Attention Teknik Tips Dan Tricks Untuk Skor Dalam Pksk Dan Ukkm
Attention! Teknik Tips Dan Tricks Untuk Skor Dalam PKSK DAN UKKM
Nak tahu teknik, tips dan juga tricks untuk skor mantap kebaboom dalam PKSK dan UKKM? Anak anak pelajar boleh join Bengkel Jelajah PKSK dan UKKM Siri 4 pada 2 dan 3 September 2023 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bengkel anjuran Fly High Education Centre ini telah memasuki siri ke 4 dan mendapat sambutan hangat dari Ibu Ayah dan juga para pelajar.
Sedikit mengenai PKSK dan UKKM untuk Ibu Ayah yang masih lagi tertanya tanya apa itu PKSK dan UKKM, sekali lagi KakYa warwarkan di sini agar perincian ini dapat membantu Ibu Ayah untuk lebih faham PKSK dan UKKM.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
PKSK merujuk kepada Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Pentaksiran ini dijalankan bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khusus dan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anak anak pelajar yang berminat untuk memasuki sekolah khusus perlu menduduki peperiksaan PKSK terlebih dahulu. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam PKSK adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Bagi Ibu Ayah yang belum tahu, permohonan untuk menduduki peperiksaan PKSK telah dibuka pada September 2023 dan akan ditutup pada awal Oktober 2023. KakYa harap Ibu Ayah sudah selesai mengisi mengisi borang permohonan secara atas talian.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
UKKM adalah ringkasan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM bagi kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4.
Oleh kerana pada masa sekarang tiada lagi peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3, maka antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemilihan masuk pelajar ke MRSM adalah menggunakan keputusan ujian UKKM.
Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK Dan UKKM Siri 4 Menampilkan Angkasawan Negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Juga Pelakon Rita Rudaini
Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK dan UKKM siri 4 akan menemui anak anak pelajar pada 2 dan 3 September 2023 bertempat di UKM, Bangi. Penampilan istimewa pada sesi kali ini menampilkan Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga pelakon, Rita Rudaini.
Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih sebagai sebahagian daripada program kerana beliau mempunyai anak di tahun 6 dan turut mengikuti Bengkel Jelajah PKSK dan UKKM pada sesi sebelum ini. Selain daripada itu mengambil kira Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai ikon Angkasawan Negara yang dapat memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak anak pelajar melalui slot motivasi selama 30 minit.
Bagi yang tertanya tanya mengenai pemilihan pelakon Rita Rudaini untuk turut serta dalam Jelajah Persediaan PKSK dan UKKM pada kali ini. KakYa jelaskan di sini mengapa pihak Fly High Education Centre memilih pelakon tersebut.
Sumber gambar: Google
Anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang telah berjaya memperoleh Anugerah Pengetua MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) atas kecemerlangannya dalam bidang akademik menyuntik semangat untuk pihak Fly High Education Centre mengetengahkan Rita Ridaini untuk sesi pada kali ini.
Airit Rayyan Rizqin yang bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan memperoleh pointer yang tinggi, sekali gus melayakkannya mendapat anugerah tersebut (lebih tepat lagi Rayyan mendapat PNG 3.87 dan sekarang menghafal juzuk 6).
Anugerah Pengetua MRSM merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas.
Pemilihan Rita Rudaini juga mengambil kira pembabitan anak kedua Rita sebagai salah seorang peserta yang turut menyertai Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK dan UKKM yang terdahulu.
Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK Dan UKKM Siri 4 Di UKM, Bangi
Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK dan UKKM kini memasuki Siri 4. Berdasarkan kepada bengkel yang pernah diadakan sebelum ini, semoga bengkel pada kali ini berjalan dengan sempurna. InsyaAllah.
Berikut sedikit perincian yang dapat KakYa kongsikan mengenai Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK dan UKKM Siri 4.
- Taklimat untuk ibu bapa pada sesi pertama- Penampilan istimewa Dato' Dr Sheikh Muszaphar dan Rita Rudaini- FOKUS kepada soalan popular peperiksaan PKSK dan UKKM - Mengetengahkan 6 barisan guru penganalisi dan berpengalaman dalam peperiksaan PKSK dan UKKM iaitu yang akan memfokuskan mengenai;• Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan• Teras PBD dan DKSP• Penekanan Kepada Kombo 8 Komponen• BONUS :: _Simulasi Ujian (Eq/Esq/Pengetahuan Am)
- Tarikh : 2 & 3 September 2023- Hari 1 : Sabtu : 8.00am - 5.30pm- Hari 2 : Ahad : 8.00am - 6.00pm- Lokasi : UKM , Bangi- Yuran : RM299
Pihak Fly High Education Centre akan menyediakan makanan tiga kali sehari sepanjang bengkel berlangsung dan modul belajar untuk anak anak pelajar akan disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih terperinci, Ibu Ayah boleh menghubungi;
wasap.my/60126509622wasap.my/60105433732wasap.my/60192292022wasap.my/60135444882
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak akan dapat memberi maklumat untuk Ibu Ayah dan anak anak pelajar yang akan menduduki peperiksaan PKSK dan UKKM.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/08/attention-teknik-tips-dan-tricks-untuk-skor-dalam-pksk-dan-ukkm.html