Ayah Saya Meninggal Bang Sayu Daripada Siang Sampai Malam Atas Motor Sampai Sesat Nak Jemput Adik Pulang


Kesusahan yang dilalui oleh orang lain seringkali datang sebagai bentuk pengajaran kepada mereka yang melihat. Namun, ujian yang sebenarnya bukanlah daripada mereka yang diduga tetapi kita yang melihat adakah bertindak menghulurkan bantuan atau membiarkan sahaja.
Seperti perkongsian oleh seorang pemuda ketika terserempak dengan seorang lelaki yang sesat hampir 12 jam di Kuala Lumpur. Bayangkan, sudahlah terpaksa menempuh perjalanan selama tiga jam dari Teluk Intan ke ke Kuala Lumpur, sampai sahaja ke sana dia tersesat pula ke tempat yang mahu dituju. Bukan sekejap tempohnya, hampir 12 jam dari tengahari hingga ke malam. Fuhh.
Lebih sayu, lelaki tersebut rupanya ingin mengambil adiknya perempuannya pulang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kerana ayah mereka telah meninggal dunia. Gigihnya seorang abang ini. Ikuti perkongsian seperti di bawah.
Okay perkara yang berlaku ini amat menyedarkan aku ketika aku otw balik rumah dari tempat kerja aku.
Malam tadi aku kerja shift closing so balik la lewat sikit en oh btw aku kerja kat ioi putrajaya then otw nak balik bangi. so ikutla highway kajang silk tu.

Jumpa ‘brader’ bawak EX5 dari Teluk Intan Pastu sebelum nak masuk bangi dari highway tu, korang akan jumpa simpang traffic light. jaranglah orang bangi tak kenal simpang ni simpang “traffic light paling lama di dunia” hahah. so aku berhenti lah kat traffic light tu jap sambil layan lagu timmy trumpet kit ennn.
So tengah tunggu tunggu lampu hijau tiba tiba ada la sorang brader ni bawak ekspai park sebelah motor aku. Aku dahla tengah layan lagu en hahahah pastu brader tu tegur aku tapi aku tak dengar suara dia so aku pause lah lagu aku jap sebab nak dengar apa dia cakap.
Nak ambil adik, sesat dari tengahari sampai malam di KL Then aku tegur ye bang pastu brader tu reply “bang tahu tak kat mana jalan nak ke TBS?” sambil tergagap gagap cakap dengan aku pastu dia pun sambung :
“Saya kat KL ni dari tengah hari tadi pusing pusing tak jumpa jumpa TBS.”
Aku pun macam seriouslah kau ni dah terpesong jauh jalan kot nak menghala ke TBS. Aku tanya lagi dari mana ni then dia reply :
“Dari teluk intan bang nak pickup adik saya baru balik dari kelantan kat TBS sebab ada orang meninggal kat kampung saya.”
Mata tengah tahan menangis Sambil reaksi muka dia yang hampa kecewa dari siang tadi tak jumpa jumpa TBS tu dengar je dia cakap camtu aku terus macam seriously lahhhh dari teluk intan bawak ekspai camni je dia pun mata tengah tahan nangis je serious buat aku sedih gak.
Lagi buat aku sedih sampai dia merayu nak bayar aku kalau aku tunjuk jalan ke tbs tu then aku tolak pasal bayar tu. Lampu hijau je terus aku suruh dia follow motor aku dari belakang buat u turn ke petronas depan uniten tu jap.
Ayah saya meninggal dunia Btw masa nak bayar isi minyak tu dia offer lagi nak bayarkan aku then aku tolak lagi. Aku tolong ikhlas duh lahai sambil sambil tu aku tanya lah siapa yang meninggal kat kampung dia, dia jawab :
“Ayah saya meninggal bang sebab tu saya nak ambik adik saya bawak balik kampung ni.”
Aku pun sebak weh dengar lahai sikit lagi nak kecundang air mata jantan aku keluar then aku pun terus suruh dia ikut aku dari belakang terus menghala ke TBS. Bahaya gak brader ni bawak motor memalam camtu sebab sepanjang perjalanan tu aku tengok lampu depan dia kejap hidup kejap mati so apa apa berlaku dengan dia aku pun risau gak.
Masa kat atas motor kepala aku mula la berfikir betul ke orang yang jujur aku tengah tolong ni mana tahu dia sembang ke apa.
So sampai la ke TBS. Aku suruhla dia berhenti tepi sebab nak tunggu adik dia kat situ senang nak pickup. After that dia call adik dia and adik dia cakap dah sampai kat area nampak bangunan bangunan KL dah ni.
Nak balik hari tu juga So kitorang tunggu la adik dia sampai sambil tu borak borak tanya dari area mana. Kepala aku still berfikir jauh gila duh dari teluk intan terlajak sampai ke bangi dengan naik ekspai je.
Time borak tu aku tanya siang tadi tak tanya orang lain ke then dia jawab :
“Diorang cuma tunjuk jalan gitu gitu je so saya ikut la apa yang diorang cakap tapi tak jumpa jumpa tbs gak bang tu yang tersampai jumpa abang rupanya dah jauh terlajak saya.”
Dia cakap malam tu gak dia nak balik ke sana terus weh. Aku tanya balik ni nak balik ke sana tahu tak ikut jalan mana and dia cakap dia tak risau sebab adik dia ada waze and power bank. Btw sepanjang perjalanan dari teluk intan siang tadi tu tu dia guna waze gak tapi dia tak reti nak tengok location so thats why dia sesat.
After 20 minutes camtu tunggu, adik perempuan dia pun sampai. Elok orangnya tergoda jap aku time tu macam angin daun daun apa semua kat situ terbang slow motion gitu hahahah takdalah gurau je. So aku pun turut happy lah sebab akhirnya brader ni dapat gak pickup adik dia kat tbs dari siang tadi mencari. i feel u bro.

Then dia tanya “nak balik ni ikut mana eh bang” ahhh sudahhhhh kalau aku tunjuk direction camtu je confirm dia tak faham so aku suruhla dia bukak waze sesiap and follow aku jap.
Kesian weh aku tengok dengan bawak beg besarnya naik motor ekspai je sambil tu tangan kiri pegang phone fokus tengok waze sebab dia nak balik malam tu gak and dia kata nak balik sana ikut i-city so aku tunjuk la jalan lagi. So last aku jumpa dia sebelum dia meneruskan perjalanan menghala ke teluk intan tu aku suruh dia berhenti tepi jap sebab aku nak keluar ke Highway Plus dan dia pula nak menghala ke Highway Federal.
Dia banyak terima kasih dengan aku sebab banyak tolong dia and minta maaf dengan aku banyak kali sebab ganggu waktu aku. Aku pun cakap sokay jela takda hal pun ni pun tak rushing balik rumah.
Dua pengajaran aku dapat dalam hidup Before dia gerak dia salam aku and kenalkan diri dia dengan nama “Din” then aku suruh la dia elok elok bawak motor tu sebab jauh lagi perjalanan ekau ni haaa. So sampai je rumah aku berfikir lagi. ada dua pengajaran aku dapat masa malam tu :
Pertama, aku suka tolong orang and aku always using this phrase dalam diri aku “harini kita tolong orang esok lusa orang tolong kita balik” and make sure tolong orang dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa apa balasan. terima kasih pun sudah cukup memadai.
Kedua, kalau rasa diri kita ni susah ada orang lagi susah daripada kita. Bersyukur lah apa yang kita ada harini. Dapat cukup makan setiap hari pun dah bersyukur even roti gardenia enam posen tu pun rezeki.
Semoga bro din sentiasa kuat dan sihat dalam kehidupan seharian dan doakan saya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Sumber : didkenobi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/18/ayah-saya-meninggal-bang-sayu-daripada-siang-sampai-malam-atas-motor-sampai-sesat-nak-jemput-adik-pulang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aksi Superman Atas Motorsikal Ayah

Aksi Superman Atas Motorsikal Ayah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 297 hits
Sebelum ini tular di media sosial dua kanak kanak melakukan lagak adiwira Superman di atas but kereta ayahnya yang sedang bergerak Kejadian membahayakan nyawa itu berlaku di Pasir Gudang Johor dan polis telah menahan bapa serta kanak kanak ...
Belikan Anak Patung Nak Gembirakan Hati Anak Tak Sangka Malam Malam Kena Kacau

Belikan Anak Patung Nak Gembirakan Hati Anak Tak Sangka Malam Malam Kena Kacau

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 466 hits
Anak patung memang kegemaran anak kecil Kecomelannya membuatkan mereka tertarik tambahan lagi jika ia nampak seperti betul betul sama dengan manusia atau cukup sifat Tapi mama papa hati hati membeli bimbang terjadi perkara tidak diingini An...
Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 329 hits
Lucunya apabila ibu mengandungkan anak kemudian diuji dengan macam macam masalah sepanjang kehamilan tetapi bila keluar si manja itu mengikut acuan ayahnya Itulah yang terjadi kepada pelantun lagu Be Mine Tasha Manshahar yang buat pertama k...
Datuk Kata Mengarut Bila Nora Anne Tidak Berkasut Berjalan Atas Batu Di Tengah Malam

Datuk Kata Mengarut Bila Nora Anne Tidak Berkasut Berjalan Atas Batu Di Tengah Malam

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 373 hits
Datuk Kata Mengarut Bila Nora Anne tidak berkasut berjalan atas batu di tengah malam
Suami Nampak Tenang Tak Ada Anak Kenyataannya Dia Juga Simpan Hasrat Nak Jadi Ayah

Suami Nampak Tenang Tak Ada Anak Kenyataannya Dia Juga Simpan Hasrat Nak Jadi Ayah

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 434 hits
Seringkali apabila bercerita tentang rezeki dikurniakan zuriat biasanya kaum wanita lebih sensitif dan mengharapkan untuk mengandung Sebenarnya dalam dia suami juga menyimpan impian dan keinginan yang sama Mereka lebih tabah dan tenang kera...
Ayah Balita Di Jember Diduga Meninggal Akibat Sakit Diabetes

Ayah Balita Di Jember Diduga Meninggal Akibat Sakit Diabetes

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 199 hits
Fauzi yang diduga meninggal sejak hari Senin lalu selama ini dikenal tetangga sebagai pribadi tertutup Karenanya tetangga juga tidak tahu jika Fauzi sudah meninggal di kamar rumahnya Saat ditemukan sudah tak bernyawa Fauzi hanya ditemani sa...
Potret Pilu Gajah Kurus Di Sri Lanka Harus Bekerja Siang Malam Jalan Jauh Dengan Kaki Dirantai

Potret Pilu Gajah Kurus Di Sri Lanka Harus Bekerja Siang Malam Jalan Jauh Dengan Kaki Dirantai

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 247 hits
Di usianya yang sudah 70 tahun gajah malang itu masih harus ikut parade sampai larut malam bersama 59 gajah lainnya Nggak tega
Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 365 hits
Sebagai seorang remaja yang berumur 13 tahun pada zaman moden ini handphone merupakan hadiah paling bernilai bagi mereka kan Disebabkan itu bapa durjana ni tergamak gunakan taktik ini sebagai umpan untuk melempiaskan nafsunya Nenek tak pern...
Mama Boleh Tak Adik Nak Mainan Ni Jangan Berkira Dengan Anak Mereka Pembawa Rezeki Kita

Mama Boleh Tak Adik Nak Mainan Ni Jangan Berkira Dengan Anak Mereka Pembawa Rezeki Kita

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 355 hits
Bila kita nak belikan sesuatu buat anak kita selalu fikir berkali kali sedangkan bila kita nak belikan telefon mahal atau tudung sekalipun kita beli tanpa banyak fikir Jangan berkira sangat dengan anak anak amanah Allah pada kita Hakikatnya...
Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Buat Sendiri Sandwic Tebal 4 Tingkat Banyak Inti Confirm Kenyang

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

Morcant Den F Rlorade Riddaren En Saga Om Mod Och F Rl Telse