Atok Berjaya Pecahkan Umno Pada 4 Kumpulan




 Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Bersatu akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya Umno bertanding di semua kerusi tradisinya.
“Bila Mohamad (Hassan) kata Umno akan bertanding semua kerusi, saya kira kemungkinan besar Bersatu akan tewas bila Umno tidak bersama mereka,” katanya dalam wawancara bersama portal berita Malaysiapost, malam ini.
Pada Mac lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada PRU lalu sekiranya Umno tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.
Terdahulu sebelum itu Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa semua kerusi Umno adalah milik parti itu dan tidak akan sesekali melepaskannya.
Mahathir berkata dia juga pernah menasihati pemimpin Bersatu kembali kepada asas perjuangannya kerana sedar parti itu akan tewas dalam PRU akan datang apabila Umno tidak lagi bersama mereka.
Namun katanya mereka enggan kerana sayangkan jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri serta wang yang dinikmati hasil memegang jawatan dalam kerajaan.
“Saya kata dalam PRU akan datang kamu akan kalah, kerana Umno tak sokong kamu. Jadi lebih baik balik kepada asal.
“Tapi mereka jawab mereka menteri dan menteri gaji RM70,000 sebulan. Jadi kalau kita boleh bayar RM70,000 sebulan mereka kembalilah,” kata Mahathir.
 
Mahathir bertindak meninggalkan Bersatu selepas presidennya, Muhyiddin Yassin itu membuat keputusan untuk keluar Pakatan Harapan (PH).
Keputusan Bersatu meninggalkan PH mengakibatkan kerajaan PH pimpinan Mahathir tumbang.
Pada Mac tahun lalu, Bersatu bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, hubungan antara Umno dan Bersatu retak apabila kedua-dua parti tidak lagi sehaluan selepas membentuk kerajaan.
Selepas keluar Bersatu, Mahathir menubuhkan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang). Parti itu bergerak sendirian dan masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Bulan lalu, Presiden Penaja Pejuang, Mukhriz Mahathir berkata parti itu belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bersendirian atau menyertai mana-mana gabungan pada PRU15.
Umno pecah 4 kumpulan
Dalam pada itu, Mahathir berkata Umno tidak akan mampu bergerak sendirian dalam menghadapi PRU akan datang kerana parti itu dilihat sudah berpecah kepada empat kumpulan.
“Umno sudah pecah dengan sebilangan yang tidak kecil sudah keluar menjadi ahli Bersatu, iaitu pecahan lagi adalah orang yang tolak bekas perdana menteri, Najib Razak tetapi sokong Presiden Umno ketika ini Ahmad Zahid Hamidi Zahid.
“Satu lagi pecahan yang sokong Najib dan pecahan mungkin menyokong pemimpin lain seperti Timbalan Presiden, Mohammad Hasan atau Hishammuddin Hussein,” katanya.
Oleh itu katanya, Umno tidak akan dapat menang besar dalam PRU-15 nanti jika bersendirian. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/atok-berjaya-pecahkan-umno-pada-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Umno Kena Kencing Lagi

Ahli Umno Kena Kencing Lagi

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 158 hits
Majlis Ketiadaan Telor telah memutuskan tidak menarik sokongan kepada kerajaan tebuk atap Sekali lagi warga parti keris telanjang tak bersarung yang memekik mekik dengan penuh semangat di perhimpunan di PWTC tertipu dengan sandiwara pemimpi...
Jangan Lupa Kempen Ph Di Pru15 Ingatkan Rakyat Tentang Masalah Dibuat Umno Bn Puak Tu Yang Menongkat Kerat Pn

Jangan Lupa Kempen Ph Di Pru15 Ingatkan Rakyat Tentang Masalah Dibuat Umno Bn Puak Tu Yang Menongkat Kerat Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 263 hits
UMNO BN tetap lawan utama PH nanti PA dan PPBM gone case PA tidak cukup sokongan pengundi atas pagar di Pantai Barat PPBM TIADA akar umbi Mereka hanya mampu guna kuasa dan wang peruntukan selaku KERA jaan PNkhianat Biarkan Biar rakyat dpt h...
Sayap Umno Perlis Sanggah Perintah Suruh Zahid Berhenti

Sayap Umno Perlis Sanggah Perintah Suruh Zahid Berhenti

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 264 hits
Putik putik awal perpecahan UMNO peringkat negeri Perlis mula kelihatan apabila ada sayap bahagian parti itu membuka mulut menyanggah perintah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Mengulas tindakan Zahid memecat Datuk Seri Shahidan K...
Umno Akhiri Kerjasama Dengan Pn Ogos Ini

Umno Akhiri Kerjasama Dengan Pn Ogos Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR UMNO memuktamadkan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional sehingga darurat berakhir pada Ogos ini Meskipun perkara itu tidak di bincang dalam mes...
Zahid Hairan Musuh Politik Terlalu Gentar Pada Umno

Zahid Hairan Musuh Politik Terlalu Gentar Pada Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 232 hits
malaysiakini comDiterbitkan 26 Apr 2021 4 54 pmAhmad Zahid Hamidi menyatakan rasa kesal bercampur hairannya dengan sikap pihak tertentu yang dilihatnya begitu gerun kepada Umno sehingga menghantar parasit untuk menghancurkan parti tersebut ...
Rakyat Tunggu Bila Nak Tarik Diri Dari Pn Tapi Umno Pengecut

Rakyat Tunggu Bila Nak Tarik Diri Dari Pn Tapi Umno Pengecut

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 331 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON April 26 2021 Tiada apa yang luar biasa pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno pada semalam bahkan tiada keputusan besar mahupun dahsyat yang berlaku kata Adun AMANAH Adun Durian Tunggal Datuk Sofi Wahab berk...
Tiada Kem Zahid Atau Kem Ismail Sabri Dalam Umno

Tiada Kem Zahid Atau Kem Ismail Sabri Dalam Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 357 hits
Sesiapa sahaja boleh membuat ulasan atau memberi pendapat mengenai politik negara termasuk apa yang berlaku dalam UMNO Namun ulasan atau pendapat itu tidak semestinya memberi gambaran sebenar Sebab itu penting kita membuat penilaian sendiri...
Kerajaan Tak Boleh Mandulkan Demokrasi Umno Desak Parlimen Bersidang

Kerajaan Tak Boleh Mandulkan Demokrasi Umno Desak Parlimen Bersidang

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR 13 Ramadan 1442H Ahad UMNO mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali bersidang semasa tempoh darurat kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Beliau berkata perkara it...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi