Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar




Ada sekali saya dijemput kongsi pengalaman dan beri sedikit motivasi bisnes di satu seminar keusahawanan.
Ketika sesi soal-jawab, saya lihat ada seorang peserta otai mengangkat tangannya untuk bercakap. Oleh kerana ada orang lain terlebih dahulu mencapai pembesar suara, maka dia tidak sempat bercakap. Dan dia akhirnya tak jadi tanya.

Selesai sesi pagi , ketika makan tengahari, saya sengaja beratur dibelakang abang tersebut dan menepuk bahunya untuk bertanya apa yang dia nak cakap tadi. Dia beritahu yang dia bukan mahu tanya soalan tetapi mahu mengkritik.
Berikut apa yang dia kritik:
Saya hanya mengambil contoh syarikat-syarikat luar negara untuk dijadikan sumber pelajaran.Kita tidak sepatutnya mengambil contoh negara barat untuk diguna pakai dalam usaha mencari kejayaan.Kita sepatutnya mengambil contoh syarikat tempatan untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi.Kenapa saya tak ambil contoh kejayaan Syed Mokhtar Al-Bukhary?Dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap saya tersebut dan rasa membuang masa datang dari Batam hanya untuk mendengar kehebatan syarikat dari negara barat!
Mendengar kritikannya, saya hanya mendiamkan diri tanpa mempertahankan atau menjelaskan kenapa saya banyak mengambil contoh negara barat. Saya mengucapkan terima kasih padanya dan memohon maaf jika dia rasa tidak selesa.
Dalam semua kritikan tersebut saya tertarik dengan kritikannya yang mahu saya lebihkan mengambil contoh Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kebetulannya sehari sebelum itu saya ada melihat maklumat daripada kedai buku MPH bahawa mereka ada mengeluarkan buku biography Syed Mokhtar.
Memang sekian lama saya mencari-cari cerita formal tentang usahawan Melayu paling kaya di negara kita ini tapi malangnya Syed Mokhtar merupakan salah seorang jutawan yang pemalu di negara kita. Tidak banyak diketahui tentang Syed Mokhtar melalui media massa.
Petang itu juga saya ke MPH untuk membeli buku berkenaan kisah hidup Syed Mokhtar. Berikut saya kongsikan serba sedikit kejayaan Syed Mokhtar yang boleh kita belajar:

Mula berniaga awal. Syed Mokhtar mula berniaga seawal umur 17 tahun.Pendidikan formal yang terbantut bukan penghalang untuk berjaya. Syed Mokhtar tidak tamat bersekolah. usahanya mengambil kursus akaun ketika berumur 21 tahun juga tidak dihabiskan.Pastikan kita dikelilingi oleh mereka yang sebaya dan bercita-cita tinggi. Beliau mengenali Timbalan Perdana Menteri sekarang yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat di Johor. Beliau juga mengenali ramai orang hebat-hebat lain dalam erena politik ketika muda dulu yang mana sama-sama bercita-cita tinggi.Peka dengan peluang dan rebut dengan cepat.Syed Mokhtar mengambil faedah daripada galakan kerajaan mengadakan usahawan bumiputera yang berjaya agar dapat bersaing dengan bukan bumiputera terutamanya orang Cina. Permohonan permit lorinya diluluskan lebih daripada apa yang dia minta.Walaupun permit lorinya ada empat dan dia hanya ada dua buah lori, tawaran untuk meng Ali Babakan permit itu ditolaknya mentah-mentah.Usaha kerajaan meletakkan bumiputera dalam dunia korporat dengan mensyaratkan pemilikan 30% saham untuk Melayu sebelum penyenaraian di bursa saham benar-benar dimanafaatkan oleh Syed Mokhtar.Lebih daripada 15 syarikat berjaya direbut oleh beliau. Dia mengekalkan pemilikannya tanpa dijual setelah disenaraikan seperti mana kebanyak orang Melayu yang lain.Kedudukannya yang berketurunan Syed digunakan dengan baik. Mereka yang berketurunan Syed yang punyai salasilah dari keturunan Rasulullah memang sentiasa dihormati oleh orang Melayu. Kebanyakan daripada mereka berada dikedudukan tinggi dalam masyarakat.Akui kelebihan pesaing dan bergabung. Bukannya bermusuh. Majoriti syarikatnya dikongsi dengan rakan strategik dari kaum Cina yang terkenal dengan kegigihan dan kejayaan mereka. Beliau mengakui keperluan bersama dengan rakyat berbangsa Cina untuk mencapai cita-citanya.Tidak pernah melupakan jasa orang. Beliua sering berusaha mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dari para pegawai kerajaan dan juga orang persendirian. Semua orang tersebut tidak pernah dilupakannya dan ramai dari mereka menjadi orang kanannya sekarang dalam berbagai syarikat.Sering berhubung merapatkan silaturahim. Syed Mokhtar membuat panggilan telefon sekurang-kurangnya 100 kali sehari kepada semua kenalannya. samada untuk maklumat atau untuk bertanya khabar.Jangan tunggu kaya untuk buat kebajikan atau sumbangan. Ramai yang sangka beliau kuat menyumbang ketika kaya sedangkan sejak mula dia berniaga dan pendapatannya tidak seberapa, dia menyumbangkan separuh dari gajinya untuk diberikan pada mereka yang memerlukan.Banyak lagi kelebihan Syed Mokhtar Al_Bukhary yang boleh dipelajari. Cuma satu sahaja yang tidak mampu anda ikuti adalah susur galur keturunannya. Dia berasal daripada bangsa tahan lasak di Afganistan yang mengembara dengan harapan mencari makan di bumi yang lebih hijau.
Kelasakan itu membuatkan ayah dan juga datuknya sampai ke Malaysia dan kebetulan mereka berjaya diiktiraf sebagai rakyat Malaysia bumiputera setelah kriteria untuk melayakannya ada pada mereka. Dan yang paling penting dia tidak pernah mensia-siakan anugerah tersebut.
Bagi abang yang mengkritik saya, terima kasih saya ucapkan. Penggunaan contoh dengan mengambil McDonald dan lain-lain syarikat berjaya dunia adalah untuk melihat sistem perniagaan yang boleh ditiru dan diubah suai ikut kesesuaian, bukannya untuk mengagongkan orang barat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/12/asyik-beri-contoh-pengurusan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shuib Akui Bisnes Terkesan Akibat Dikecam Rancang Buka Bubblebee Ke Luar Negara

Shuib Akui Bisnes Terkesan Akibat Dikecam Rancang Buka Bubblebee Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 105 hits
Pelawak dan usahawan terkenal Shuib akui bisnes terkesan akibat dikecam dan menerima tohmahan daripada orang ramai susulan berdepan dakwaan gagal membayar cukai berjumlah RM1 6 juta Pun begitu ia tidak sesekali mematahkan semangat Shuib unt...
Ketua Polis Negara Saman Papagomo Kerana Memfitnahnya

Ketua Polis Negara Saman Papagomo Kerana Memfitnahnya

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 99 hits
Didakwa fitnah KPN saman penulis blog Wan AzriFMT ReportersPETALING JAYA Ketua Polis Negara Razarudin Husain memfailkan saman terhadap penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atas dakwaan fitnah Razarudin menyaman bekas exco Pemuda Umno it...
2 Lelaki Diberkas Cuba Sihir Ketua Negara

2 Lelaki Diberkas Cuba Sihir Ketua Negara

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 112 hits
KOSMO LUSAKA Zambia nbsp Dua lelaki ditahan di Lusaka kerana didakwa cuba menyihir Presiden Zambia Hakainde Hichilema lapor portal berita RT semalam Warga Mozambique Jasten Mabulesse Candunde 42 dan seorang ketua kampung Leonard Phiri 43 di...
Angin Kencang Laut Bergelora Sekitar Perairan Negara Dijangka Mulai Ahad

Angin Kencang Laut Bergelora Sekitar Perairan Negara Dijangka Mulai Ahad

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 84 hits
Keadaan angin kencang dan laut bergelora sekitar perairan negara mulai Ahad hingga Selasa berbahaya bagi bot bot kecil rekreasi laut dan sukan laut menurut MetMalaysia PETALING JAYA Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku sekitar ...
Kalau Rasa Terancam Di Malaysia Banyak Negara Lain Lalu Bandingkan Nilai Barangan Pula Anda Rasa Masih Terancam

Kalau Rasa Terancam Di Malaysia Banyak Negara Lain Lalu Bandingkan Nilai Barangan Pula Anda Rasa Masih Terancam

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 155 hits
Zainuddin OmarSetiap kali pemilihan negara terbaik untuk bersara hanya satu negara yang numero uno iaitu PANAMA Kerana curious saya membuat beberapa kajian dan pembacaan kenapa Panama kerap jadi negara nombor satu untuk bersara dan apakah b...
Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 148 hits
BloggerBorneo com Sistem ekonomi Islam kaffah menawarkan solusi Artikel pertama kali tampil pada
Pekerja Warga Asing Merayu Gaji Mereka Diberikan Demi Bayar Hutang Keluarga Di Negara Asal

Pekerja Warga Asing Merayu Gaji Mereka Diberikan Demi Bayar Hutang Keluarga Di Negara Asal

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 151 hits
Lebih 200 pekerja asing di Kawaguchi Manufacturing Sdn Bhd yang menjalani kehidupan selama tujuh bulan tanpa gaji berharap mendapat kerja baharu sebelum bulan puasa bermula Februari tahun depan Kawaguchi Manufacturing Sdn Bhd yang ditubuhka...
Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 187 hits
BloggerBorneo com Malaysia mencetak sejarah dengan menjadi negara Artikel pertama kali tampil pada
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

Dapat Sample Free Pampers Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Sekeluarga Dipuji Bersihkan Jalan Lepas Bakar Mercun Malam Cny Jiran Pun Datang Tolong

Sambal Hitam Belimbing Buluh

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut