Meruntun Jiwa Tanah Runtuh Ragut Nyawa Dua Beradik


Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.

“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.

“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro & Bernama
The post Meruntun Jiwa, Tanah Runtuh Ragut Nyawa Dua Beradik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/meruntun-jiwa-tanah-runtuh-ragut-nyawa-dua-beradik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Tertimbus Dua Beradik Maut Seorang Selamat

Rumah Tertimbus Dua Beradik Maut Seorang Selamat

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 277 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua beradik dikenal pasti mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Ajil Hulu Terengganu petang tadi Mangsa dikenali Puteri Sajidah Azman 16 dan adiknya Siti Fatimah 13 yang ditemui 6 32 petang...
Tanah Kubur Runtuh Wanita Terkejut Kain Kafan Ibu Masih Elok Walaupun Sudah 12 Tahun Dikebumikan

Tanah Kubur Runtuh Wanita Terkejut Kain Kafan Ibu Masih Elok Walaupun Sudah 12 Tahun Dikebumikan

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 455 hits
Beberapa kubur runtuh akibat hakisan ombak yang melanda Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras Kuala Nerus Terengganu dan hakisan yang berlaku menyebabkan lima jenazah termasuk tiga yang masih berkain kafan dikebumikan semula Siti Idayu M...
Tanda Awal Tanah Runtuh

Tanda Awal Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 187 hits
Awas Orang ramai dinasihatkan untuk lebih peka dan waspada tanda awal tanah runtuh
3 Sekeluarga Terperangkap Tanah Runtuh Di Ajil

3 Sekeluarga Terperangkap Tanah Runtuh Di Ajil

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 209 hits
Kerja kerja operasi menyelamatkan mangsa oleh Unit STORM masih dijalankan di lokasi kejadian di Jalan Bukit Apit Ajil Hulu Terengganu KUALA BERANG Tiga individu dipercayai sekeluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Ajil Hulu Ter...
Dua Ekor Kambing Ini Ditahan Pihak Polis Kerana Gemar Kejar Orang

Dua Ekor Kambing Ini Ditahan Pihak Polis Kerana Gemar Kejar Orang

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 318 hits
KOSMODua ekor kambing yang ditahan di dalam kereta polis di Kent Washington InstagramWASHINGTON Dua ekor kambing ditahan polis selepas menyerang dan mengejar pejalan kaki di bandar Kent Washington lapor agensi berita United Press Internatio...
Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 369 hits
Haspaizi ZainDikemas kini dengan maklumat yang lebih lengkap Dua Anggota Dewan Undangan Negeri Bersatu digugurkan daripada jawatan exco kerajaan Perlis iaitu Wan Zikri Afthar Ishak dan Megat Hashirat Hassan Bagaimanapun tempat mereka digant...
Dua Wanita Antara 17 Yang Ditahan Bantu Kes Gaduh

Dua Wanita Antara 17 Yang Ditahan Bantu Kes Gaduh

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 360 hits
BernamaPolis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas dekat George Town awal pagi semalam Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata...
Piala Malaysia Dua Jaringan Pdrm Saat Akhir Kecewakan Nsfc

Piala Malaysia Dua Jaringan Pdrm Saat Akhir Kecewakan Nsfc

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 368 hits
Pemain Negeri Sembilan FC Annas Rahmat cuba menghalang pemain PDRM FC Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi ketika beraksi pada saingan Piala Malaysia 2024 2025 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini Foto Bernama POLIS Diraja Malaysia FC...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Gadis Kopi

Daging Goreng Bollywood Style Paling Menggoda Resipi Mudah Tapi Rasa Luar Biasa

Pasaran Di Persimpangan Lonjakan Pasaran Menjelang Akhir Tahun Vs Kebimbangan Gelembung Teknologi

Rejab Syaaban Ramadan

Bila Sakit Datang Bertamu

Mg Motors Registered A Sales Record In 2025 In Europe A Tale Of Rapid Growth And Expanding Presence