Audit Finas Diberi Pendapat Bertentangan Bagi Tiga Tahun Berturut Turut



Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) gagal mengesahkan ketepatan Baki Geran Tertunda dan Dana berjumlah RM95.22 juta. Ini kerana pelunasan geran dan dana bagi tahun berakhir 31 Dis 2017 berjumlah RM112,52 juta tidak mengambil kira pelunasan berjumlah RM95.01 juta melibatkan perbelanjaan tahun 2017.


Loading... Menurut laporan Ketua Audit Negara tahun 2017 Siri 2, kegagalan itu antara asas agensi itu diberikan Pendapat Bertentangan bagi tiga tahun berturut-turut kerana terdapat salah nyata material dan pervasif dalam penyata kewangan.

“Antaranya kegagalan merekodkan nilai hartanah, loji dan peralatan menyebabkan aset terkurang nyata, baki penghutang/ pemiutang yang berbeza dengan laporan pengumuran, pendahuluan/geran yang tidak disahkan ketepatannya dan ketidakpatuhan terhadap MPERS (Malaysian Private Entities Reporting Standard) bagi seksyen 5, 11, 18, 24, dan 32,” menurut laporan itu.


Antara Pendapat Bertentangan yang diberikan adalah berkaitan hartanah, loji dan peralatan iaitu tidak direkodkan pada nilai penilaian semula seperti yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun 2015 berjumlah RM19.28 juta menyebabkan aset telah terkurang nyata sebanyak amaun itu.

Selain itu, tanah dan bangunan juga tidak diakaunkan secara berasingan melibatkan nilai buku bersih bangunan berjumlah RM696,847 manakala pembelian tanah dan bangunan di Kuching Sarawak bernilai RM1.40 juta tidak direkodkan.

Turut diberikan Pendapat Bertentangan ialah peralatan dan bangunan di Mix Stage Hulu Klang yang tidak diakaunkan secara berasingan. Ini melibatkan nilai buku bersih bangunan berjumlah RM18.15 juta serta rosot nilai tidak diakaunkan bagi aset di Mix Stage Hulu Klang yang tidak digunakan sejak 1 Jan 2016.

Finas turut tidak mengiktiraf kos pembangunan sistem kewangan berjumlah RM359,469 sebagai Aset Tidak Ketara seperti mana ketetapan Perenggan 18.4 MPERS Seksyen 18 Aset Tidak Ketara Selain Muhibbah untuk “Work In Progress”.

Laporan itu turut menyebut asas kepada Pendapat Bertentangan turut melibatkan pendahuluan dan penghutang pinjaman yang tidak disahkan FINAS, Penghutang Sewaan dengan baki tidak dikutip berjumlah RM468,032 sejak 31 Dis 2016, Penghutang Pelbagai iaitu baki Penghutang Pelbagai di penyata kewangan berbeza dengan laporan pengumuran penghutang berjumlah RM2.45 juta manakala baki Penghutang Sewaan berjumlah RM2.78 juta tidak dikutip sejak tahun terakhir 31 Dis 2016.

Laporan itu turut menyebut baki geran tertunda dan dana berjumlah RM95.22 juta tidak dapat disahkan ketepatannya kerana peluasan geran dan dana bagi tahun terakhir 31 Dis 2017 berjumlah RM112.52 juta tidak mengambil kira pelunasan berjumlah RM95.01 juta melibatkan perbelanjaan tahun 2017.

Menurut laporan itu Finas juga tidak melaksanakan tindakan melucut hak deposit filem berjumlah RM8.64 juta seperti keperluan Perenggan 10 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/audit-finas-diberi-pendapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsumsi Mie Instan 3 Minggu Berturut Turut Mahasiswi Dilarikan Ke Rumah Sakit

Konsumsi Mie Instan 3 Minggu Berturut Turut Mahasiswi Dilarikan Ke Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 200 hits
Seorang mahasiswi di China dilarikan ke rumah sakit untuk mendapatkan perawatan medis Mahasiswi itu sakit setelah dilaporkan makan mi instan demi menabung untuk Hari Single dunia Tak tanggung tanggung mahasiswi itu konsumsi makanan siap saj...
Tiga Wanita Yang Wajar Diberi Penghargaan

Tiga Wanita Yang Wajar Diberi Penghargaan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 322 hits
Sebagaimana dilaporkan media di sebalik terdedahnya arahan yang dibuat oleh Najib Razak untuk meminda laporan audit 1MDB yang jelas ianya adalah satu bentuk salah laku dan pengkhianatan kepada negara segala galanya bermula dengan hati beran...
Mendagri 5 Tahun Ada Wakil Yang Tak Pernah Diberi Tugas Mewakili Gubernur

Mendagri 5 Tahun Ada Wakil Yang Tak Pernah Diberi Tugas Mewakili Gubernur

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 185 hits
Dia menuturkan pembagian tugas antara kepala daerah dan wakil tidak ada Semua adalah tanggung jawab kepala daerah
Tiga Tahun Fariza Dah Mula Petah Berkata Kata

Tiga Tahun Fariza Dah Mula Petah Berkata Kata

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 391 hits
hai assalammualaikumFariza Dah Mula Petah Bercakap Fariza dah masuk usia tiga tahun mula la mulut dia macam mak nenek Bercakap tak henti makin petah bercerita dan bercakap Tapi nad suka sebab nad suka dengar dia bercerita dengar dia cakap n...
Disebabkan Ingin Berjimat Pelajar Ini Masuk Ke Hospital Kerana Hanya Memakan Mi Segera Selama 3 Minggu Berturut Turut

Disebabkan Ingin Berjimat Pelajar Ini Masuk Ke Hospital Kerana Hanya Memakan Mi Segera Selama 3 Minggu Berturut Turut

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 300 hits
Gara gara mahu menjimatkan belanja seorang pelajar universiti hanya makan mi segera selama tiga hari secara berterusan Pelajar terbabit mahu menyimpan wang untuk berbelanja sempena Singles Day versi Black Friday di China untuk fiesta jualan...
Anies Targetkan Tiga Jpo Di Kawasan Senayan Selesai Akhir Tahun Ini

Anies Targetkan Tiga Jpo Di Kawasan Senayan Selesai Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 270 hits
Anies menyebut revitalisasi tiga JPO yakni Polda Gelora Bung Karno dan Bundaran Senayan tidak hanya berfungsi untuk penyeberangan saja Melainkan juga memiliki fungsi estetika
Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2018

Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 516 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan sebuah perkahwinan yang kekal bahagia selamanya Namun jangan disangka panas hingga ke petang kerana tidak semua perkahwinan itu berjaya dipertahankan Tahun 2017 menyaksikan ramai selebriti ya...
Tak Nampak Ibu Sekejap Nangis Jika Anak Bawah 1 Tahun 6 Bulan Berperangai Macam Ni Ada Sebabnya

Tak Nampak Ibu Sekejap Nangis Jika Anak Bawah 1 Tahun 6 Bulan Berperangai Macam Ni Ada Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 496 hits
Kenapa anak 1 tahun 6 bulan ke bawah menangis sangat kuat bila tak nampak ibu atau penjaganya Ramai juga yang anggap anak anak akan lebih mengada ngada dan manja bila dengan ibu Menurut Pakar Kekeluargaan Keibubapaan Dan Kasih Sayang ada se...
Kecanduan Smartphone Sejak Usia 2 Tahun Balita 4 Tahun Harus Menjalani Operasi Mata

Kecanduan Smartphone Sejak Usia 2 Tahun Balita 4 Tahun Harus Menjalani Operasi Mata

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 303 hits
Kejadian mengerikan harus dialami seorang balita perempuan berusia 4 tahun di Bangkok Thailand Gadis kecil ini harus menjalani operasi mata di usia yang sangat muda karena kebiasaan buruknya bermain ponsel Kronologisnya diceritakan oleh san...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pallas Kasut Sekolah Pilihan Dari Dulu

Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman