Awat Tak Pilih Dia Walau Dah Meregon Pemuja Dia Dok Usung Lagi Sana Sini




 TERLALU PANTAS TOLAK  TUN M CALON DI KEMAMAN,  PAS JELAS TAK BERBUDI BAHASA 


Hanya sehari selepas digambarkan perlunya Tun Mahathir Mohamad diletakkan bertanding di Kemaman, Pas dengan pantas menolak kemungkinan tersebut.


Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar dipetik sebagai berkata, Pas tidak bercadang untuk mencalonkan Tun Mahathir dalam PRK Kemaman yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Malah, katanya,, tidak ada perbincangan dalam Pas untuk perkara itu.


Dalam hal ini, Pas jelas ternampak kurang berbudi bahasa terhadap Tun Mahathir yang telah mereka lantik sebagai penasihat khas untuk empat negeri tadbirannya – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis – dalam konteks menarik pelabur dan membangunkan ekonomi keempat-empat negeri berkenaan.


Sepatutnya, dalam kedudukan Tun Mahathir berlapang dada memberi khidmat secara percuma kepada empat negeri berkenaan dan berikutan timbulnya isu berkaitan, apalah salahnya jika Pas datang bertanya dahulu kepada bekas Perdana Menteri dua kali itu sama ada sedia bertanding lagi atau pun tidak.


Jika setelah Tun Mahathir menolak dan tidak sedia lagi untuk berganding, barulah dibuat pengumuman mengenainya.


Buat sementara ini, tak bolehkah Pas bersikap diplomasi sedikit dengan tidak menolak terus kemungkinan meletakkan bellau sebagai calon di Kemaman, sebaliknya cuba mencari masa mengunjungi Tun Mahathir terlebih dahulu?


Ini tidak, begitu cepat dan pantas sekali Pas menolak dan mengatakan tiada rancangan untuk mencalonkan beliau di Kemaman.


Bagaimana jika dalam hati Tun Mahathir sebenarnya sudah bertunas bunga-bunga keinginan untuk bertanding di Kemaman, sebaik saja diketahui ada PRK di kawasan itu?


Tidakkah ini secara tidak langsung mengecewakan Tun Mahathir?


Jika diimbas kembali hubungan Tun Mahathir dengan Pas sejak 2018 lalu, satu-satunya sikap terpuji beliau ialah sentiasa menunjukkan tangan terbuka, berlapang dada dan baik hati terhadap parti itu.


Bila-bila masa saja pimpinan Pas ingin bertemu dan bertandang ke kediamannya, tidak pernah sekali pun Tun Mahathir menolaknya.


Ketika PRN dan PRK Simpang Jeram, Tun Mahathir tidak pernah menolak untuk turun berkempen membantu Pas.


Begitu juga ketika dilantik sebagai penasihat khas empat negeri tadbiran Pas atau SG4, sekali lagi Tun Mahathir dengan lapang dada menerimanya semata-mata kerana hasrat ingin membantu memajukan lagi empat negeri berkenaan.


Di PRK Pelangai ini pun dikhabarkan Tun Mahathir akan turun juga berkempen membantu Pas.


Kenapalah Pas tidak boleh membalas kebaikan hati Tun Mahathir itu?


Walhal, jika Tun Mahathir diletakkan sebagai calon di Kemaman dan Insya Allah akan menang, suaranya di Parlimen dalam membawa kepentingan empat negeri itu kepada kerajaan pusat tentulah tambah berkesan lagi.


Tetapi dengan awal-awal lagi menolak Tun Mahathir, selain memperlihatkan Pas kurang berbudi bahasa, yang lebih banyak rugi dan menolak tuah ialah Pas sendiri.


Berbanding Tun Mahathir dengan Che Alias Hamid yang Pas nampaknya lebih cenderung untuk mencalonkan semula beliau dalam PRK Kemaman nanti, apakah peranan yang boleh dimainkannya dalam di Parlimen?


Pernahkah beliau bersuara selama ini di Parlimen? – ShahbudinHusin 05/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/awat-tak-pilih-diawalau-dah-meregon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang La Lawak Sebab Dnaa Mana Ada Dalam Isle Mung Dok Pahang

Memang La Lawak Sebab Dnaa Mana Ada Dalam Isle Mung Dok Pahang

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 134 hits
Mahiaddin mohon DNAA untuk kesnya Lawak tak Pertama Hadi kena nasihatkan dia DNAA tak ada dalam Islam ikut kata Hadi Jadi sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam takkanlah Hadi rela Mahiaddin berbuat sesuatu yang tiada dalam Islam ...
Ini Initan Ipr Negeri Pembangkang Yang Dok Mengutuk Ada Buat Ka Dak

Ini Initan Ipr Negeri Pembangkang Yang Dok Mengutuk Ada Buat Ka Dak

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 109 hits
Rafizi RamliSaya kongsikan perkembangan semasa salah satu projek Inisiatif Usahawan Tani di Putrajaya Kerjasama ini turut membabitkan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat Untuk Fasa 1 kita mulakan dengan ...
Pdrm Teringin Betoi Dia Ni Nak Dok Dalam

Pdrm Teringin Betoi Dia Ni Nak Dok Dalam

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 136 hits
PDRM ni ada orang nak merasa tidur lokap Cuba jemput dia sekali Guane boh Raja Gelap II
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok