Astaghfirullah Rabbal Baroya Zikir Taubat Penenang Jiwa


Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya merupakan salah satu zikir taubat terkenal yang sering kali di ucap atau didengarkan di corong-corong radio. Ia merupakan satu zikir mudah yang boleh dan sangat digalakkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Bagi anda yang tidak pernah tahu akan zikir ini, berikut kami kongsikan teks zikir bersama bacaan rumi dan maknanya untuk panduan anda. Baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk ketahui kebaikan dan manfaat yang terdapat dalam zikir ini.
Apa itu Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya? Zikir merupakan salah satu bentuk ibadah yang penting dalam Islam. Ia merujuk kepada pengucapan atau penyebutan nama-nama Allah SWT atau kalimah-kalimah tertentu sebagai bentuk penghormatan, permohonan, dan pujian kepada Allah. 
Zikir ini juga merupakan antara ibadah paling mudah yang boleh dilakukan oleh umat Islam. Tidak seperti ibadah-ibadah lain, zikir ini tidak memerlukan seseorang itu melepasi syarat khusus. Zikir ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada.
Zikir taubat merupakan antara zikir yang sangat digalakkan untu dibaca dan diamalkan bagi memohon keampunan. Salah satu zikir taubat yang terkenal adalah Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya. Zikir ini dipercayai mempunyai banyak keberkatan dan manfaat, baik dari segi kebersihan jiwa mahupun pengampunan dosa.
Teks, Bacaan Rumi & Makna Zikir Berikut merupakan teks Zikir taubat nasuha Astaghfirullah Rabbal Baroya beserta bacaan rumi dan makna zikir :
Teks Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya:
Sumber: Bina Insan W.P. Blog Sebutan Rumi:
Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafi’a
Wawaffiqli amalan maqbula
Wa habli rizqan wa-si’a
Watub alaina taubatan nasuha
Maksud Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Manfaat dan Kebaikan Zikir  Zikir taubat seperti zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya mempunyai banyak manfaat, terutama dalam usaha untuk membersihkan jiwa dan memperoleh keampunan Allah. Antara keutamaan zikir ini adalah:
Mengampunkan Dosa Zikir ini adalah cara yang sangat baik untuk memohon pengampunan dari Allah SWT. Setiap kali seseorang mengucapkan “Astaghfirullah,” mereka mengakui dosa-dosa yang dilakukan dan memohon keampunan dengan penuh kehinaan. Dengan mengamalkan zikir ini, seseorang dapat membersihkan dirinya dari dosa-dosa kecil yang mungkin tidak disedari. Membersihan Hati dan Jiwa Mengamalkan zikir ini dengan ikhlas dapat membersihkan hati dan jiwa dari penyakit hati seperti riak, hasad, dan dendam. Ia juga dapat memberikan ketenangan kepada hati dan menenangkan fikiran, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Meningkatkan Keberkatan Hidup Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya ini mengakui keberkatan dan kebesaran Allah, yang merupakan sumber segala kebaikan. Dengan mengamalkannya, seseorang akan merasai keberkatan dalam setiap aspek kehidupannya, baik dalam rezeki, kesihatan, hubungan, mahupun dalam segala urusan harian. Penenang Jiwa dan Penyelesai Masalah Sebagai zikir yang mendalam maknanya, ia dapat membawa ketenangan dalam menghadapi kesulitan hidup. Ia menjadi doa yang menghubungkan seseorang dengan Allah, dan melalui zikir ini, seseorang dapat memohon pertolongan Allah dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Video Bacaan Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya Berikut merupakan video bacaan Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya yang dikongsikan Aramin Nasiri di laman Youtube beliau:
Baca juga: Masjid Quba : Masjid Pertama dalam Sejarah Islam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/astaghfirullah-rabbal-baroya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=astaghfirullah-rabbal-baroya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yaph Jiwa Gundah

Yaph Jiwa Gundah

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 115 hits
LIRIKSsedarkah diriku melihat dunia yang rapuh terlekaBenarkah zahirnya yang hancur semua berlabuh kerana palsuJiwaku sering mencari tenang menghapus semuaMasa lalu hanya rindu sinar bulan pun kelam dan kelabuAkui patah hati biarkan waktu b...
Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 97 hits
Pelakon terkenal Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila beliau berkongsi momen istimewa bersama keluarganya sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah Dalam hantaran terbaru di Instagram Fattah me...
Meruntun Jiwa Tanah Runtuh Ragut Nyawa Dua Beradik

Meruntun Jiwa Tanah Runtuh Ragut Nyawa Dua Beradik

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 86 hits
Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit Ajil Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik Mangsa Puteri Sajidah Azman 16 dan adiknya Siti Fatimah 13 ditemukan...
Cara Pilih Tema Deko Bilik Tidur Yang Sesuai Dengan Jiwa Anda

Cara Pilih Tema Deko Bilik Tidur Yang Sesuai Dengan Jiwa Anda

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 160 hits
Bilik tidur adalah tempat kita recharge tenaga lepas seharian penat bekerja Sebab tu penting untuk pastikan bilik kita cozy selesa dan cantik Jom explore beberapa jenis tema deko bilik tidur yang tengah trending sekarang Siap ada nak shoppi...
Cara Solat Taubat

Cara Solat Taubat

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 189 hits
cara solat taubat Sahabat boleh ikuti panduan ini Solat taubat dilakukan seperti berikut 1 Rakaat pertama baca Al Fatihah dan Al kafirun2 Rakaat kedua baca Al Fatihah dan Surah Al ikhlas x33 Tertib hingga ke salam4 Selepas salam beristigfar...
Perbanyakkanlah Taubat

Perbanyakkanlah Taubat

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 175 hits
Perbanyakkanlah Taubat Kerana yang namanya mati tidak menunggu kita telah bertaubat baru ajal menjelma Mati adalah pasti hidup insha Allah Itulah janji Allah dalam al Quran Taubat tidak susah dan boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja J...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong