Atasi Parut Jerawat Dengan Rawatan Kulit Di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi Dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam



Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam | Assalamualaikum dan hi korang. Zaza tahu rata-rata antara kita ini memang kebanyakan sedang mengalami masalah kulit muka macam parut, jerawat, jeragat, kulit kering dan lain-lain. Zaza sendiri pun ada masalah kulit parut dan berjerawat. Sekali sekala kulit kering terutama dekat hidung. Selalu juga mengelupas. 

Tapi yang membuatkan stress tu bila ada parut dan jerawat yang susah betul nak hilang
 

Kalau parut dan jerawat biasa atau sedikit, mungkin boleh hilang cepat dengan menggunakan beberapa produk tapi bagaimana dengan dengan mereka yang mengalami masalah tersebut dalam kategori agak teruk dan berlubang
 

So jalan yang baik dan boleh di usahakan adalah dengan berjumpa doktor di klinik kulit dan kecantikan
 

Bila berjumpa dengan doktor di klinik kulit, sekurangnya kita tahu kaedah dan cara rawatan yang betul. So tidaklah kita main hentam saja pakai produk sesuka hati
 

Topik entri kali ini zaza nak share pasal masalah parut jerawat ( acne scars ) dan bagaimana untuk mengatasinya.




Kenali Jenis-Jenis Parut Jerawat

Sebelum ni zaza tak berapa ambil tahu pun info tentang parut tapi bila zaza google-google, rupanya parut ni ada beberapa jenis
 

Jenis-jenis parut jerawat iaitu Boxcar Scar, Rolling Scar, Icepick Scar dan Hypertropic Scar. Parut jerawat terjadi kerana akibat daripada proses penyembuhan luka dan tisu kulit
 



Jenis-Jenis Parut Jerawat


Sebenarnya kulit zaza pun ada parut. Dan kalau tak silap zaza, parut muka zaza ni jenis Boxcar Scar. Tapi tak besar sangat
 

Parut muka zaza ni jadi akibat zaza suka picit jerawat. Pantang tumbuh je mesti zaza akan picit. Sudahnya ia meninggalkan parut berlubang bertahun-tahun. Walaupun parut zaza ni tidaklah terlalu teruk tapi dulu-dulu malu juga bila keluar mana-mana dengan parut jerawat macam ni. Tapi sekarang dah tak kisah sangat. Cuma kalau ada rezeki nanti, memang teringin juga untuk buat rawatan parut ni. Siapa tak nak kan kulit yang cantik dan bebas dari sebarang parut.


Boxcar Scar




Boxcar Scar ini bentuknya bersegi kedalam kulit dan besar. Lubang parutnya kelihatan lebar. Nampak seperti kawah dan berlekuk
 

Ia berlaku disebabkan oleh keradangan kulit yang menganggu dan merosakkan penghasilan kolagen. Disebabkan itu, kolagen tidak dapat dihasilkan jadi kulit tidak dapat pulih kepada kulit asal sekaligus ia menyebabkan terjadinya jerawat Boxcar Scar ini
 

Kebiasaan ia terjadi akibat kita yang sering memicit jerawat.



Rolling Scar




Parut jenis ini kelihatan agak kasar. Nampak seperti berombak dan berbukit. Ianya terjadi akibat daripada keradangan disebabkan oleh jerawat yang dibiarkan dalam tempoh yang lama. Jerawat yang makin kronik akan menyebabkan parut berlubang dan akan menjadi teruk
 

Kebiasaan mereka yang berumur senang untuk mendapat parut jenis ini.



Icepick Scar



Jika dilihat, parut lubang jenis ini nampak seakan seperti dicucuk jarum. Parut ini halus tapi agak dalam dan jauh ke dalam kulit. Ia berlaku akibat jerawat di dalam kulit. Jerawat yang sembuh menyebabkan pori menjadi kosong dan berlubang kerana kehilangan kolagen
 

Parut ini terjadi biasanya disebabkan oleh jerawat batu ( cyst ) atau papules.



Hypertropic Scar


Parut jenis ini nampak kelihatan kulit timbul dan ada benjolan. Ia terjadi disebabkan oleh kulit yang menghasilkan kolagen berlebihan dan membentuk isi kulit yang timbul pada kulit. Mempunyai warna kemerahan.

Kaedah dan Rawatan Untuk Atasi Masalah Parut Jerawat



Untuk anda yang sedang menghadapi masalah parut jerawat seperti di atas dan memerlukan rawatan kulit , boleh cuba mendapatkan rawatan di Klinik kulit dan rambut ini yang terletak di Bandar Baru Bangi dan di Seksyen 13, Shah Alam
 

Di Klinik Dr Bazilah, mereka mempunyai doktor yang bertauliah dan mempunyai lesen di bawah KKM. Di Klinik kulit dan rambut ini, mereka menawarkan pelbagai jenis rawatan untuk masalah kulit dan rambut. Mereka hanya menggunakan kaedah yang terbaik dan terbukti secara klinikal keselamatan dan keberkesanannya.






Antara kaedah rawatan untuk parut jerawat yang ditawarkan adalah kaedah TCA Cross dan CO2 Laser.

Apa itu TCA Cross dan CO2 Laser?



Rawatan TCA Cross



Bagi mereka yang menghadapi masalah parut seperti Icepick Scar yang dalam, melakukan rawatan laser tidak cukup kerana parut jenis itu sangat dalam. Oleh itu rawatan yang sesuai adalah TCA Cross yang mana ia dapat membantu menaikkan parut berlekuk yang dalam agar kesan yang lebih baik dapat dilihat sebelum rawatan laser dilakukan.

Rawatan ini dilakukan 3-5 kali atau lebih bergantung kepada masalah parut tersebut

Rawatan TCA Cross


Rawatan CO2 Laser


Ia merupakan kaedah untuk merawat parut jerawat atau parut chicken pox pada muka. Kolagen diransang ( induced collagen ) melalui CO2 Laser untuk menaikkan parut berlekuk dan membantu mengecilkan pori


Kulit lebih lembut, halus dan kurang kasar sebab kedalaman parut sudah berkurang menggunakan laser selepas beberapa sesi. Rawatan ini perlu menggunakan krim kebas sebelum prosedur bagi mengurangkan rasa sakit



Sesi penerangan mengenai kulit muka

Antara pelanggan yang mendapatkan rawatan kulit di Klinik Dr Bazilah


Selain untuk rawatan parut jerawat, beberapa rawatan untuk masalah lain juga turut ada antaranya rawatan untuk eczema, psoriasis, skin pigmentation, hair removal,alergik, masalah rambut gugur, Fungal, Aesthetic, Minor Surgery ( Skin tag removal, wart removal, callus, mole removal, pyogenic granuloma removal ) dan Sexual Transmitted Disease ( Syphillis, herpes infection, gonorrhea, chlamydia) 

Waktu Operasi Klinik Dr Bazilah

Bagi anda yang berminat untuk membuat rawatan kulit, rawatan rambut perlulah membuat sesi temujanji terlebih dahulu
 

Waktu operasi Klinik Dr Bazilah dari setiap hari ( Isnin – Ahad )
Isnin – Ahad : 9 pagi – 6 petang


Pertanyaan dan temujanji boleh terus whatsapp : klik terus link >> http://klinikbazilah.wasap.my/


Call :

03-89229681 (Bandar BaruBangi)
03-50357359 (Shah Alam)


Maklumat lanjut mengenai Klinik Dr Bazilah, korang boleh rujuk website dan media sosial mereka:



Website :
www.klinikdrbazilah.com


Facebook :
klinikdrbazilah


Instagram :
@klinikdrbazilah


Tiktok :
@klinikdrbazilah


Sumber foto : Google / Instagram Klinik Dr Bazilah






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2021/11/atasi-parut-jerawat-dengan-rawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merawat Masalah Rambut Gugur Di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah Di Shah Alam Dan Bangi

Merawat Masalah Rambut Gugur Di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah Di Shah Alam Dan Bangi

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 311 hits
Merawat Masalah Rambut Gugur di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah di Shah Alam dan Bangi Memiliki rambut lebat hitam dan bermaya menjadi idaman setiap orang tak kira lelaki atau wanita Tapi agak merisaukan apabila kita mengalami masal...
Rawatan Menurunkan Berat Badan Di Klinik Dr Bazilah

Rawatan Menurunkan Berat Badan Di Klinik Dr Bazilah

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 304 hits
Rawatan Menurunkan Berat Badan BerkesanRawatan Menurunkan Berat Badan di Klinik Dr Bazilah Kadar obesiti atau kegemukan di negara Malaysia semakin meningkat saban tahun Menurut Portal MyHEALTH obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di ma...
Klinik Nur Qaseh Di Bandar Baru Salak Tinggi

Klinik Nur Qaseh Di Bandar Baru Salak Tinggi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 184 hits
Klinik Nur Qaseh adalah salah sebuah klinik yang pernah kami kunjungi di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi untuk dapatkan rawatan buat Aina QK27Gambar sofa di ruang menuggu di Klinik Nur Qaseh Salak Tinggi Monday 27 November 2017 21 11 20171...
I Ct I Ct Mall Animals Collection I Ct Central Shah Alam

I Ct I Ct Mall Animals Collection I Ct Central Shah Alam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 186 hits
Central Pattana was founded on 17 June 1980 under the parent company Central Group Build from a strong foundation that s shaped the retail property development and investment landscape of Thailand CPN is Thailand s largest and most sophisti...
Aeon Mall Shah Alam Teaming Up Camp

Aeon Mall Shah Alam Teaming Up Camp

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 223 hits
Alhamdulillah selesai satu program Walaupun I hanya join beberapa aktiviti je hakhak Actually bukan tak nak join Ikut kan hati tak nak pergi team building ni jugak sebab banyak kerja tak settle lagi Dengan kekuatan bulan I pergi team buildi...
Keropok Lekor Shah Alam Bukan Dr Losong

Keropok Lekor Shah Alam Bukan Dr Losong

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 191 hits
WELCOME TO KEROPOK LEKOR 1 KGSelain daripada itu juga menjual produk berikut OTAK OTAK GULUNG 20PCS TERHANGAT DI PASARANKARIPAP KENTANGKARIPAP OTAK OTAKKARIPAP OTAK OTAK4 JENIS KARIPAP KENTANG DAGINGSARDINOTAK OTAKUntuk maklumat lanjut bole...
Pictures In I City Shah Alam

Pictures In I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 203 hits
A few weeks ago I was able go to with my friends You know if you seats at Shah Alam it is difficult want to visit places near future There is no thrill like as well Hehe up there in at 2 am hang out and take pictures in around 4 am we stop ...
Tengku Abdul Rahman Hanrry Potter I City Best Collections Shah Alam

Tengku Abdul Rahman Hanrry Potter I City Best Collections Shah Alam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 172 hits
Tengku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Tengku Abdul RahmanAlladin MagicHanrry Potter mr PotterHanrry Potter Book MagicLagend Magic Hanrry PotterPlastic Flowrs Garden light
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat