Ayah Tak Sempat Jemput Tetamu Majlis Sambut Menantu




HULU TERENGGANU – “Hajat ayah nak jemput tetamu datang majlis kenduri sambut menantu tak kesampaian,” ujar Siti Dayang Suhana Musa, 31, anak kepada pekebun warga emas yang ditemukan maut akibat dipijak gajah liar pada Sabtu.
Menurut Siti Dayang, bapanya, Musa Ahmad, 65, sempat berbual bersama ibunya, Fatimah Ibrahim, 55, sehari sebelum diserang gajah liar berdekatan kebun di Kampung Basung dekat Kuala Berang di sini.
“Saya dengar ayah bersungguh-sungguh beritahu emak supaya biar dia sahaja yang pergi agihkan kad jemputan untuk panggil orang ramai datang kenduri.
“Ayah baru sempat agihkan dua kad jemputan kepada jiran terdekat.
“Selebihnya akan diberikan pada hari Jumaat iaitu hari yang sama dia disedari hilang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini pada Ahad.
Tinggal kenangan. Allahyarham Musa (kiri) merakam gambar pada majlis perkahwinan anak kelimanya, Hussin pada 7 September lalu di Marang.
Siti Dayang memberitahu, kenduri sambut menantu sempena perkahwinan adiknya, Hussin, 29, akan diadakan 19 Oktober depan selepas selamat melangsungkan perkahwinan pada 7 September lalu di Marang.
Anak keempat daripada 10 beradik itu berkata, mereka sekeluarga tetap meneruskan majlis seperti dirancang kerana persiapan telah dilakukan.
Katanya, mereka juga akan turut mengadakan majlis tahlil untuk arwah bapanya itu.
“Kami sekeluarga masih terkejut dan bersedih dengan kejadian ini. Apapun, kami reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.
“Mungkin kerinduan kami kepada arwah ayah sedikit terubat kerana ayah mempunyai kembar seiras iaitu bapa saudara kami, Isa Ahmad, 65. Dia juga tinggal di kampung ini,” katanya.
Bercerita lanjut, Siti Dayang berkata, sebelum ditimpa kejadian itu, bapanya menunjukkan kelakuan luar daripada kebiasaan.
“Ayah sebelum ini tidak pernah ketinggalan untuk jamah nasi goreng yang dihidangkan emak kerana sudah menjadi kelaziman dia bersarapan dulu sebelum keluar ke kebun.
“Pagi tu, dia bukan sahaja tidak sarapan tetapi juga tidak memberitahu sesiapa dia nak ke mana.
“Hari Jumaat biasanya ayah akan beritahu kepada emak untuk ke mana-mana dan akan pulang waktu tengah hari untuk solat Jumaat.
“Tidak sangka pula ia petanda ayah akan pergi buat selamanya. Betul ayah tak sempat jemput orang datang kenduri kahwin di rumah tapi ayah masih jemput orang ke rumah ziarah jenazah ayah selepas pemergiannya,” katanya.
Siti Dayang berkata, mereka sekeluarga berharap agar kejadian meragut nyawa bapanya itu dapat dijadikan iktibar.
“Kita harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.
Jenazah Musa selamat dikebumikan kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Basung.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya pada Jumaat ditemukan maut pada pagi Sabtu akibat diserang gajah liar.
@sinarharianonline ‘Ayah tak sempat jemput tetamu majlis sambut menantu’ #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Terengganu #Gajah #Kahwin
Pergi – Aizat
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link
The post ‘Ayah tak sempat jemput tetamu majlis sambut menantu’ appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/ayah-tak-sempat-jemput-tetamu-majlis-sambut-menantu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Sebak Umum Kepada Tetamu Majlis Kahwin Anak Lelaki Diganti Dengan Doa Selamat

Ibu Sebak Umum Kepada Tetamu Majlis Kahwin Anak Lelaki Diganti Dengan Doa Selamat

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 247 hits
Baru baru ini tular video di platform media sosial memaparkan seorang ibu yang berasa sebak ketika mengumumkan kepada tetamu bahawa majlis perkahwinan anak lelakinya tidak dapat dilangsungkan sususlan calon isteri membatalkan perkahwinan di...
Bila Jenis Hoarding Disorder Anak Menantu Kemas Rumah Bila Mak Ayah Pergi Umrah

Bila Jenis Hoarding Disorder Anak Menantu Kemas Rumah Bila Mak Ayah Pergi Umrah

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 166 hits
Ibu ayah pergi umrah anak anak pula ambil peluang kemas rumah yang penuh dengan barang barang sebab ibu ayah ada Hoarding Disorder Video ni memang buat ramai orang terkejut siap trending lagi Video itu dimuatnaik pengguna TikTok aainaa nord...
Tak Sempat Ziarah Kubur Ayah Dua Beradik Maut

Tak Sempat Ziarah Kubur Ayah Dua Beradik Maut

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 157 hits
Hasrat dua beradik tidak kesempaian apabila menemui ajal ketika dalam perjalanan menuju ke pusara bapa Menurut laporan Metro remaja lelaki bersama adik bongsu berusia lima tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas mo...
Majlis Ilmu Madani

Majlis Ilmu Madani

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 201 hits
Alhamdulillah majlis majlis seperti ini wujud dan meriah di negara luar seperti di Turki dan Timur Tengah Namun asbab ikhtiar para pencinta Hadis Nabi di negara kita maka akan wujud majlis ini di negara tercinta Allahu akbar Majlis ini meru...
Sri Pahang Fc Menjadi Mangsa Amukan Perak Fc 3 0 Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh

Sri Pahang Fc Menjadi Mangsa Amukan Perak Fc 3 0 Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 156 hits
TEMERLOH Perak FC seakan mula mendapat momentum sebenar apabila mengesahkan kemenangan ketiga berturut turut dengan menewaskan Sri Pahang FC 3 0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada Sabtu Keputusan ini menyerlahkan kualiti yang ada p...
Sengketa Berakhir Majlis Akikah Anak Saksi Hubungan Shila Amzah Amp Ibu Kembali Jernih

Sengketa Berakhir Majlis Akikah Anak Saksi Hubungan Shila Amzah Amp Ibu Kembali Jernih

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 165 hits
Silaturahim bertaut semula majlis akikah anak saksi hubungan penyanyi Shila Amzah dengan ibunya Fauziah Sarman kembali jernih apabila dilihat hadir berkumpul dalam sebuah majlis keluarga semalam Menerusi beberapa hantaran dimuat naik di Ins...
Majlis Apresiasi Aturcara Majlis Skrip Pengacara Doa

Majlis Apresiasi Aturcara Majlis Skrip Pengacara Doa

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 202 hits
Di peringkat dunia pekerjaan atau pengajian besar kemungkinan setiap daripada kita pernah menghadiri majlis apresiasi sama ada sebagai penerima anugerah atau hanya sebagai jawatankuas penganjur Di peringkat sekolah mungkin diadakan majlis a...
Protokol Tatacara Majlis Penyampaian Hadiah Rasmi Sekolah Jabatan Dan Pejabat Serta Teks Mc Majlis Penyampaian Hadiah

Protokol Tatacara Majlis Penyampaian Hadiah Rasmi Sekolah Jabatan Dan Pejabat Serta Teks Mc Majlis Penyampaian Hadiah

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 300 hits
Tatacara Majlis penyampaian hadiah adalah acara penting yang dianjurkan oleh pelbagai institusi seperti sekolah jabatan dan pejabat untuk menghargai pencapaian individu atau kumpulan Dalam menjalankan majlis ini protokol dan tatacara perlu ...
Malam Majlis Penutup

Malam Majlis Penutup

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 185 hits
nbsp Malam Majlis Penutup Tepat jam 8 00 malam kita mulakan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada semua ahli keluarga Sorry tau korang kualiti gambar malam tak berapa nak terang sebab kitaorang memang tutup lampu untuk pancarkan slai...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi