Awas Macau Scam Menyamar Pegawai Lhdnm



SUDAH banyak kali Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawainya.
Malangnya dari 1 Januari hingga 27 Mei 2021, sebanyak 556 kes melibatkan kerugian lebih RM15.26 juta berkaitan penipuan Macau Scam menyamar pegawai LHDNM dilaporkan kepada pihak polis.
Maksudnya masih ada rakyat Malaysia dengan begitu senang dipermainkan oleh penjenayah Macau Scam walaupun telah banyak kali modus operandi mereka didedahkan kepada umum.
Kita tidak pasti mengapa keadaan itu berlaku. Adakah kerana sikap sebilangan rakyat Malaysia sememangnya tidak ambil peduli dan peka terhadap info semasa atau sememangnya mereka mudah diperdaya lalu terpedaya?
Ini kerana modus operandi penipuan Macau Scam sangat mudah iaitu hanya dengan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon dan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari LHDNM.
Scammer seterusnya akan menyatakan syarikat atau perniagaan mangsa masih mempunyai tunggakan cukai yang mesti dilunaskan lantas mangsa pun terpedaya lalu menyerahkan wang kepada mereka.
Terdapat beberapa pandangan mengapa penipuan itu sangat mudah untuk dilakukan antaranya disebabkan sikap mudah panik, kenaifan atau keyakinan tinggi seseorang bahawa mereka tidak akan sama sekali ditipu.
Tetapi yang paling kerap dipetik apabila penipuan tersebut berlaku adalah menjadi mangsa pukau atau hipnotis penjenayah Macau Scam sedangkan dakwaan ini sangat sukar untuk dibuktikan.
Kerana berdasarkan pemahaman umum hipnotis bukan suatu proses yang mudah untuk dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pakar berkelayakan apatah lagi melalui panggilan telefon.
Maka kesimpulannya cukup mudah iaitu jangan sesekali mudah gentar apabila ada individu mengaku sebagai pihak berkuasa menghubungi anda tidak kira daripada jabatan atau agensi mana sekali pun.
Tanya apa mereka mahu dan selepas dimaklumkan terus letak telefon. Kemudian hubungi nombor telefon jabatan atau agensi terlibat yang diperoleh hanya menerusi laman web rasmi bertanyakan tentang perkara itu.
Bagi sebarang persoalan berkaitan LHDNM boleh dilakukan dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-89111100 untuk talian luar negara.
Atau membuat rujukan secara dalam talian melalui HASiL Live Chat atau hadir terus ke cawangan LHDNM berdekatan. Ingat sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
The post Awas Macau Scam Menyamar Pegawai LHDNM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/21/awas-macau-scam-menyamar-pegawai-lhdnm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aksi Unjuk Rasa Pegawai Kpk Nonaktif Bersama Pegiat Antikorupsi

Aksi Unjuk Rasa Pegawai Kpk Nonaktif Bersama Pegiat Antikorupsi

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 248 hits
Aksi Unjuk Rasa Pegawai KPK Nonaktif Bersama Pegiat Antikorupsi Mereka meminta Presiden Joko Widodo membatalkan pemecatan 57 pegawai KPK yang tidak lolos TWK Selain itu pegawai KPK nonaktif bersama pegiat antikorupsi juga mendirikan kantor ...
57 Pegawai Kpk Yang Dipecat Masih Tunggu Keputusan Presiden Jokowi

57 Pegawai Kpk Yang Dipecat Masih Tunggu Keputusan Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 188 hits
Namun Yudi menganggap jika keputusan pemecatan terhadap 56 pegawai KPK yang mendapat rapor merah akibat tak lolos TWK merupakan bentuk pembangkangan terhadap perintah Presiden Jokowi
Daftar Pegawai Kpk Tak Lulus Twk Yang Akan Dipecat Pada 30 September 2021

Daftar Pegawai Kpk Tak Lulus Twk Yang Akan Dipecat Pada 30 September 2021

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 263 hits
Alex mengatakan dari 57 pegawai enam di antaranya adalah mereka yang menolak mengikuti pendidikan dan pelatihan bela negara dan wawasan kebangsaan
Salah Guna Kuasa Sprm Tangkap 3 Pegawai Sendiri

Salah Guna Kuasa Sprm Tangkap 3 Pegawai Sendiri

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 325 hits
Salah guna kuasa SPRM tangkap tiga pegawai sendiri SPRM sahkan 3 pegawai disiasat kes salah guna kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan telah menahan tiga pegawai kannannya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah gu...
Penolong Pegawai Perubatan Dipenjara Dua Bulan Denda Rm17 500

Penolong Pegawai Perubatan Dipenjara Dua Bulan Denda Rm17 500

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 358 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA MOHD Zamry Yazid dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM17 500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka FOTO DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAMELAKA Padah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan melalui s...
Pdrm Tiada Terima Laporan Pegawai Sprm Curi As 6 Juta

Pdrm Tiada Terima Laporan Pegawai Sprm Curi As 6 Juta

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh KUALA LUMPUR Polis tiada menerima sebarang laporan daripada mana mana pihak berhubung dakwaan berlaku kecurian barang kes membabitkan wang tunai AS 6 juta milik seorang individu yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays...
18 Pegawai Kpk Gagal Twk Dilantik Jadi Asn Usai Pelatihan Bela Negara

18 Pegawai Kpk Gagal Twk Dilantik Jadi Asn Usai Pelatihan Bela Negara

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 192 hits
18 pegawai ini mengikuti diklat bela negara dan wawasan kebangsaan di Universitas Pertahanan Bogor Mereka mendapat materi diklat meliputi studi dasar inti dan pendukung
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Did An Editorial Mistake Become A Crime

Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door

Do People Have To Reach A Certain Age Before They Actually Accuire Wisdom Or Is It Just A Gift By Nature