Awas Berhati Hati Dengan Penipuan Pembelian Dalam Talian Ini
Dalam zaman yang makin canggih dan juga makin moden kes penipuan dalam talian juga ikut sama berkembang. Kini mereka makin berani membuat jualan barangan secara terbuka di laman web mahupun laman sosial media. Baru-baru ini ramai orang sudah terkena dengan penipuan jualan dalam talian di laman seperti di bawah ini.
Laman sesawang : https://www.bootes.onlineLaman Facebook : https://www.facebook.com/BootesstoreLaman Instagram : https://www.instagram.com/hi_bootes
Modus operandinya mudah sangat membuat promosi jualan menggunakan sosial media dengan meletak harga yang murah giler-giler dan kemudian letak gambar barang yang bagus dan berkualiti. Bila kita terpedaya dan mula tertarik kemudian kita akan buat pembelian atas talian atau COD.
Lepas tu tunggu barang sampai dan bila sampai sangat kecewa kerana barang yang dihantar langsung tidak sama seperti mana yang kita lihat. Seperti saya sendiri terkena juga dimana saya buat pembelian produk "Mobile 3-Axis Handheld Smartphone Gimbal Stabilizer" dengan harga yang gilerr murah RM185 sahaja. Tapi bila barang sampai hanya "Selfie Stick Integrated Tripod K07" yang berharga RM18 sahaja kalau beli kat laman sesawang lain.
Setelah tersedar tentang perkara seperti ini saya buat aduan kat Email yang diberi dan juga laman Facebook mereka namun tiada tindak balas untuk membuat pertukaran atau pemulangan wang semula. Malah saya disekat daripada untuk menghantar aduan kepada laman Facebook mereka. Jadi rasa kecewa dengan tindakan mereka saya buat semakan di internet dan mendapati rupanya ramai orang lain diluar sana juga telah tertipu dengan jualan melalui laman web yang sama. Boleh lihat aduan beberapa pembeli lain. (Gambar dan nama terpaksa ditutup demi keselamatan).
Saya pun akui tersilap dan terpedaya dengan promosi mereka dan tidak buat semakan terlebih dahulu tentang laman ini. Perkara yang perlu kita semak sebelum buat pembelian online adalah:-
1) Ketahui kat mana lokasi dan asal usul laman jualan tersebut2) Kenal pasti No Tel, Email atau sebarang contact yang jelas tentang laman yang kita nak buat pembelian tersebut. 3) Semak sebarang testimoni dari pelanggan yang pernah buat pembelian dalam laman tersebut.
Setelah saya dapati laman ini meragukan dan saya mengambil keputusan untuk buat tindakan seperti beritku mengikut saluran yang betul
Pertama buat aduan di Laman Facebook
Kita boleh buat report kepada laman Facebook mana-mana page yang membuat penipuan seperti ini. Korang boleh ikuti step seperti dibawah. Makin banyak aduan yang dibuat makin cepat tindakan daripada pihak Facebook terhadapt laman page ini.
Kedua buat aduan di Laman Instagram
Kita juga boleh report tentang penipuan di laman Instagram seperti ini. Korang boleh ikut step by step yang saya sertakan untuk report laman Instagram mereka. Ini akan menyekat mereka agar boleh buat sebarang promosi atau iklan sekiranya dapat banyak report tentang penipuan mereka.
Ketiga buat aduan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia)
Ini pun satu tindakan yang penting kita perlu buat aduan kepada SKMM agar mereka dapat mengambil tindakan kepada penipuan secara dalam talian ini. SKMM atau MCMC adalah badan yang bertanggugjawab mematau semua jenis online tak kira laman sesawang, social media dan juga peralatan teknologi. Buat aduan di laman sesawang https://aduan.skmm.gov.my
Keempat buat aduan kepada CFM dan CMCF
Ini pun juga adalah tempat yang paling tepat untuk kita buat sebarang aduan tentang seberang penipuan atau juga salah guna laman sesawang, sosial media dan juga online. Korang boleh buat aduan seperti di bawah ini.
Jangan kita buat report kat Aduan Rakyat 3.0 pulak hehehehe
Kita perlu ambil tindakan kepada pihak yang suka buat penipuan dan palsu ini kerana ia dah menjadi wabak sekiranya tidak dibendung. Jangan upload dan sebar kat sosial media rasa tidak puas hati kita kerana ia hanya akan memburukan lagi keadaan. Tapi kena buat aduan disaluran yang betul biar pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya. Sekiranya semua saluran yang betul kita dah buat tetap tidak ada tindakan juga maka caranya barulah boleh viralkan kat laman sosial itu adalah last pilihan yang kita ada
Harap dengan pendedahan sedikit sebanyak ini dapat memberi pengetahuan kepada semua agar tidak terus tertipu dengan penjualan secara dalam talian yang kita tidak tahu asal usulnya. Lebih baik kita periksa dulu dan kenal pasti bahawa mereka adalah laman yang sebenar atau tidak. Jangan jadi seperti saya yang dah kena tipu baru nak sibuk buat aduan. Banyak juga saya kena tipu dengan laman ini hati-hati lah semua ok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mahateknologi.blogspot.com/2019/06/awas-berhati-hati-dengan-penipuan.html