Ashira Hilang Kerja Diusir Tuan Rumah







Kegembiraan penyanyi Di Ombak Resah, Ashira, 35, apabila dipilih menjadi salah seorang peserta program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) bertukar menjadi sayu apabila diusir keluar selepas gagal membayarkan sewa rumah selama enam bulan.

Berkongsi kisah sedihnya, Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz berkata, dia tidak mampu membayar sewa rumah selepas kehilangan kerja sebagai penyanyi kelab berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

"Sebelum ini, saya menyanyi di kelab malam di Dubai, Bahrain dan Abu Dhabi. Bagaimanapun, saya pulang ke Malaysia, tahun lalu. Fokus saya hanya membuat persembahan gig memandangkan saya tidak ada kontrak untuk menyanyi bersama band di kelab.

"Sepatutnya, saya terbang ke China untuk menyanyi di sana, namun hasrat terpaksa dilupakan dalam masa sekarang.

"Saya tiada pendapatan apabila hilang punca pekerjaan. Mulanya, tuan rumah minta saya menjelaskan bayaran mengikut kemampuan. Walaupun tak banyak, saya usahakan juga.

"Tak sangka pula, tuan rumah bertindak memberikan untuk saya keluar rumah dalam masa yang singkat. Ketika itu, saya baru saja mendapat berita diterima untuk menyertai GV7. Lebih menyedihkan, hari ini (semalam) adalah hari terakhir saya perlu serahkan kunci kepada tuan rumah," katanya.

Walaupun kehilangan berpendapatan tetap, namun Ashira tidak berputus asa untuk terus mencari rezeki demi menampung kehidupannya.

"Saya menjual laksa pada bulan puasa lalu. Sambutannya sangat menggalakkan memandangkan tiada bazar Ramadan dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, keadaan jadi sebaliknya apabila kedai makan mula beroperasi.

"Hasil jualan langsung tak balik modal, sekali gus menyukarkan saya membuat pusingan modal. Duit simpanan pula semakin menyusut membuatkan saya tak mampu nak menjelaskan sewa rumah," kata ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki itu.

Sambil menyeka air mata yang mengalir, Ashira berkata, apa yang membuatkannya sedih apabila mengenangkan kesusahannya memberikan impak pada anak yang berusia 14 tahun itu.

"Saya pernah dihubungi guru sekolah menyatakan anak seperti berada dalam tekanan. Jujurnya, saya tak tahu mengenainya kerana dia tidak pernah meluahkan kepada saya. Mungkin itu sifat remaja lelaki yang agak keberatan untuk berkongsi perasaan dengan ibu.

"Anak hanya bercerita dengan guru dan menyatakan kebimbangannya mahu meneruskan kehidupan dan persekolahan selepas kami diusir daripada rumah. Perkara inilah yang membuatkan hati bertambah sayu.

"Buat masa ini, kami tinggal berasingan. Anak tinggal di rumah kakak dan saya pula menumpang rumah seorang lagi kakak," katanya Ashira yang sudah lima tahun bergelar ibu tunggal.

Mengulas penyertaannya dalam program GV7, Ashira berkata, tidak pernah merancang kembali mewarnai dunia seni arus perdana selepas kecewa dengan apa yang berlaku.

Ashira berkata, dia serik untuk kembali kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Saya kecewa apabila tenggelam timbul berikutan masalah dalaman yang berlaku pada syarikat rakaman. Saya ambil keputusan untuk keluar daripada industri dan menyanyi di kelab selepas muncul dengan album kedua pada 2003.

"Bagaimanapun, terdetik hati mahu kembali apabila ramai mencari saya selepas membaca komen dalam laman sosial.

"Apabila dihubungi Astro bertanyakan apakah saya berminat untuk menyertai program GV7, saya terus bersetuju," katanya.

Katanya, dia berdepan dengan masalah untuk menyanyikan lagu terkini terutama dendangan penyanyi generasi baharu.

"Saya kena banyak buat kajian dan saya bersyukur kerana pihak pengurusan banyak membantu," katanya.

Selain Ashira, GV7 turut disertai Mus, Yantzen, Noraniza Idris, Cliff Umar, Aju, Oja, Nomad, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Haslinda serta dua kumpulan iaitu Eva dan Indigo.

Program itu akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober depan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), setiap Ahad jam 9 malam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/09/ashira-hilang-kerja-diusir-tuan-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puteri Sarah Beri Bayangan Punca Rumah Tangga Berantakan Curang Perlu Kerja Keras

Puteri Sarah Beri Bayangan Punca Rumah Tangga Berantakan Curang Perlu Kerja Keras

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 539 hits
Perihal rumah tanggan pelakon Puteri Sarah bersama pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof yang didakwa dilanda badai itu sehingga kini terus bermain teka teki dan masih belum mengetahui situasi sebenar source
Buasir Otak Tv Bila Cikgu Bagi Banyak Kerja Rumah

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Bagi Banyak Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 634 hits
Bila tiba hari Jumaat tapi cikgu bagi banyak gila kerja rumah atau homework lepas tu suruh hantar hari Isnin Jom tonton video animasi ini
Video Takut Lambat Pergi Kerja The Rock Cabut Pagar Rumah Elektrik Seorang Diri

Video Takut Lambat Pergi Kerja The Rock Cabut Pagar Rumah Elektrik Seorang Diri

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 383 hits
181 total views 181 views today Gara gara terlambat untuk pergi ke lokasi penggambaran Dwayne The Rock Johnson telah meranapkan pintu pagar rumahnya yang tidak berfungsi kerana masalah bekalan tenaga elektrik akibat ribut Dalam perkongsian ...
Rayhan Luah Perasaan Selepas Hilang Rumah Cantik Kereta Wang Pekerjaan Yang Bagus

Rayhan Luah Perasaan Selepas Hilang Rumah Cantik Kereta Wang Pekerjaan Yang Bagus

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 351 hits
Malam tadi Ohmedia tiba tiba terbaca tentang harta yang dimiliki oleh seorang warga Banladesh Rayhan Kabir yang sebelum ini telah diusir dari Malaysia selepas mengeluarkan kenyataan berniat memburukkan Malaysia Dalam artikel itu mengatakan ...
Bpbd Data Sementara 289 Unit Rumah Terdampak Banjir Bandang Sukabumi

Bpbd Data Sementara 289 Unit Rumah Terdampak Banjir Bandang Sukabumi

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 193 hits
Pihaknya juga masih melakukan pendataan terhadap jumlah bangunan yang terdampak bencana tersebut Selain rumah ada beberapa jembatan penghubung antardesa yang terputus akibat diterjang bencana tersebut
Doa Biar Kuat Baru Isteri Dengar Apa Kita Doakan Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga

Doa Biar Kuat Baru Isteri Dengar Apa Kita Doakan Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 453 hits
Pelakon Saharul Ridzwan sememangnya dilihat sebagai suami yang cukup penyayang buat isteri dan dua anak anaknya Melewati instagramnya Saharul dilihat sering berkongsi kisah kehidupannya bersama anak anak tidak terkecuali berkongsi kisah hid...
Tak Sempat Looting Dah Too Soon 2 Lelaki Diberkas Kerana Pecah Rumah

Tak Sempat Looting Dah Too Soon 2 Lelaki Diberkas Kerana Pecah Rumah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 336 hits
Hasil tindakan pantas penduduk di sebuah taman perumahan berjaya menggagalkan hasrat dua lelaki melarikan barang berharga dari rumah penduduk yang dipecah masuk Dalam kejadian yang berlaku pada 12 30 tengah hari semalam di Taman Bukit Indah...
Hiburan Doakan Yang Terbaik Buat Kami Shamsul Yusof Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Bersama Puteri Sarah

Hiburan Doakan Yang Terbaik Buat Kami Shamsul Yusof Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Bersama Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 314 hits
Jika sebelum ini muncul desas desus mengatakan bahawa rumah tangga antara Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon Puteri Sarah kini goyah akhirnya pengarah terkenal itu tampil memberi sedikit komen terhadap spekulasi tersebut Terdahul...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

New Twist In Najib S Bid To Serve Jail Term At Home As Two Ministers Dispute Claims Over Supposed Royal Order



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Membuat Cerita Bergambar Dengan Tema Perubahan Iklim Global

Resepi Char Kuew Teow Udang

Kuih Lopes