Awas Scammer Baju Raya Sedang Buru Mangsa Utusan Malaysia 13 04 2023


 

PETALING JAYA: Kegiatan penipuan atau lebih dikenali sebagai scammer semakin menjadi-jadi dengan mereka dikatakan semakin rancak melakukan aktiviti itu kepada umat Islam yang sedang menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kegiatan itu dipercayai membabitkan peniaga perseorangan untuk mengaut keuntungan lebih dengan mudah.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, aktiviti penipuan membabitkan tawaran baju hari raya itu dilakukan melalui media sosial dengan iklan yang meyakinkan pengguna.
Katanya, kebanyakan aduan yang diterima berhubung kegiatan itu bagaimanapun tidak melibatkan jenama tertentu.
“Mereka scam pengguna dengan iklankan baju itu murah, tetapi apabila sudah buat pembelian, tak hantar pula. Ada pula dapat saiz tak betul, jadi benda sebegini mungkin sebab stok dan saiz tidak ada atau kadangkala sebab mahu lepaskan stok saja tanpa fikirkan soal saiz.
“Setakat ini kita terima berbelas-belas aduan, mungkin masih rendah, tetapi takut jadi realiti, maka lebih baik kita beri kesedaran dulu.Sebab sesetengah orang itu susah, jadi mereka sangat mengharapkan kalau dapat beli pada kadar harga yang murah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Nadzim meminta orang ramai sentiasa berhati-hati dan lebih berwaspada sekiranya membuat pembelian persiapan sambutan perayaan itu secara dalam talian.
“Kalau boleh cari penjual yang mempunyai reputasi. Apabila mereka ada reputasi, maka mereka tidak akan ambil mudah (untuk menipu pesanan pelanggan).
“Saya tahu kaedah itu tidak adil sebab bukan semua yang scam baju hari raya, yang buat betul-betul, maka kita alu-alukan.
“Cumanya kena hati-hati. Lagi bagus kalau sebelum beli itu rujuk dulu dengan kementerian bertanggungjawab sama ada mereka itu memang benar penjual atau sebaliknya,” katanya.
Pada masa sama, beliau menyarankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membuka mata dan memantau kegiatan penipuan melibatkan persiapan perayaan itu.
Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini memaklumkan, selain tawaran promosi, scammer akan memaklumkan adanya sekatan penghantaran bungkusan pembelian selepas mangsa membuat pembayaran.
“Mangsa perlu membuat bayaran tambahan dan dijanjikan pulangan wang selepas bungkusan diterima.
“Mangsa menyedari ditipu, scammer sekat mangsa dan tukar identiti lain di media sosial,” kata kementerian itu.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
AWAS SCAMMER BAJU RAYA SEDANG BURU MANGSA 
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/awas-scammer-baju-raya-sedang-buru-mangsa/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/04/awas-scammer-baju-raya-sedang-buru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Raya 2023 Dua Kali Alter

Baju Raya 2023 Dua Kali Alter

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 339 hits
Sesuatu yang tak merugikan akhiratmu tak usahlah dianggap sebagai masalah Walaupun musykil haruslah kena maintain cool Dah 2 kali Tailor alter baju raya ai tapi masih sempit lagi Pelik juga Tak sampai hati pula nak minta beliau adjustkan la...
Watsons Raya 2023 Rahsia Gaya Raya Chord

Watsons Raya 2023 Rahsia Gaya Raya Chord

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 228 hits
D m F C oh aidilfitri C menjelma kembali A m masa indah yang F kita cari cari C segak bergaya F happy satu famili A m rahsia ini F hey kami nak kongsi C F salah dan silap marilah memaafi A m F hilangkanlah sengketa C dari hati F yang keruh ...
Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia

Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 179 hits
Tahun ini Juju perasan ramai betul Tik Toker Malaysia yang nyanyi lagu raya ya Ada juga yang tak menyanyi tapi buat penampilan istimewa Juju sendiri pun suka dengan lagu lagu yang diorang nyanyikan ni Fresh je bila dengar Ada juga tik toker...
Buru Lailatulqadar Lebih Afdal Dari Teka Tarikh Raya Timbalan Mufti Perak

Buru Lailatulqadar Lebih Afdal Dari Teka Tarikh Raya Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 264 hits
Umat Islam dinasihat menumpukan ibadat bagi memburu malam lailatulqadar daripada berpolemik mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri Memetik laporan Sinar Harian Timbalan Mufti Perak iaitu Datuk Zamri Hashim berkata orang ramai di negara ini ti...
Ramadan 29 Projek Biskut Raya 2023

Ramadan 29 Projek Biskut Raya 2023

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 487 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah masih lagi KK meneruskan Projek Biskut Raya setiap tahun tanpa jemu KK berharap akan berterusan sampailah KK pencen haha Tapi tahun ini agak istimewa dan sangat menarik sebab KK buat kuih ...
Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Yang Menarik

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 473 hits
Setiap tahun ucapan Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi kezaliman untuk rakyat Malaysia Untuk tahun 2023 pelbagai contoh ucapan yang boleh anda gunakan untuk mengucapkan selamat kepada yang tersayang Hari Raya Aidilfitri merupakan antara per...
Harga Perak Semasa 2023 Hari Ini Malaysia 1 Gram 10 Gram 1 Kg

Harga Perak Semasa 2023 Hari Ini Malaysia 1 Gram 10 Gram 1 Kg

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 527 hits
Trend Pelaburan Harga Perak Semasa 2023 Hari Ini Malaysia jom mulakan investment dengan 1 Gram kemudian 10 Gram dan akhir sekali 1 kg Perak ialah sejenis logam lembut digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan peralatan rumah duit syilin...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Dapsy Open Up Uitm S Cardiothoracic Surgery Post Grad To Non Bumi To Prepare For Ageing Population Challenges

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

Sama Nama Kitabnya Beda Ulama Penulisnya

Definisi Umur Warga Emas

Pangkat Tentera Darat Malaysia Lencana

Sebutkan Satu Ayat Tentang Rahasia Yahudi By Dr Hm Rakib S H M Ag

Ai Team Subscribers Mei 21 2024