Awas Bahaya Bakteria Dalam Peti Sejuk


ADA yang beranggapan peti sejuk adalah tempat penyimpanan makanan paling selamat malah tidak membahayakan kesihatan.
Lebih-lebih lagi apabila ada yang menyangka makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan basi.
Hakikat itu tidak benar kerana peti sejuk juga boleh menjadi ‘lubuk’ pembiakan bakteria sekali gus merosakkan makanan dan berpotensi sebagai punca jangkitan kuman kepada pengguna.
Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S Malar Santhi berkata, kuman masih boleh membiak di dalam peti sejuk, tetapi suhu yang rendah dapat memperlahankan proses pembiakan pelbagai bakteria, sekali gus melambatkan makanan menjadi basi.
Beliau berkata, ada dua jenis kuman yang membiak dalam peti sejuk.
Pertama, ia bersifat patogen iaitu ejen penyebab jangkitan penyakit kepada manusia.
“Contoh bakteria ini ialah Salmonella yang selalunya ada pada telur dan susu.
“Bakteria ‘Clostridium perfringes’ pula ada pada lasagna dan lauk-pauk serta ‘Campylobacter’ (daging, ayam dan ikan).
“Kedua, kuman seperti ‘Pseudomonas’ dan kulat seperti ‘Aspergillus’ yang menyebabkan bau serta rasa makanan berubah, namun ia tidak menyebabkan jangkitan atau penyakit. Kuman seperti ini dikenali sebagai bakteria pembusuk.
“Lazimnya, walaupun termakan makanan yang berubah bau dan rasa, ia tidak akan menyebabkan penyakit, tetapi memberi rasa tidak enak atau kurang bersih,” katanya.
Katanya, dua risiko penyakit boleh berlaku kepada pengguna disebabkan bakteria dalam peti sejuk ialah keracunan makanan dan jangkitan pada usus.
Menyentuh jangkitan bakteria dalam peti sejuk boleh membawa maut atau tidak, Dr S Malar berkata, perkara itu boleh terjadi sekiranya makanan yang disimpan dalam peti sejuk tercemar dengan jangkitan bakteria berbahaya seperti E Coli dan Toxoplasmosis.
“Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat mengganggarkan, kira-kira 48 juta orang mendapat jangkitan berpunca daripada makanan dan hampir 3,000 meninggal dunia setiap tahun.
“Dianggarkan, hampir 20 peratus jangkitan itu berkaitan makanan daripada peti sejuk, sama ada di rumah pengguna, pusat komersial, restoran atau pasar raya,” katanya.
Dr S Malar berkata, ramai tidak mengetahui ada beberapa jenis makanan yang sebenarnya menggalakkan pembiakan bakteria apabila disimpan dalam peti sejuk.
“Contohnya daging lembu, kambing, ayam dan ikan. Air daripada bahan mentah sebegini, jika mengalir dan terkena pada sayur atau buah boleh menyebabkan pembiakan bakteria menerusi jangkitan silang terutama apabila dimakan mentah atau separa masak.
“Oleh itu, bahan ini perlu disimpan menggunakan kaedah penyimpanan yang betul bagi mengelakkannya menjadi ejen pencemar kepada makanan lain dalam peti sejuk,” katanya.
Katanya, pengguna juga perlu mengetahui cara penggunaan peti sejuk yang betul dan selamat.
“Pastikan suhu peti sejuk kurang daripada empat hingga lima darjah Celsius.
“Bahagian sejuk beku pula untuk makanan basah, suhu disarankan ialah serendah negatif 18 darjah celcius atau paling kurang sifar darjah Celsius,” katanya.
Selain itu, katanya, masyarakat perlu mengamalkan kaedah penjagaan peti sejuk yang betul supaya tidak memberi kesan terhadap kesihatan.
“Langkah pertama ialah kurangkan tindakan membuka dan tutup peti sejuk kerana boleh menyebabkan suhu menjadi tidak stabil.
“Seterusnya, pastikan suhu dalam peti sejuk dikekalkan pada julat yang stabil, bukannya kerap menukar suhu menaik atau menurun.
“Tutup bekas makanan walaupun dalam peti sejuk. Bekas makanan yang terbuka, memudahkan pembiakan bakteria kerana suhu lebih tidak stabil.
“Langkah terakhir ialah meletak makanan basah seperti ikan, ayam dan daging dalam bekas bertutup atau plastik. Ini kerana air daripada makanan ini boleh mencemarkan makanan lain,” katanya.
Kajian ‘The Use and Performance of Household Refrigerators’ mendedahkan, 65 peratus pengguna di negara maju seperti Sweden tidak mengetahui etika dan suhu peti sejuk yang sesuai digunakan.
Katanya lagi, peti sejuk perlu diselenggara bagi menggelakkan kerosakan yang boleh menjejaskan kestabilan suhu.
“Peti sejuk adalah peralatan elektrik yang penting di rumah dan pengguna perlu tahu etika dan cara penggunaan selamat untuk mengelakkan penyakit berkaitan peti sejuk,” katanya. HM
The post Awas bahaya bakteria dalam peti sejuk appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/23/awas-bahaya-bakteria-dalam-peti-sejuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Cara Yang Betul Nak Simpan Sos Telur Susu Segar Dan Ubat Dalam Peti Sejuk Baca Ni

Apa Cara Yang Betul Nak Simpan Sos Telur Susu Segar Dan Ubat Dalam Peti Sejuk Baca Ni

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 589 hits
APA CARA YANG BETUL NAK SIMPAN SOS TELUR SUSU SEGAR DAN UBAT DALAM PETI SEJUK BACA NI Ada orang kalau kita bukak peti sejuk dia macam macam ada kat dalam tu Letak pun main ikut je Sudahnya ada barang yang cepat rosak rasa pun berubah Jadiny...
Sosialisasi Bahaya Corona Ppsu Keliling Bawa Peti Mati Korban Covid 19

Sosialisasi Bahaya Corona Ppsu Keliling Bawa Peti Mati Korban Covid 19

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 228 hits
Sosialisasi Bahaya Corona PPSU Keliling Bawa Peti Mati Korban Covid 19 Replika peti mati Covid 19 yang dibawa berkeliling tersebut merupakan upaya sosialisasi atas bahaya virus corona yang kian hari kasusnya terus melonjak
Awas Ini Bahaya Tabiat Bayi Suka Hisap Jari Yang Mak Ayah Kena Tahu

Awas Ini Bahaya Tabiat Bayi Suka Hisap Jari Yang Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1172 hits
Hampir semua dalam kalangan kita pernah ada tabiat menghisap jari sewaktu di usia bayi dulu bukan Dikatakan menghisap jari ini ibarat bayi sedang menyusu kerana perlakuannya dilihat seakan sama dengan situasi bayi menghisap puting botol sus...
Prk Slim Bn Menang Besar Di Peti Undi Cina Juga

Prk Slim Bn Menang Besar Di Peti Undi Cina Juga

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 596 hits
BN bukan sahaja menang di semua peti undi pada PRK Slim hari ini malah juga menang di peti undi yang majoritinya pengundi Cina iaitu di Sungai Slim Utara Pada PRU14 lalu di peti undi Sungai Slim Utara ini BN hanya mendapat 17 85 peratus tet...
Selepas Setahun Dihempap Peti Ais Dalam Rumah Akhirnya Allah Ambil Fawwaz

Selepas Setahun Dihempap Peti Ais Dalam Rumah Akhirnya Allah Ambil Fawwaz

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 755 hits
Selepas 14 bulan terlantar selepas dihempap peti sejuk adik Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari 6 akhirnya menemui pencipta Nya jam 4 30 petang di sisi kedua ibu bapa Dalam perkongsian Sinar Harian bapanya Mohd Bukhari Zainal Annuar berkata A...
Bagikan Sembako Bupati Banyuwangi Kembali Ingatkan Bahaya Covid 19

Bagikan Sembako Bupati Banyuwangi Kembali Ingatkan Bahaya Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 219 hits
Bupati Banyuwangi Abdullah Azwar Anas terus melakukan kampanye pencegahan penyebaran virus corona di masyarakat Adanya penambahan pasien konfirmasi Covid 19 di Banyuwangi Anas kembali mengingatkan warga untuk tetap waspada di tengah produkt...
Pakar Pemakanan Ini Terangkan Bahaya Makan Kentang Dah Bertunas

Pakar Pemakanan Ini Terangkan Bahaya Makan Kentang Dah Bertunas

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 312 hits
Kentang tak seperti bawang Jika dimakan kentang yang bertunas atau berubah warna kehijauan ia mengundang ancaman kepada kesihatan Dr Suri Roowi berkongsi fakta saintifik mengenai isu ini Untuk tahu lebih lanjut boleh tonton video yang dised...
Bahaya Urutan Leher Selepas Gunting Rambut Undang Cedera Saraf

Bahaya Urutan Leher Selepas Gunting Rambut Undang Cedera Saraf

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 385 hits
gambar sumber googleUrutan tengkuk pastinya mendatangkan kelegaan selepas menggunting rambut di kedai terutamanya bagi pelanggan lelaki Selepas memotong dan merapikan rambut tukang gunting biasanya menyediakan khidmat urutan di kepala dan l...
Dakwah Syok Sendiri Bahaya Dalam Politik

Dakwah Syok Sendiri Bahaya Dalam Politik

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 247 hits
MMMS Sekarang ramai rakyat Malaysia sudah tahu apa bahayanya walaun dalam negara ini Semalam baru anggota polis dan tentera dah kena tajjasus dengan Asri Janggut sampai pertikai syahadah dan solat anggota polis Walaupun dia dah minta maaf t...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun