup Chilli Saba 
Kini korang mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza. 
Ayam BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia. 




[1] www.favy-jp.com/topics/2901 [2] www.en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_life_expectancy 
[3] www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3262608/ 
[4] One fish oil supplement in softgel contains 300 mg of omega-3. Based on National Institutes of Health. Dietary Supplement Label Database, 2015 
[5] www.healthline.com/nutrition/17-health-benefits-of-omega-3#section2 
[6] www.healthland.time.com/2012/09/07/omega-3s-as-study-aid-dha-may-help-lowest-scoring-readers-improve/ 
[7] www.aao.org/eye-health/news/can-vitamins-protect-against-blue-light-damage
[8] www.health.harvard.edu/staying-healthy/do-omega-3s-protect-your-thinking-skills



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/12/ayam-brand-memperkenalkan-tiga-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Klsummit2019 Ini Tiga Peringatan Mufti Wilayah Buat Umat Islam

Klsummit2019 Ini Tiga Peringatan Mufti Wilayah Buat Umat Islam

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 242 hits
Astro Awani Dr Zulkifli Mohamad al Bakri menyampaikan khutbah khas solat Jumaat yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur seiring Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 Gambar BERNAMA KUALA LUMPUR Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli...
Hujan Tiga Hari Berturut Turut Bendungan Benanga Samarinda Di Level Waspada

Hujan Tiga Hari Berturut Turut Bendungan Benanga Samarinda Di Level Waspada

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 186 hits
Pantauan Merdeka com pada Senin sekira pukul 11 04 Wita debit tinggi muka air Bendungan Benanga mendekati angka 70 cm
Javamifi Perbanyak Stok Modem Hingga Tiga Kali Lipat Di Liburan Akhir Tahun

Javamifi Perbanyak Stok Modem Hingga Tiga Kali Lipat Di Liburan Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 217 hits
penyedia jasa sewa modem wifi JavaMifi meningkatkan jumlah stok modemnya mengantisipasi tingginya permintaa sewa modem wifi di liburan akhir tahun ini Berapa besar dari waktu normalnya
Maya Septha Gelar Foto Keluarga Bertema Natal Bersama Tiga Anaknya Ekspresinya Kocak

Maya Septha Gelar Foto Keluarga Bertema Natal Bersama Tiga Anaknya Ekspresinya Kocak

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 207 hits
Di momen Natal ini terasa berbeda Sebab anggota keluarganya bertambah satu dengan hadirnya anak ketiganya Davinka yang lahir pada 27 Februari 2019 lalu Maya Septha pun tak menyia nyiakan untuk melakukan foto keluarga bersama ketiga anaknya
Tiga Pegawai Kpk Mundur Karena Tolak Jadi Asn Begini Kata Firli Bahuri

Tiga Pegawai Kpk Mundur Karena Tolak Jadi Asn Begini Kata Firli Bahuri

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 176 hits
Firli mengatakan saat menjadi deputi penindakan pun beberapa pegawai KPK banyak mengundurkan diri Menurut jenderal polisi bintang tiga itu alasan para pegawai mengundurkan diri mulai dari menikah bekerja di instansi lain
Tiga Suv Di Bawah Rp400 Juta Wuling Almaz Paling Menarik

Tiga Suv Di Bawah Rp400 Juta Wuling Almaz Paling Menarik

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 183 hits
Strategi Wuling Motors Indonesia memasarkan model sport utility vehicle pada awal 2019 terbukti tepat Hingga akhir Oktober lalu SUV Wuling Almaz menjadi mobil terlaris dalam keluarga Wuling Indonesia Padahal dibandingkan model MPV Wuling se...
Lg Mengumumkan Tiga Monitor Siri Ultra Untuk Tahun 2020

Lg Mengumumkan Tiga Monitor Siri Ultra Untuk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 390 hits
https ift tt 2EE8aIZ Kita masih lagi di tahun 2019 tetapi produk yang akan hanya dijual pada tahun 2020 kini mula diumumkan oleh pengeluar LG hari ini mengumumkan tiga monitor terbaru di bawah siri Ultra yang akan dilancarkan di acara CES y...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions