 LG UltraFine Ergo Display ialah monitor yang paling unik diumumkan hari ini kerana ia mempunyai tengkuk yang boleh diputar 70 darjah, mendongak 25 darjah dan tangkai yang boleh diputar 280 darjah. Skrin IPS sebesar 31.5″ 4K UHD ini mempunyai kadar segar semula 60Hz dan masa tindak balas 5ms. Ia boleh memaparkan kandungan HDR10 sehingga 350 nits dan 95% warna DCI-P3 boleh dipaparkan. Sokongan AMD FreeSync turut diberikan.
 LG UltraFine Ergo Display ialah monitor yang paling unik diumumkan hari ini kerana ia mempunyai tengkuk yang boleh diputar 70 darjah, mendongak 25 darjah dan tangkai yang boleh diputar 280 darjah. Skrin IPS sebesar 31.5″ 4K UHD ini mempunyai kadar segar semula 60Hz dan masa tindak balas 5ms. Ia boleh memaparkan kandungan HDR10 sehingga 350 nits dan 95% warna DCI-P3 boleh dipaparkan. Sokongan AMD FreeSync turut diberikan. LG UltraGear Gaming Monitor pula ditawarkan dalam saiz skrin Nano IPS sebesar 27″, 34″ dan 38″ pada resolusi 4K dan kadar segar semula sehingga 160Hz. Terdapat sokongan NVIDIA G-Sync dan paparan HDR yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR 600 serta 98% warna DCI-P3. Input yang diberikan ialah 2 x HDMI, 1 x DP dan 3 USB-A.
LG UltraGear Gaming Monitor pula ditawarkan dalam saiz skrin Nano IPS sebesar 27″, 34″ dan 38″ pada resolusi 4K dan kadar segar semula sehingga 160Hz. Terdapat sokongan NVIDIA G-Sync dan paparan HDR yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR 600 serta 98% warna DCI-P3. Input yang diberikan ialah 2 x HDMI, 1 x DP dan 3 USB-A.  Akhir sekali ialah LG UltraWide Monitor dengan skrin ultra-lebar Nano IPS 37.5″ beresolusi QHD+. Kadar segar semula adalah sehingga 144Hz dan masa tindak balas pula ialah 1ms. Terdapat sokongan NVIDIA G-Sync dan paparan HDR yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR 600 serta 98% warna DCI-P3. Input yang diberikan ialah 1 x Thunderbolt 3, 2 x HDMI, 1 x DP dan 2 USB-A.
Akhir sekali ialah LG UltraWide Monitor dengan skrin ultra-lebar Nano IPS 37.5″ beresolusi QHD+. Kadar segar semula adalah sehingga 144Hz dan masa tindak balas pula ialah 1ms. Terdapat sokongan NVIDIA G-Sync dan paparan HDR yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR 600 serta 98% warna DCI-P3. Input yang diberikan ialah 1 x Thunderbolt 3, 2 x HDMI, 1 x DP dan 2 USB-A. | Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		