Avon Pink Light Project 2018
Hi Korang,
Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd merupakan syarikat korporat yang komited untuk terus membantu lebih ramai wanita agar mementingkan kesihatan payudara mereka. Usaha tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama rakan strategik diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran mengenai pembunuh no 1 wanita ini.
Melalui Kempen Pink Light Project 2018, Avon bersama rakan strategik utama, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menjalankan usahasama sepanjang Oktober ini untuk mendekati lebih ramai wanita di 11 lokasi di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk membantu mereka mengetahui, tanda-tanda awal, risiko dan bagaimana mengambil tindakan seterusnya. Misi ini bertujuan memastikan tiada wanita yang kehilangan nyawa akibat tiada pengetahuan dan pendedahan mengenai kanser payudara.
Di Majlis Penutup Kempen Pink Light Project yang disempurnakan oleh Dato Mariam Mas Binti Yacob, Pengerusi LPPKN, Avon telah menyerahkan sumbangan bernilai RM25,000 kepada MAKNA melalui kempen bergerak diseluruh negara untuk memberikan pemeriksaan mamogram percuma selepas bulan Oktober ini.
Sesi penyerahan sumbangan oleh Pengurus Besar Avon Malaysia, Onur Erdinc kepada Habiba Abdul Rahman, Presiden Kumpulan Sokongan MAKNA turut disaksikan oleh Pengerusi LPPKN. Sehingga kini, Avon telah menyumbangkan RM1.3 juta melalui kempen kanser payudara semenjak dilancarkan pada tahun 1992 ini untuk digunakan bagi pelabagai tujuan yang berkaitan dengan kanser payudara kepada beberapa buah hospital, pusat kanser payudara, badan bukan kerajaan dan aktiviti sokongan yang dijalankan oleh Avon.
Menurut Onur, " Saya berharap sumbangan ini dapat memberikan impak yang besar kepada setiap wanita. Melangkah ke hadapan, kami berharap untuk melakukan lebih banyak lagi inisiatif dan kekal menjadikan kempen ini sebagai teras tanggungjawab sosial korporat utama. Saya juga menyeru lebih ramai wanita peka dan cakna dalam menangani isu ini serta berkongsi pengalaman mereka bersama wanita lain.”
AVON Pink Light Mall Hunt 2018
kena paksa join dengan Nazlan huahauhaua
Avon turut mengadakan acara Pink Light Mall Hunt di pusat membeli belah Berjaya Times Square pada pagi tersebut sebagai simbolik penutup kempen yang melibatkan 200 orang peserta.
Kak lily pun join jugak wei bersama Nazlan, Ayu dan Rawlins
Susah wei soalannya tak masuk dek akal tapi kalau baca betul-betul confirm boleh jawab punye hahahaha.. So dari pagi pukul 9.30 pagi hingga ke 1 tengahari ada kat sini
Pusinglah kitorang merayau dalam Berjaya Times Square tuh mencari jawapan, tak de yang straight forward je semuanya bersimpang siur tau..
Sudahnya kalah jugak 17 je betul dari 30 soalan kan hauhauhauhaua
Majlis penutup kempen ini turut dihadiri oleh wakil dan rakan kerjasama termasuklah hospital swasta, Badan Bukan Kerajaan, Mydin Holdings, Pusat Beli Belah Berjaya Times Square dan peserta Pink Light Mall Hunt.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai siri jelajah Avon dan MAKNA di laman sesawang shop.avon.my dan media sosial @avonmy
Kaki Bebel,
LILY
www.ciklilyputih.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2018/11/avon-pink-light-project-2018.html