Aurat Wanita Aurat Lelaki Dalam Islam



Apakah aurat wanita?
Dan bagaimana pula dengan aurat lelaki?
Artikel ini akan memberi panduan lengkap mengenai bab aurat wanita dan aurat lelaki, etika berpakaian dan senarai mahram bagi seseorang perempuan.
Tanpa buang masa, mari kita mulakan.

Isi Kandungan Panduan Ini: Pengenalan Aurat Dalil al-Quran agar menutup aurat Aurat bagi lelaki Aurat bagi wanita Adakah suara wanita itu aurat? Garis panduan pakaian menutup aurat Mahram untuk lelaki dan wanita  
Apakah Yang Dimaksudkan Aurat? Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain.
Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.
Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut.
Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.
Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan.
Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.
 
Dalil Al-Quran Mengenai Perintah Menutup Aurat Terdapat beberapa dalil dari al-Quran tentang perintah untuk menutup aurat.
Antaranya adalah:
Allah berfirman:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari-mu wahai Ahlul Bait, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya daripada segala perkara yang keji
– Surah Al-Ahzab ayat 33
Wahai Nabi, suruhlah isterimu,  anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
– Surah Al Ahzab ayat 59
 
Apakah Aurat Lelaki? Apakah aurat bagi lelaki?
Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.
Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.
Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian
– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi
Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja.
 
Apakah Aurat Perempuan? Apakah aurat bagi wanita?
Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang.
Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.
Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?
Aurat Ketika Solat Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Hal ini bermaksud, wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat.
Asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.
 
Aurat Dengan Mahram Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut.
Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah.
Jesteru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram untuk menjaga maslahah (seseuatu yang lebih baik).
Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.
Aurat dengan Suami Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas.
Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri.
Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.
 
Aurat Wanita dengan Lelaki Ulama bersepakat bahawa aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.
Firman Allah SWT dalam surah an-nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka
– An Nur 24:31
Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).
Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:
Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)
–  Riwayat Abu Dawud
 
Adakah Suara Wanita Itu Aurat? Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat.
Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.
Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat.
Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.
 
Garis Panduan Pakaian Lelaki & Wanita Islam
Apakah garis panduan berpakaian dalam Islam?
Islam adalah agama yang sangat mudah.
Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam.
Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.
Islam menggariskan panduan berpakaian menurut syarak seperti berikut:
Pakaian yang menutup aurat. Longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan. Diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Diperbuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat pada tubuh hingga boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita. Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya. Tidak menyerupai pakaian lelaki. Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.  
Senarai Golongan Mahram Dengan Wanita Mahram bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita
Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.
Antara golongan yang menjadi mahram kepada seseorang perempuan adalah:
Suami Bapa sendiri (bapa kandung) Bapa suami (bapa mertua) Anak lelaki Anak lelaki suaminya (anak tiri) atau anak isteri bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal. Tetapi bukan anak daripada bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja) Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara) Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara) Wanita Islam yang berakhlak. Hamba lelaki yang mereka miliki. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita. kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumaiyiz) Anak lelaki susuan. Bapa susuan. Saudara susuan. Bapa saudara susuan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah. Menantu. Rajah susunan mahram bagi wanita Rajah susunan mahram bagi lelaki  
Penutup: Menutup Aurat Akan Membawa Keselamatan Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya.
Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.
Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.
Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan.
Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.
Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.
The post Aurat Wanita & Aurat Lelaki Dalam Islam (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/fiqh/aurat-wanita-lelaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 459 hits
Siapa sangka pada mula niat hanya nak melakukan kajian tapi end up terus jatuh cinta dengan agama islam Gadis kelahiran Amerika Syarikat ni pada mulanya nak tahu macam mana Osama Laden menggunakan nama islam untuk melakukan keganasan kepada...
Hukum Wanita Islam Kahwini Lelaki Kafir

Hukum Wanita Islam Kahwini Lelaki Kafir

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 293 hits
Soalan Apa hukumnya seorang wanita Islam bernikah dengan lelaki yang bukan beragama Islam Jawapan Telah ijma sekalian ulama Islam bahawa haram dan tidak sah wanita Islam berkahwin dengan lelaki kafir dari segala bagai kafir Jika berlaku per...
Diduga Melanggar Syariat Islam Dua Pasangan Muda Mudi Di Aceh Diamankan

Diduga Melanggar Syariat Islam Dua Pasangan Muda Mudi Di Aceh Diamankan

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 201 hits
Petugas wilayatul hisbah TNI Polri dan polisi militer mengamankan dua pasangan muda mudi di kawasan wisata Pantai Suak Indrapuri Meulaboh Kabupaten Aceh Barat Sabtu malam Mereka diduga melanggar aturan syariat Islam
Dap Tidak Senang Duduk Lihat Melayu Islam Bersatu

Dap Tidak Senang Duduk Lihat Melayu Islam Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 314 hits
Melihatkan perkembangan semasa kemantapan muafakat antara Pas dan UMNO yang sekali gus menyaksikan penyatuan umat Islam melalui dua parti terbesar orang Melayu itu Pas percaya Pakatan Harapan terutamanya DAP kini pastinya tidak senang duduk...
Gerakan Pelampau Makin Tunjuk Taring Hina Islam Robek Perlembagaan

Gerakan Pelampau Makin Tunjuk Taring Hina Islam Robek Perlembagaan

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 379 hits
Cacing naik ke mata sampai bila kita nak sabar Sejak pemerintahan Pakatan Harapan gerakan pelampau sama ada radikal agama atau liberal yang mengikut ideologi Cina Komunis semakin bermaharajalela dan menunjukkan taring kata Presiden Pertubuh...
Sos Life Jenama Milik Orang Islam

Sos Life Jenama Milik Orang Islam

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 1234 hits
Sos Life adalah jenama sos yang terdiri daripada Sos Cili Sos Tomato Sos Bawang Putih Sos Cili Halia Sos Cili Thai Sos Tiram Sos Plum Sos Masam Manis Sos Hoi Sin dan Sos Lada Hitam Produk lain yang turut dikeluarkan di bawah jenama Lige ial...
Jihad Ekonomi Di Zaman Rasulullah Dalam Menghadapi Musuh Islam

Jihad Ekonomi Di Zaman Rasulullah Dalam Menghadapi Musuh Islam

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 719 hits
Gambar Hiasan1 RASULULLAH pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekana...
Rapat Bahas Ruu Di Dpr Ormas Islam Minta Ruang Gerak Pesantren Tak Diintervensi

Rapat Bahas Ruu Di Dpr Ormas Islam Minta Ruang Gerak Pesantren Tak Diintervensi

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 187 hits
Dalam audiensi itu beberapa ormas meminta agar RUU tersebut tidak mengintervensi ruang gerak pesantren Pandangan itu disampaikan oleh perwakilan dari asosiasi pesantren PBNU Abdul Waidl
Kalau Kita Melayu Islam Jangan Open Sangat

Kalau Kita Melayu Islam Jangan Open Sangat

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 517 hits
Aksi Cium Fatin Afeefa Dengan Suami OrangKalau iya pun nak bercinta sekalipun jangan lah kita terlalu open tunjuk romantis itu Tak salah untuk tunjuk atau menayang romantis pada orang ramai adegan cium mulut takkan nak open public view kot ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip