Awas Tayar Myvi Sasaran Curi


ISMA WEBKawasan pakir flat, kondominium tiada CCTV sasaran penjenayah
Penjenayah kini dilaporkan menjadikan tayar dan rim Perodua Myvi sebagai sasaran kerana permintaan yang tinggi.   BANGI – Sejak sedekad lalu Perodua Myvi menjadi kegemaran ramai, dan kini kereta itu dikatakan menjadi sasaran paling digemari oleh pencuri.
Setakat ini, lebih 30 kejadian kecurian tayar dan rim Myvi di Pulau Pinang dan Putrajaya, dilaporkan.
Sebabnya? Oleh kerana menjadi kenderaan kegemaran ramai maka permintaan terhadap alat gantinya juga meningkat, dan empat tayar serta rim lama kereta Myvi biasanya bernilai RM350, tetapi jika baharu boleh mencecah sehingga beberapa ribu ringgit.
Akhbar berbahasa Cina, Guang Ming melaporkan lebih 20 kereta Myvi baharu menjadi sasaran pencuri di Pulau Pinang, apabila tayar dan rim dicuri, dipercayai dilakukan kumpulan sama, berdasarkan modus operandi mereka.
Akhbar itu melaporkan, penjenayah meletakkan bata di bawah Myvi, dan dalam tempoh beberapa minit sahaja empat tayar kereta itu ditanggal dan dilarikan.
Untuk tidak meninggalkan sebarang bukti, kumpulan penjenayah itu dikatakan menjalankan kegiatan mereka di pakir flat dan kondominium, terutama di kawasan yang tidak diawasi kamera litar tertutup (CCTV).
Namun, ada netizen yang mendakwa kereta Myvi mereka yang dipakir di tepi jalan turut menjadi sasaran. 
Melucukan ialah, tayar dan rim kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes Benz yang lebih mahal, dan diletak berhampiran Myvi, tidak pula dicuri.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang dipetik sebagai berkata, setakat ini polis hanya menerima satu laporan pada 5 Mei lalu, apabila dua tayar kereta Myvi dicuri.
Sehubungan itu, beliau menggesa pemilik kereta yang kehilangan tayar membuat aduan, bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima lima laporan kes kecurian rim dan tayar kereta di kawasan kejiranan di pusat pentadbiran kerajaan sepanjang bulan ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kes-kes kecurian peralatan kereta itu berlaku di kawasan apartmen di Presint 9, 11 dan 14.
Namun, kes itu tidak terhad kepada Perodua Myvi sahaja, sebaliknya pencuri turut menyasarkan Perodua Aruz, Honda City, Honda CRV dan Honda Jazz.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/awas-tayar-myvi-sasaran-curi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chris Lee Ikhlas Agih Zakat Dia Tak Curi Duit Rakyat

Chris Lee Ikhlas Agih Zakat Dia Tak Curi Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 345 hits
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mempertahankan tindakan anggota Dewan Undangan Negeri bukan Islam parti itu yang mengedarkan zakat Zairil yang juga Adun Tanjong Bunga berbuat demikian dengan bersandarkan pandangan mufti n...
Badak Lampung Fc Berhasil Curi Poin Dari Kalteng Putra Dengan Kemenangan 0 1

Badak Lampung Fc Berhasil Curi Poin Dari Kalteng Putra Dengan Kemenangan 0 1

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 216 hits
Kalteng Putra harus rela merelakan poin pada laga pekan ketiga Shopee Liga 1 2019 Menjamu Badak Lampung FC di Stadion Sultan Agung Bantul Selasa tuan rumah harus rela kalah 0 1
Anji Sukses Curi Perhatian Karena Unggah Foto Lawas

Anji Sukses Curi Perhatian Karena Unggah Foto Lawas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 322 hits
Anji Manji baru saja mengunggah foto lawas Foto yang diambil pada tahun 1997 itu memperlihatkan penampilan Anji dengan rambut gondrong dan masih bertubuh kurus
Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 501 hits
Tiga lelaki yang cuba mencuri seekor lembu jenis Brahman dengan menggunakan kereta jenis Honda Civic menerima padah apabila perbuatan mereka disedari penternak haiwan berkenaan di Jalan Sungai Lokan di sini hari ini Dalam kejadian kira kira...
Suspek Curi Kereta Honda Civic Curi Rokok Di Bhp Guna No Plat Palsu

Suspek Curi Kereta Honda Civic Curi Rokok Di Bhp Guna No Plat Palsu

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 1026 hits
Susulan kejadian buli jalanan yang berlaku semalam oleh dua suspek bersenjatakan parang di Lebuhraya Pasir Gudang Johor Bahru mangsa telah membuat laporan polis Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pemilik kenderaan yang c...
Atta Curi Mobil Mewah Keluarga Gen Halilintar Ada Apa

Atta Curi Mobil Mewah Keluarga Gen Halilintar Ada Apa

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 367 hits
Atta Halilintar mencuri mobil keluarga gen Halilintar yang dikenal mewah itu Ada apa
Unggah Foto Bareng Mama Hidung Irish Bella Curi Perhatian

Unggah Foto Bareng Mama Hidung Irish Bella Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 403 hits
Unggah foto bersama sang mama hidung artis cantik Irish Bella berhasil mencuri perhatian warganet
Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Inara Rusli Perjalanan Cinta Dan Kehidupan Bersama Virgoun

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Senarai Makanan Kecemasan Tahan Lama Untuk Situasi Banjir Wajib Simpan

Semai Pokok Kesum

Daging Goreng Ketumbar Cili Padi Resipi Pedas Paling Padu Menggiurkan

Larangan Kanak Kanak 16 Tahun Ke Bawah Miliki Akaun Media Sosial

Menginap Di Homesay Ad Lia Villa Melaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Keberanian Bank Bank Besar As Menghadapi Cabaran Ekonomi Semasa

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Loela Drakel Api Cinta Chord

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States