Awas Ayam Import Tidak Halal





Perketat kawalan, pantauan terhadap ayam importDEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan syabas terhadap pihak berkuasa yang telah berjaya melakukan pemantauan sehingga terbongkarnya isu ayam import tidak halal dan diragui statusnya.Dimaklumkan menurut perkara ditularkan, daging ayam tersebut telah diimport dari luar negara dan dibungkus semula untuk diedarkan di pasaran Sabah khususnya sekitar Kota Kinabalu dengan harga yang begitu murah. Ia menjadi suatu isu yang sangat serius terhadap pengguna terutama dari kalangan umat Islam.Seperti yang kita ketahui, permintaan terhadap bahan basah ini begitu tinggi dan kefardhuan umat Islam terhadap perkara berkait 'halalan thoyyibah' perlu menjadi keutamaan dalam menjaga industri makanan halal di negeri kita. Melihat terhadap perkara ini, kami mencadangkan beberapa penekanan yang sesuai untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh pihak berwajib iaitu:Penguatkuasaan dan operasi semak status penyembelihan halal yang berterusan dan efisien. Ini kerana  penguatkuasaan yang lompang akan menyebabkan pengusaha berskala besar akan terus menerus bebas memproses ayam yang syubhah penyembelihannya untuk diedarkan kepada pengguna termasuk pengguna Muslim.  Pengusaha yang telah melanggar peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan hendaklah didakwa dari semasa ke semasa sebagai usaha 'pre-emptive'. Makluman berkaitan pendakwaan hendaklah dikemaskini dan diuar-uarkan kepada awam. 
Penggantungan sementara lesen atau permit penyembelihan dan perniagaan ke atas pengusaha yang telah didakwa kali kedua juga wajar dipertimbangkan untuk dikenakan oleh pihak berwajib. Pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS), dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan JPHPT hendaklah menyediakan dan menggaji pegawai bertauliah untuk ditempatkan atau memantau beberapa pusat penyembelihan berskala besar dan sederhana. Tambahan, peranan pihak kerajaan mengadakan kursus kemahiran menyembelih haiwan juga hendaklah diadakan. Hal ini perlu rentetan kemahiran menyembelih haiwan semakin berkurangan dalam kalangan umat Islam sendiri.Kami juga memberi saranan agar pengguna yang beragama Islam dapat membeli bekalan ayam di kedai-kedai yang diyakini halal dan dimiliki oleh peniaga Muslim bagi memastikan tidak timbulnya isu seperti sekarang.Memandangkan Malaysia merupakan negara yang pertama sekali di dunia mengeluarkan manual untuk pemprosesan ayam halal (MS 1500 : 2009) yang telah dijadikan panduan negara lain seperti Brazil dan negara-negara di Eropah, maka pihak berkuasa hendaklah segera menangani masalah ini dari terus berlaku dan meruncing dalam negara. Dengan kajian dan cadangan, pihak berwajib perlu mengambil tanggungjawab terhadap masalah yang telah dan sedang berlaku. Ini adalah beberapa saranan daripada Pemuda PAS sebagai parti yang konstruktif sesuai dengan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Pemuda PAS sedia untuk berkerjasama dengan pihak yang berkaitan bagi membantu agar isu ini tidak berulang."Demi Islam"MUHAMMAD HUZAINI ROHANIPengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam SekitarDewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 25/7/2019
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/awas-ayam-import-tidak-halal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam

Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini KK makan tenggahari jauh sikit kawan kerja ni kalau tahu kita nak diet ada saja dia suruh melantak memang sajaDia tak bagi kita ni kurus hahaha jadinya ajak KK pergi makan nasi ayam pula dah lah ...
Resipi Ayam Popcorn Daging Bersos Cendawan Tenggiri Panggang Sedap Nak Dimasak

Resipi Ayam Popcorn Daging Bersos Cendawan Tenggiri Panggang Sedap Nak Dimasak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 964 hits
RASA tampilkan 3 resipi menarik yang dikongsikan dari instagram My Kitchen Diary Mempunyai follower seramai 10 500 di instagram nyata hobi memasak ibu anak lima ini berjaya mencuit hati pembaca Selain berkongsi resipi beliau turut berkongsi...
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam

Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 789 hits
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam Haii kita buat ayam sambal jom hari ni sambal ayam yang lembut sedap manis pedas dan berlemak rasanya amboi bukan main masuk bakul angkat sendiri kan Siapa lah yang nak ...
Ayam Goreng Sebagai Hantaran Tunang Serius Lah

Ayam Goreng Sebagai Hantaran Tunang Serius Lah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 1180 hits
Tular semalam di Twitter apabila ayam goreng goreng KFC digunakan sebagai pelengkap hantaran tunang Ciapan yang mendapat ulang ciap sebanyak 10 000 ulang ciap dan 9 000 tanda suka menerangkan mengapa ayam goreng KFC digunakan sebagai hantar...
Ayam Panggang Guna Air Fryer Mudah Amp Sedap

Ayam Panggang Guna Air Fryer Mudah Amp Sedap

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 372 hits
Perkongsian oleh Sitjua Jua 1 Bahan bahan dikisar Bawang HollandBawang merahLada hitamKiub ayambawang putihHalia2 Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam Seterusnya perap ayam dgn bahan yg dikisar tadi 3 Letakkan sesudu kicap 4 Gaul sekat...
Pemerintah China Hapus Logo Halal Di Restoran Beijing

Pemerintah China Hapus Logo Halal Di Restoran Beijing

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 274 hits
Aturan ini mencakup logo halal bertuliskan Arab ataupun simbol bulan sabit pada restoran dan toko bahan makanan
Ingat Import Sampah Kitar Semula Kerajaan Sri Lanka Terkejut Terima Kontena Berisi Sisa Mayat Dari Eropah

Ingat Import Sampah Kitar Semula Kerajaan Sri Lanka Terkejut Terima Kontena Berisi Sisa Mayat Dari Eropah

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 491 hits
Salah satu kejadian misteri telah berlaku di pelabuhan Colombo Sri Lanka apabila lebih 100 kontena yang diterima didapati turut diisi dengan sisa mayat iaitu organ manusia Kontena kontena yang diimport dari United Kingdom itu sepatutnya men...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs