Avenger Endgame Sinopsis Penuh



Ramai kata kat aku, jangan tulis sinopsis penuh Avenger: Endgame kerana ramai tak tengok lagi. Filem Avenger: Endgame adalah filem penutup Avenger yang dinantikan bukan di Malaysia tapi seluruh dunia. Kalau aku tulis memang nanti aku akan di kecam oleh penduduk dunia..hahahaha.

Teruk, dan atas sebab tu aku tulis sinopis Avenger: Endgame pada 29/4/2019 setelah lima hari ia disiarkan..hehehe. So potensi aku kena kecam kurang sikit ler.

Rating filem ni aku berikan 4.9/5 sebab masa tayangannya 3 jam dan kau tak terasa masa berjalan. So kau orang fikir ler sendiri, best ker tak best filem ni....

Filem Avenger: Endgame ni bermula dengan Hawkeye yang sedang melatih anak perempuannya memanah dan tiba-tiba apabila pusingkan kepala semua ahli keluarganya lesap. Dimana pada masa yang sama Thanos memetik jarinya melesapkan 50% penduduk alam semesta.

Manakala Iron Man pula berada di kapal angkasa bersama Nebula yang terselamat selepas Thanos memetik jarinya itu. Iron Man hampir mati dan ia diselamatkan oleh Captain Marvel dan dibawa pulang ke bumi.Nasib Iron Man lebih baik kerana isterinya Potts terselamat dari lenyap.

Kemudian filem  Avenger: Endgame ini dilanjutkan keadaan dunia setelah lima tahun selepas peristiwa Thanos ni. Dimana Black Widow/ Natasha menjadi pemimpin Avenger dalam menyelesaikan masalah dunia dan usaha untuk mencari Thanos. War Machine, Okoye dan Captain Marvel masih lagi bersama dengan Avenger.

Di mana Hulk, Iron Man dan Thor, sabar kejap lagi aku cerita.

Manakala Captain Amerika pula membawa diri menjadi kaunselor dan tidak terlibat secara langsung dengan Avenger. Pendek kata semua pihak berada dalam keadaan putus asa dan tidak bermaya.

Pada masa yang sama di sebuah lokasi lain, seekor tikus telah menekan satu butang di van dan tiba-tiba  Antman terkeluar dari dunia kuantum.

Beliau merasa hairan, apa yang terjadi didunia sebaik sahaja beliau pulang ke bumi dari dunia kuantum. Rupanya semasa peristiwa Thanos ini, Antman berada di dunia kuantum membuat kajian dan yang menjaga mesin kuantum ialah Hope tetapi Hope juga telah lenyap semasa Thanos memetik jarinya.

Sebab itu Antman terperangkap dalam dunia kuantum selama lima tahun tetapi masalahnya semasa Antman berada dalam dunia kuantum lima tahun seperti berada lima jam sahaja. Dia balik ajer tengok anak perempuan dia dah besar tapi dia mud alagi..hahaha.

Lalu Antman pergi ke bangunan Avenger dan berjumpa dengan ahli-ahli Avenger bahawa masa ia berada di dunia kuantum, peristiwa lima tahun di bumi adalah bersamaan 5 jam di dunia kuantum. Bermaksud mereka boleh membuat mesin masa atau melambatkan masa.

Dimana mereka boleh kembali ke zaman sebelum Thanos mendapat semua batu infiniti dan mengembalikan semua manusia. Idea ini dipersetujui oleh Nat dan Captain Amerika. Tapi siapakah yang boleh merealisasikan rancangan mereka/

Perkara pertama Antman dan Nat dan Captain Amerika buat ialah pergi berjumpa dengan Iron Man/ Tony Stark tentang idea mesin masa. Untuk pengetahuan Tony Stark telah bersara dan mempunyai anak perempuan bersama Pott. Tony Stark tak.mahu mendengar tentang Thanos dan mesin masa. Kerana ia juga telah berputus asa.

Kemudian Nat dan Antman berjumpa dengan Hulk/ Bennet. Dimana pada masa itu Bennet telah menjadi separa Hulk pabila beliau telah mendedahkan dirinya selama 6 bulan dengan radiasi gamma. Kini Bennet adalah Hulk yang kekal bentuknya..

Bennet/ Hulk bersetuju untuk membantu Antman/ Nat membina platform mesin masa. Dan kelakaunya setelah ia berjaya membina platform tersebut, ia gagal membuat mesin masa dimana ia berjaya menuakan dan menjadikan Antman bayi...hahahaha.

Sementara itu Iron Man membuat kiraan tentang teori kuantum tersebut  dan ia berjaya membuat mesin masa. Ia meminta kebenaran Pott untuk berjumpa dengan Nat membincangkan mesin masa dan mengembalikan manusia. Pott membenarkan Iron Man membantu mereka.

Tapi Iron Man membuat syarat. Jika mereka berjaya memperolehi batu infiiniti tersebut, semua manusia yang hilang harus kembali pada masa sekarang bukan pada masa 5 tahun yang lalu. Kerana ia tidak boleh kehilangan anak perempuannya. Semua pihak bersetuju dengan syarat Iron Man.

Tugas mereka yang selanjutnya ialah mengumpul  semula semua ahli Avenger. Perkara pertama ialah mencari Hawkeye yang kini menjadi pembunuh kongsi gelap/ penjenayah. Beliau membunuh semua penjenayah yang tidak hilang kerana ia merasakan mereka yang patut lenyap bukan keluarganya
Nat menjumpai Hawkeye/ Barton dan ia setuju menyertai mereka jika ia dapat kembalikan keluarganya.

Manakala Raccon dan Antman berjumpa dengan Thor yang kini menetap dibumi bersama rakyatnya di tempat bernama New Asgrad.

Kelakau betul bila jumpa Thor, ia dah gemuk, buncit dan kaki minum. Ia pada mulanya tak mahu menyertai mereka tapi bila ia ditawarkan minuman oleh Raccon. Ia terus setuju. Tapi memang kelakau lihat Thor yang buncit ni.

Mesin masa telah berjaya dibuat dan Barton sukarela untuk menjadi eksperimen pertama mencuba mesin masa ini. Ia mencubanya dan berjaya pulang ke rumahnya sebelum zaman Thonas. Memang sedih jugak lihat Barton yang  kehilangan isteri dan anak-anaknya.

Masalah dalam misi ini ialah untuk pergi ke dunia kuantum mereka memerlukan zarah Phym untuk mengecil dan jumlahnya hanya cukup untuk satu misi pergi dan balik untuk mereka semua. Tak boleh ada kegagalan dalam misi mereka ini.

Mereka harus mendapatkan kesemua batu infiniti tersebut dan mereka telah pecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu :
a) Ironman dan Antman mencuri batu Cahaya ( Space Stone/Tesseract) .
b) Captain Amerika mencuri batu minda ( Mind Stone).
c) Hulk curi batu masa ( Time Stone) dari Ancient One ,
d) Thor dan Raccon curi batu Realiti ( Reality Stone) ,
e) Hawkeye dan Nat curi Batu Hayat ( Soul stone)  di Volmir.
f) Nebula dan War Machine curi Batu Kuasa (Power Stone)
Tahun-tahun yang mereka pulang yang aku ingat tahun 2012 masa filem Avenger 1. Tahun 2014 dan lain-lain aku kurang ingat. Maaf yer.. Misi pengembaraan masa ini agak kompleks sikit.

Mereka semua harus kembali ke masa lampau untuk mendapatkan batu infiniti tersebut dan setelah gunakan, pulang semula ke pemiliknya untuk elakkan kekacauan realiti.

APA ITU INFINITY STONE
Dalam usaha mendapatkan kesemua Batu infiniti. Kita akan kehilangan seorang adiwira iaitu Black Widow. Kalau anda menonton filem Avenger: Infinity War tentu ingat Thanos mengorbankan anak perempuannya  Gamora semasa Hawkeye dan Black Widow cuba mendapatkan batu kuasa.

Sama terjadi dimana penjaga Batu Hayat meminta salah seorang daripada mereka dikorbankan. Pada mula Hawkeye mahu membunuh dirinya dan kemudian Black Widow pula mahu dia dikorbankan. Kedua-dua berlawan ingin mati dahulu. Namun Black Widow berjaya mengorbankan dirinya untuk dapatkan Batu Hayat tersebut. Sekali lagi aku sedih melihat Hawkeye menangis. Anda patut melihat pertarungan mereka berdua ini. Memang epik dan nilai sahabat yang tertinggi.


Manakala lain pula cerita pasal Nebula dan War Machine dimana mereka berjaya memperolehi batu kuasa tetapi semasa mereka hendak pulang. Pendua Nebula dapat memintas saraf maklumat Nebula dan Thanos mengetahui kesemua Avenger tengah mengumpulkan batu infiniti.

Nebula 2019 telah ditangkap dan pendua Nebula telah menyamar dan kembali ke dunia 2019. Dimana kesemua ahli Avenger tidak mengetahui bahawa Nebula yang bersama mereka adalah Nebula asal.

Manakala Antman dan Ironman gagal mendapat Batu Cahaya sebab Hulk zaman 2012 telah terlanggar Iron Man masa nak ambil bag Batu Cahaya. Lalu Iron Man dan Captain Amerika terpaksa pergi ke zaman 1958 dimana batu Cahaya ada disimpan di kem tentera.  Antman membawa pulang Batu Minda.

Tapi Antman kata, kalau mereka pergi ke 1958 maka mereka tiada lagi zarah Phym,  Tapi Captain Amerika kata. dia ada idea. Disana Captain Amerika terjumpa makwe lamanya Peggy. Tapi tengok kat tingkap jer ler. Tugas Captain Amerika ialah mencuri zarah Phym dari Dr. Phym masa muda. Dapat juga ia curi 4 botol, maka boleh ler dia balik.

Iron Man pula tugasnya mencuri Batu Cahaya di makmal. Masa mencuri ia terjumpa dengan ayahnya dan mereka berbual. Sedih aku lihat Captain Amerika dan Iron Man ni jumpa kekasih dan ayah masing-masiing. Rupanya ditempat yang sama Dr.Phym dan Batu Cahaya berada di bunker rahsia Shield. Selamat mereka dapat pulang.

Thor dan Raccon pula buat lawak tapi ada cerita sedihnya dimana ia melihat ibunya sebelum ibunya dibunuh. Semasa ia cuba sembunyi, ibunya menyergahnya dan ibunya tahu ia Thor dari masa akan datang. Ibunya memberi nasihat dan Thor cuba nak ceritakan apa yang akan berlaku pada ibunya. Tapi ibunya tak mahu tahu kerana apa yang telah berlaku biarkan berlaku.

Dalam pengembaraan masa ini, ramai adiwira kita ini dimainkan perasaan suka dan duka dan juga kenangan lama. Yang ni aku hampir menangis tapi tak sempat..heheheh

Lupakan sekejap tentang Nebula pendua yang pulang bersama Avenger. Nanti aku sambung. Setelah kesemua ahli Avenger memperolehi batu infiniti mereka telah membina sebiji sarung tangan macam sarung tangan Thanos dalam filem Infinity War untuk  menyatukan kesemua kenam-enam batu Infiniti ni.

Hulk telah ditugaskan memakai sarung tangan batu infiniti dan semasa pakai tangan Hulk terbakar tapi ia berjaya memetik jarinya dan mengembalikan semua 50% penduduk dunia yang dibunuh. Hancur gak tangan Hulk terbakar.

Mereka semua gembira tiba-tiba bangunan Avenger telah diserang oleh peluru berpandu. Hancur lebur bangunan Avenger dan rupanya Thanos yang menyerang mereka.

Rupanya semasa mereka sedang memasang sarung tangan Infiniti, Nebula pendua secara senyap-senyap telah membawa angkatan tentera Thanos ke bumi 2019 menggunakan platform Kuantum.

Lalu Thanos menyerang mereka untuk mendapatkan sarung tangan infiniti tersebut. Bermulalah perlawanan  pada abad ini antara Thanos dan semua ahli Avenger.

Manakala Hawkeye dan Antman berusaha menyelamatkan sarung tangan infiniti jatuh ke tangan Thanos. Akhirnya Thanos dah marah, ia melancarkan semua tentera raksasanya. Memang melihat situasi ni memang kalah ler geng Avenger.

Tiba-tiba dilangit ada sinaran dimana Doctor Strange telah membawa semua ahli Avenger ke kawasan pertarungan iaitu Black Panther, Quill dan geng Galaxy Of Guardian serta askar Wakanda. Kan Hulk dah pulihkan semua mereka tadi.

Sempat juga Spiderman berpeluk dengan Iron Man. Manakala Raccon dapat jumpa Groot. Bini Iron Man pun ada pakai sut Iron Man.

Pertarungan epik kedua bermula sekali lagi. Dan apabila Thanos hampir kalah ia meminta kapal angkasanya menembak membunuh semua pihak lawan dan juga askarnya yang berada di sana juga.

Semasa kapal angkasanya menembak, tetiba ada cahaya terang merempuh kapal angkasa Thanos. Rupanya Captain Marvel telah tiba dan musnahkan kapal Thanos.

Pertempuran epik sekali lagi berlaku. Memang susah nak kalahkan Thanos. Tapi akhirnya Thanos berjaya mendapatkan sarung tangan Infiniti dan semua Avenger cuba menahan Thanos dari memetik jarinya. Captain Marvel pun kalah semasa menahan Thanos.

Pada masa itu Dr. Stranger tengah sibuk menahan air laut dan ia memandang Iron Man. Dan Iron Man pun tahu kenapa Dr. Stanger memberikan batu Masa kepada Thanos dahulu kerana ia tahu pertarungan kali ini adalah pertarungan mereka akan menang.

Tapi nyawanya ialah Iron Man sendiri. Lalu Iron Man pun menerjah ke arah Thanos dan cuba menarik sarung tangan Infiniti tapi gagal.

Thanos akhirnya memetik jarinya tapi tiada apa yang terjadi. Rupanya kesemua batu infiniti tersebut telah berpindah kepada tangan besi Iron Man. Sudah tentu Iron Man membuat pengubahan pada sarung tangan tersebut kerana ia yang membuatnya.

Iron Man memetik jarinya dan kesemua askar Thanos lenyap dan Thanos pun lenyap. Tapi ganjarannya ialah pada Iron Man dimana sebahagian badannya terbakar dan akhirnya ia mati.
Pada penghujung filem ini, semuanya meratapi kematian Iron Man dan sedih melihat anak Iron Man tiada ayah lagi.

Tiba masanya untuk memulangkan semula batu infiniti dan ia ditugaskan pada Captain Amerika. Batu Infiniti harus dipulangkan tepat pada masanya elakkan kekacauan realiti.

Setelah mereka menekan butang Kuantum tersebut, sepatutnya Captain Amerika balik dalam masa 5 min tapi beliau tak pulang-pulang.

Rupanya beliau tidak pulang dan menetap bersama kekasihnya dalam filem pertama Captain Amerika.  Captain Amerika pulangkan semula perisainya pada Black Panther. Dia tidak menyesal meninggalkan zaman Avenger dan pergi ke zaman kekasihnya.

Manakala Thor telah meninggalkan New Asgard dan melantik Valkerine sebagai raja baru. Beliau telah ikut geng Galaxy Of Guardian pula.

Tamatlah sudah kisah Batu Infiniti ini yang berlangsung hampir 10 tahun sejak filem terbaru Captain Amerika.

Kematian Ultron, Black Widow dan Iron Man akan menjadi sejarah dalam dunia Avenger. Kehilangan Captain Amerika  pun  penamat ceritanya.Tiada lagi Captain Amerika Ultron, Black Widow dan Iron Man dalam filem Marvel selepas ni.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipawagam.blogspot.com/2019/04/avenger-endgame-sinopsis-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rdj Merupakan Satu Satunya Avengers Yang Membaca Skrip Penuh Endgame

Rdj Merupakan Satu Satunya Avengers Yang Membaca Skrip Penuh Endgame

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 288 hits
Russo Brothers mendedahkan bahawa satu satunya Avengers yang diberikan peluang untuk membaca skrip penuh filem berkenaan ialah Robert Downey Jr yang mana merupakan tunjang utama kepada dunia MCU berkenaan Endgame mungkin merupakan filem yan...
Lelaki Dibelasah Kerana Dedah Spoiler Filem Avenger Endgame

Lelaki Dibelasah Kerana Dedah Spoiler Filem Avenger Endgame

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 499 hits
Lelaki dibelasah kerana dedah spoiler filem Avenger EndgamePengarah filem Avengers Endgame sebelum ini telah mengeluarkan surat memohon orang ramai tidak mendedahkan spoiler mengenai filem itu kepada mereka yang tidak berkesempatan menonton...
Sinopsis Filem Fly By Night Sebelum Pagi Berakhir

Sinopsis Filem Fly By Night Sebelum Pagi Berakhir

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 766 hits
Sinopsis Filem Fly By Night Sebelum Pagi BerakhirSelain filem Bu Kasih Suci satu lagi filem baru yang ditayangkan di pawagam bermula 11 April 2019 yang lalu adalah filem Fly By Night Sebelum Pagi Berakhir Antara pelakon filem Fly By Night i...
Yusri Terkilan Kelantan Gagal Kutip Mata Penuh

Yusri Terkilan Kelantan Gagal Kutip Mata Penuh

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 211 hits
RIFQIE RUZAIEN KETUA Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah terkilan setelah pasukannya sekadar seri tanpa jaringan ke atas Sarawak dalam pertemuan Liga Premier di Kota Bharu kelmarin Yusri berkata keputusan tersebut menyebabkan The Red Warriors ...
Sinopsis Cinta Ke2 By Zihasra Aziz

Sinopsis Cinta Ke2 By Zihasra Aziz

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 407 hits
Terasa macam dah lama dah sebenarnya tak mengadap novel ni Last hari tu baca novel tajuk apa ye lupa dah Maybe novel sendiri punya kot itu yang lupa Cuba novel orang lain Memang ingat je hikhik macamlah kita ni ingat semua Oklah memandangka...
Belajar Sejarah Perbankan Di Museum De Javasche Bank Yang Penuh Spot Instagramable

Belajar Sejarah Perbankan Di Museum De Javasche Bank Yang Penuh Spot Instagramable

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 279 hits
Belajar sejarah perbankan di Museum De Javasche Bank yang penuh spot Instagramable Salah satu museum yang wajib dikunjungi saat mampir ke Surabaya
Viral Penumbuk Isteri Kongsi Versi Penuh Kisah Suami Tumbuk Pemandu Tak Bagi Signal

Viral Penumbuk Isteri Kongsi Versi Penuh Kisah Suami Tumbuk Pemandu Tak Bagi Signal

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 565 hits
KAULAH bodoh kaulah gila dikatakan menjadi punca seorang pemandu wanita makan penampar dan penumbuk seorang lelaki Kisah ini kecoh di media sosial sejak Khamis apabila sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar...
Letak Minyak Brek Motor Bila Sakit Gigi Pipi Berlubang Nanah Penuh Hingga Ke Otak

Letak Minyak Brek Motor Bila Sakit Gigi Pipi Berlubang Nanah Penuh Hingga Ke Otak

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1368 hits
Gara gara kerap meletakkan minyak brek motor pada giginya yang sakit bertahun lamanya seorang lelaki hampir maut kerana kesan daripada tindakannya itu menyebabkan pipinya berlubang dan nanah penuh di pipi sehingga naik ke otak BACA Menerusi...
Sinopsis Cassandra

Sinopsis Cassandra

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 1171 hits
SINOPSIS CASSANDRACassandra bermaksud cinta amanah kesucian dan kesetiaan Cassandra tinggal di sebuah kampung dengan ayahnya seorang hartawan bernama Haji Fauzan Casandra adalah gadis kacukan Melayu Inggeris Walaupun dibesarkan dengan kemew...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan