Atc Combat Cf50 51 Bfs Adik Bongsu Siri Combat
Aku terjumpa satu reel dari ATC yang agak menarik juga tapi macam biasalah reel ATC ni amat sukar untuk dicari review yang ekstensif samada dalam bentuk penulisan atau video. Ada la aku jumpa satu video review yang agak complete, malangnya dalam bahasa Siam. Subtitle tak ada pulak tu
Ok, reelnya adalah ATC Combat CF BFS 50/51. Reel baitcasting siri Combat ni bukanlah baru pun, ianya dilancarkan sekitar setahun yang lepas. Aku je yang tak perasan kewujudannya sebab bilangan yang dijual agak terhad dan kurang review yang macam aku cakap tadi lah
Dari segi rupa design reel ni agak nice and clean dengan skema warna yang selamat. Tidaklah fancy dan kelihatan seperti reel murah buatan China, tapi pemilihan tema selamat ni kadangkala agak merugikan sebab tak nampak menarik. Hanya pengguna tegar yang kenal jenama ATC tahu menilai kelebihan jenama ni. Bab kosmetik aku rasa ATC boleh mencontohi Kastking. Walaupun dikilangkan di China dengan kos jualan yang rendah, reel Kastking pertengahan diberikan finishing yang cantik, material yang premium, skema warna tidak berlebihan dan kemasan cetakan informasi pada reelnya cukup jitu
Didatangkan dengan kayuhan kiri dan kanan, ATC Combat CF BFS bersaiz kompak dan ringan ni berfokuskan game Medium ke Medium Heavy. Beratnya cuma 160 gram hasil penggunaan material binaan serat karbon dan juga diberikan carbon fibre handle. Sebab tu nama dia ada CF
Manakala BFS pula bermaksud bait finesse yang merujuk kepada permainan umpan ringan; senang cerita macam ultralight game lah. Spoolnya cetek untuk memuatkan tali berkekuatan rendah sekadar mencukupi untuk jarak balingan yang dekat. Tapi yang bagusnya ATC ni dia suka buat reel baitcasting yang multi purpose. Selain spool cetek BFS, spool standard juga diberikan yang boleh memuatkan tali setebal 0.2mm sebanyak 120 meter. Cukup banyak dah tu. Braided 8x yang baru-baru dipasaran saiz 30lb pun cuma setebal 0.18mm sahaja. 150 meter should be no problem aku rasa
Untuk nisbah gear cuma diberikan satu ratio sahaja iaitu 6.6 : 1 dan satu pusingan handle akan retrieve mainline sebanyak 68cm. Karauannya tidaklah laju, tapi ada sikit kekuatan tork disitu. Drag berbilang cakeranya pula berkekuatan sekitar 5kg, which is cukuplah untuk permainan sederhana berat. Tak lupa juga ciri yang agak jarang ada pada reel baitcasting iaitu drag clicker dibekalkan standard bersama reel. Factory design siap dengan drag clicker ni jauh lebih baiklah daripada drag clicker aftermarket sebab banyak kes-kes kekuatan drag reel baitcasting menurun apabila dipasangkan drag clicker. Kosnya juga agak tinggi sekitar RM60-80 ringgit tak termasuk upah pemasangan
Sistem brek masih lagi menggunakan brek magnet tradisional, teknologi lama tapi masih relevan digunakan dan mudah diselenggara. Tak lupa juga line guidenya berbentuk segitiga ( Open-Frame V Shape Line Guide ) seperti abang-abang besarnya untuk mengurangkan rintangan casting
Dari segi harga, ATC Combat CF BFS boleh dikatakan sederhana dan berpatutan dengan apa yang ditawarkan. Ok lah kot dapat dua spool, drag clicker lagi. Dua benda ni je kurang-kurang bernilai RM100-120
Tinjauan aku di Shopee dan Facebook harganya berada dalam lingkungan RM415 hingga RM470. Seller yang jual RM415 tu tak payah carilah, memang dah habis stok. Ringkasannya aku listkan dibawah :
+ extra BFS spool+ drag clicker+ 9 + 1 stainless steel ball bearing+ lightweight (160gram)+ rekabentuk kompak+ harga berpatutan
- sukar dijumpai terutamanya kayuhan kanan - tipikal ATC, kedekut dakwat printing tampo- sistem brek magnet tradisional- Amat kurang review/informasi. Website atcfishing.com pula selalu under maintenance
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://blog5zal.blogspot.com/2022/12/atc-combat-cf5051-bfs-adik-bongsu-siri.html