Astrum Ampang Rumah Idaman Anda
hai assalammualaikum
Astrum Ampang, Rumah Idaman Anda!c- Baru-baru ni nad pergi ke showroom Astrum Ampang di Phileo Damansara, saja nak tengok showroom rumah, mana tau berkenan kan. Mungkin juga ada yang tengah mencari rumah idaman gaya moden di tengah-tengah Kuala Lumpur, hah, ni nad kongsi dekat korang, mana tau korang berminat
Setiap orang impikan rumah sendiri. Betapa indahnya dapat memiliki rumah sendiri dengan yang selesa dan lengkap dengan kemudahan. Ramai sekarang suka memilih rumah gaya moden,lanskap berkonsepkan urban, dekat dengan semua tempat yang dituju dan lokasi rumah yang begitu strategik. Tak kisahla umur berapa dapat memiliki rumah, asal cukup duit, tempat best boleh terus beli kan. Tak mampu beli rumah besar, dapat apartment pun ok, yang penting selesa. Betul takAstrum Ampang, Rumah Idaman Anda!Tertarik nad dengan Astrum Ampang yang dibangunkan oleh Setia Awan ni. Datang ke showroom boleh tau apa yang ada di sekitarnya, suasana - rumah macam mana.
Astrum Ampang ni terletak di sepanjangan kawasan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek. Pembangunan seluas 6.8 ekar akan menjadi tarikan kerana mempunya lokasi yang strategik dan kemudahan-kemudahan yang agak menakjubkan. Rekabentuk pun sangat menarik
Astrum Ampang merupakan pembangunan pertama dengan konsep Transit Oriented Development (TOD) dan SOHO Transit di negara ini, senarai kemudahannya juga yang menjadi daya tarikan bagi profesional muda yang bekerja di Kuala Lumpur.
Apartments Yang Selesa
SOHO Transit Astrum Ampang mempunyai kawasan seluas 280 kaki persegi, SOHO Suites seluas 450 kaki persegi dan Mampu Milik Service Apartments masing-masing terdiri daripada 450 kaki persegi & 550 kaki persegi.
Mana yang baru berkahwin, bujang yang bekerja, nak cari rumah yang selesa, bolehla masukkan Astrum Ampang Soho Transit ni dalam list ya..hehhee.
Dengar sini, rumah dekat sini pakai smart wifi door lock! Canggih
Bukan itu sahaja, adanya Google Assistant, korang cakap je dekat dia, contoh mintak buka tingkap ke, lagu ke, nanti dia tolong buka kan. Hah, korang tak payah susah-susah buka sendiri..ehehe. Yela, seharian penat bekerja, masuk rumah ada pembantu gitu. Korang terus pergi mandi dan tidur..heehe. Boleh tengok video nad post kat instagram story tu macam mana ia berfungsi
Nad suka tengok kemudahan yang ada di Astrum Ampang memang moden habis, ada 62 kemudahan yang ada tau. Memang lain dari lain showroom rumah yang nad tengok. Antara kemudahan yang ada- Taman Permainan Kanak-kanak- Dewan serbaguna- Smart Gym- Ruang Kerja- Kafe-Teater Luar- Swimming pool- Jakuzi- Gelanggang Tenis- Bilik refleksologi- Virtual Cycling- Futsal court
Wei banyak lagi ada, boleh tengok dekat gambar ni
Gym dekat sini bukan gym biasa-biasa, tapi Smart Gym yang boleh korang berzumba dengan virtual class, virtual cycling dan macam-macam lagi. Seronok oo macam ni, hari-hari nak masuk gym ni..hehehhe
Ya dekat sini, ada juga co-working space yang sangat selesa untuk korang bekerja, dan bermesyuarat
Lepastu waktu malam lepak luar tengok teater..perghh..layan habis. Antara salah satu kemudahan yang buat nad tertarik teater luar ni la. Seronok kan. Takdala duduk dalam rumah je kan. Bila ada macam ni, dapatla berkenalan dengan orang lain
Hah, Astrum Ampang ada jakuzi ye. Takyah pergi spa ke mana-mana nak berjakuzi, beli rumah dekat Astrum Ampang, setiap hari nak berjakuzi pun boleh
Bukan itu sahaja, tapi ada 27 unit kedai yang ada di situ, elemen-elemen ini dirancang untuk memberi penduduk gaya hidup bandar yang lebih kaya dan menarik
Dengan sistem keselamatan yang berwaspada, aplikasi komuniti pintar di Astrum Ampang Soho Transit menghubungkan penduduk dengan bandar dan dengan aktiviti aktif mereka dengan cara hidup yang lebih bijak- Keselamatan pengecaman wajah 5G- Wifi percuma di kawasan umum- Keselamatan 24 jam dengan pengawasan cctv
Rasa selamat kan bila duduk di sini
Berdekatan Sekitar Kuala Lumpur
Mudahnya bila korang nak jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Hanya 4km dari Menara Berkembar Petronas. Ini termasuk Pusat Perubatan Gleneagles, Great Eastern Mall, dan Kementerian Pertahanan, bersama dengan pelbagai perniagaan, kedutaan serta sekolah swasta dan awam
Selain itu, korang ambil masa 150 meter sahaja untuk berjalan kaki ke Stesen LRT Jelatek yang hanya 4 stesen kereta api dari KLCC. Konsep TOD Astrum Ampang menonjol daripada projek lain di bandar ini.
Ini adalah Rumah Contoh
Korang berpeluang memiliki rumah idaman ni dengan harga yang menarik. Mereka baru-baru melancarkan fasa pertama yang terdiri daripada SOHO Transit ( 1360 unit ) dan Rumah Mampu Milik ( 712 unit) untuk pembeli rumah pertama dari harga bermula dari RM230,000 hingga RM270,000.
Harga yang berpatutan ini memberi peluang kepada golongan muda yang bekerja untuk memiliki rumah kontemporari di tengah-tengah Kuala Lumpur. Di sini mereka dapat menikmati banyak kemudahan moden dan lokasinya juga berdekatan dengan pengangkutan awam
Sesiapa yang nak pergi ke showroom boleh ke unit galeri dan pameran Astrum Ampang di Phileo Damansara. Boleh buat temujanji dengan menghubungi 018-371 2888.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek Astrum Ampang, korang boleh lawati Instagram: https://www.instagram.com/astrum_ampang/ Facebook: https://www.facebook.com/AstrumAmpang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/09/astrum-ampang-rumah-idaman-anda.html