Atlet Wanita Taliban Lebih Bermaruah


 



Tiga atlet wanita itu dijadual menyertai sukan olahraga dan berbasikal. Foto: AFP1. Tiga atlet wanita tidak diiktiraf kerajaan Taliban Afghanistan
KABUL: Kerajaan Taliban Afghanistan tidak mengiktiraf tiga atlet wanita mereka yang bakal mewakili negara berkenaan di Sukan Olimpik Paris 2024, hujung bulan ini, kata jurucakap jabatan sukan mereka.
Jawatan Olimpik Antarabangsa (IOC) menjemput enam atlet Afghanistan - tiga wanita dan tiga lelaki - untuk berunding bersama Jawatankuasa Olimpik Afghanistan yang kebanyakannya beroperasi dari luar negara.
"Hanya tiga atlet mewakili Afghanistan," kata Atal Mashwani, jurucakap direktorat sukan kerajaan Taliban yang merujuk kepada atlet lelaki.
Kesemua tiga atlet wanita dan dua lelaki menetap di luar Afghanistan
Hanya seorang yang menjalani latihan di negara berkenaan iaitu atlet judo manakala yang lain menyertai sukan olahraga dan renang.
Atlet wanita berkenaan dijadual bertanding dalam sukan olahraga dan berbasikal.
Hanya seorang yang menjalani latihan di negara berkenaan iaitu atlet judo manakala yang lain menyertai sukan olahraga dan renang.
Atlet wanita berkenaan dijadual bertanding dalam sukan olahraga dan berbasikal.
IOC menjelaskan bahawa mereka tidak menghubungi pegawai Taliban berkaitan pasukan Afghanistan, dan Taliban tidak dijemput ke temasya itu. - AFP
Dari Malaysia Nur Dabhitah sah ke Sukan Olimpik Paris 2024 Nur Dhabitah. Foto Bernama

2. Tapi Menurut PAS di Malaysia, pakaian atlet muslimah adalah perjuangan yang perlu diselesaikan July 30, 2021 Asmak Husin
Oleh USTAZAH ASMAK HUSIN

PENGENALAN sukan patuh syariah merupakan sebuah industri yang besar kerana melibatkan perjuangan atlet wanita Islam di peringkat antarabangsa. Ketika zaman jahiliah wanita sering dijadikan objek pemuas nafsu, namun, setelah kehadiran Islam, wanita dimuliakan dan mempunyai martabat yang tinggi dengan diberikan pelbagai hak untuk melindungi maruah mereka. Tidak salah wanita bersukan kerana ia juga sebahagian fitrah tetapi kaedah dan tatacara mengikut syariah Islam.

Pakaian sukan yang terlalu ketat dan terdedah menyebabkan sebahagian atlet berasa tidak selesa kerana boleh menyebabkan mereka hilang fokus ketika beraksi. Pakaian yang menjolok mata bukan sahaja tidak disenangi masyarakat, malah menghalang bakat baharu menyertai bidang sukan.
Perjuangan sukan patuh syariah ini bukan perkara baharu, ia telah lama diperjuangkan. Contohnya pada tahun 2019 kerajaan negeri Terengganu mengumumkan bahawa atlet negeri tersebut akan beraksi di arena sukan lengkap berpakaian mengikut syariat. Keputusan yang diambil kerajaan negeri Terengganu menerima pelbagai tohmahan, sindiran dan kecaman dari pelbagai pihak.
Kita dapat lihat negara-negara Islam yang lain dan atlet Muslim telah lama terkehadapan dalam menampilkan dan memperjuangkan pemakaian dan suasana patuh syariah bagi wanita khususnya.

Contohnya:
i) Ibtihaj Muhammad
Atlet pedang yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat telah menjadi ahli sukan Amerika pertama yang memakai hijab di Sukan Olimpik di Rio.
ii) Kimia Alizadeeh Zenoorin
Atlet taekwando menjadi wanita pertama dari Iran berhijab yang memenangi pingat dalam acara Olimpik di Rio.
iii) Zahra Lari
Peluncur ais berasal dari Emiriah Arab yang menyertai piala Eropah beraksi dengan full suit dan berhijab.
iv) Amna Al Hadad
Atlet angkat berat di Emiriah Arab Besatu. Pada 2012, beliau menjadi atlet wanita berhijab pertama menyertai acara crossfit Asia.

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.

Pada tahun ini, kita dapat menyaksikan Terengganu mengorak langkah kehadapan dengan menghantar Azreen Nabila Alias, ratu pecut Terengganu ke temasya sukan terbesar dunia mewakili Malaysia sekali gus mengangkat mengangkat imej dan konsep patuh syariah dalam sukan yang diperkenalkan kerajaan negeri ke peringkat dunia.
Beberapa hari lepas juga tular di media sosial mengenai ahli pasukan gimnastik Jerman memakai full body suit sebagai usaha untuk mengubah persepsi orang ramai dan menentang perempuan dijadikan simbol seksual dalam arena sukan. (https://www.reuters.com/…/gymnastics-german-team-wears…/)
Begitu juga pasukan bola tampar pantai dari Norway sedia membayar denda kerana tidak mahu memakai bikini dan memilih memakai seluar pendek (https://www.nytimes.com/…/norway-beach-handball-team.html). Nampaknya atlet wanita bukan Muslim juga mula memperjuangkan dan menolak pakaian yang mereka rasakan memanipulasi wanita sebagai objek seksual walaupun sudah pastinya falsafah mereka tidak sama denga konsep patuh syariat pakaian sukan Islam.
Ini membuktikan bahawa perjuangan sukan patuh syariah bukan perkara kuno sebaliknya selari dengan tuntutan agama dan peredaran zaman yang semakin mencabar. Saya berharap negeri-negeri lain juga berani mengikut jejak langkah Terengganu agar konsisten memperjuangkan sukan patuh syariah di peringkat domestik atau antarabanga selaras dengan hak-hak wanita dan perlembagaan. 
Marilah kita sama-sama menyokong agar setiap atlet Muslim di Malaysia juga turut berani membawa perubahan sama ada dari sudut pakaian mahupun suasana. – HARAKAHDAILY 30/7/2021
Sekian.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, itulah perjuangan PAS di Malaysia, bahkan akan terus menerobos ke peringkat antarabangsa dan dunia hingga luar dunia. 
Iaitu Akhirat yang diiktiraf Allah SWT. Amin!
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.





....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/07/atlet-wanita-taliban-lebih-bermaruah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Posmen Lebih Bermaruah Dari Speaker Kata Zaid

Posmen Lebih Bermaruah Dari Speaker Kata Zaid

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 131 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 12 2024Bekas menteri Zaid Ibrahim mendakwa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan taktik melengah lengahkan apabila membuat keputusan mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu Mengulas kenyataan Jo...
Wanita Baik Hati Pulangkan Wang Lebih Rm260 000 Yang Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Wanita Baik Hati Pulangkan Wang Lebih Rm260 000 Yang Dijumpai Dalam Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 222 hits
BEIJING Perbuatan seorang wanita mengembalikan semula wang tunai harta yang ditemuinya ketika membersihkan rumah sewa di China mengundang perhatian orang ramai lapor akhbar Tribunnews semalam Wanita bernama Jiang Jing Ping itu menemui sebua...
Plkn 3 0 Bermula Jun 2025 Dengan Format Baharu Yang Lebih Quality

Plkn 3 0 Bermula Jun 2025 Dengan Format Baharu Yang Lebih Quality

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 218 hits
PLKN 3 0 Bermula Jun 2025 PLKN 3 0 Bermula Jun 2025 Program Latihan Khidmat Negara 3 0 dijadualkan bermula Jun 2025 dengan konsep dan format baharu yang lebih dinamik dan komprehensif Program ini telah diperkenalkan semula oleh Kementerian ...
Kos Perubatan Sky Akibat Gigitan Anjing Cecah Lebih Rm1 200

Kos Perubatan Sky Akibat Gigitan Anjing Cecah Lebih Rm1 200

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 295 hits
Sebelum ini pernah bayar kos perubatan dalam ratusan ringgit untuk kucing kucing di rumah yang jatuh sakit dan tapi kos perubatan Sky ni cecah lebih RM1 200 Kus semangat bila dapat tau mujurlah Kak Yang yang biayai Kisahnya pada 23 Mei yang...
Pendatang Asing Lebih Cerdik Dari Menteri Tani

Pendatang Asing Lebih Cerdik Dari Menteri Tani

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 390 hits
Gambar atas Kebun sayur haram yang diusahakan pendatang asing di Alor Gajah Melaka Foto ihsan PPSM Gambar bawah sikit Lim Ser Kwee Pengerisi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia 1 Warga asing kuasai industri sayur pendatang lebih cerd...
Hiburan Rita Rudaini Lebih Layak Dapat Puteri Sarah Raih Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal Ramai Tak Puas Hati

Hiburan Rita Rudaini Lebih Layak Dapat Puteri Sarah Raih Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal Ramai Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 188 hits
Susulan pelakon Puteri Sarah memenangi anugera khas ikon ibu tunggal ramai rupanya tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut Tak layak menang anugerah ikon ibu tunggal Kebanyakkan warganet mempertikaikan anugerah yang diberikan kepada P...
Dilirik Psi Maju Pilgub Jakarta Heru Budi Terima Kasih Saya Akan Bekerja Lebih Baik

Dilirik Psi Maju Pilgub Jakarta Heru Budi Terima Kasih Saya Akan Bekerja Lebih Baik

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 166 hits
Heru mengaku usulan PSI mengenai namanya untuk Pilkada Jakarta itu menjadi perhatian untuknya Heru bilang akan bekerja lebih baik ke depan
Buron Lebih Sepekan Tersangka Pembunuh Pegawai Koperasi Di Palembang Menyerahkan Diri

Buron Lebih Sepekan Tersangka Pembunuh Pegawai Koperasi Di Palembang Menyerahkan Diri

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 122 hits
Setelah buron lebih dari sepekan tersangka pembunuh pegawai koperasi di Palembang AN akhirnya menyerahkan diri ke polisi Dengan demikian semua pelaku
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt