Ashanty Kena Kecam Bawa Balik Covid 19 Dari Turki
Ashanty kena kecam bawa balik Covid-19 dari Turki
Sudahlah positif Covid-19, dikecam pula bawa pulang penyakit ke Indonesia.
Itu nasib yang diterima penyanyi Ashanti, 37, apabila disahkan positif Covid-19 setelah pulang daripada percutian di Turki.
“Kepada rakan-rakan media di luar sana, maaf saya harus jelaskan supaya beritanya tepat. Sebelum pulang, saya telah jalani ujian PCR sebanyak dua kali di Istanbul dan keputusan kedua-duanya negatif.
“Ketika saya sampai di Indonesiauntuk kuarantin di sebuah hotel, saya jalani ujian Real-Time ReverseTranscription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan keputusannya positif,” katanya.
Pelantun lagu Andai Aku Bisa yang juga penghidap penyakit autoimun itu memaklumkan dia tidak mengalami gejala serius.
“Alhamdulillah, tiada sebarang gejala serius namun saya tetap mengikuti prosedur kesihatan yang ditetapkan memandangkan saya memang ada penyakit lain,” katanya lagi.
Berhubung kecaman yang diterima, isteri kepada penyanyi terkenal Anang Hermansyah itu menempelak netizen yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas mereka.
“Kepada yang mencaci, saya ucapkan terima kasih dan semoga anda diberikan kesihatan yang baik. Anda tak akan pernah tahu alasan seseorang melakukan sesuatu tetapi sangat mudah mengecam.
“Kami ke sana bukan untuk berhibur semata-mata tetapi ada urusan lain juga dan tidak mengetahui tentang kewujudan varian baharu (Omicron) sedangkan sudah ramai yang turut bercuti,” ujarnya sambil bertegas temah mengikuti setiap prosedur ditetapkan sepanjang tempoh percutian.
Tambahnya, dia juga tidak melakukan jenayah atau melarikan diri selepas disahkan positif sehingga perlu berdepan kecaman hebat daripada netizen.
“Jujur, sedih saya melihat bagaimana anda begitu mudah mencaci orang lain yang anda tak tahu, apa alasan mereka bercuti, bagaimana dan lain-lain.
“Lainlah kalau saya lari ketika disahkan positif atau secara senyap-senyap pulang ke rumah sedangkan saya hanya duduk diam di hospital supaya tidak timbul sebarang kekecohan,” jelasnya.
Menjawab segala persoalan berhubung kos kuarantin, Ashanti berkata semua kos dibayar sendiri dan bukan pihak kerajaan Indonesia seperti yang didakwa.
“Saya bukan beban negara kerana semua perbelanjaan menggunakan duit sendiri bukan duit kerajaan.
“Saya mungkin jadi beban negara jika kuarantin di pusat yang disediakan kerajaan seperti di Wisma Atlet.
“Namun, saya kini mendapatkan rawatan di hospital swasta dan mengeluarkan duit sendiri membayar semua kos,” jelasnya.
Sehingga kini beberapa ahli keluarga Ashanti dan Anang menyewa satu tingkat khas di Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta bagi menjalani kuarantin walaupun keputusan ujian calitan negatif.
Sebelum ini, Ashanty bersama keluarganya melancong ke Istanbul dan turut disertai keluarga menantunya, Atta Halilintar. K Online
Ashanty kena kecam bawa balik Covid-19 dari Turki
Baca Artikel Menarik :
Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
Anya kena kecam bercium dengab Reza
Sharnaaz risau, Emma pula obses
Ameera Khan dikecam jual kek batik
Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
Khalid jangan sibuk tanah orang
Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?
Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur
The post Ashanty kena kecam bawa balik Covid-19 dari Turki appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/09/ashanty-kena-kecam-bawa-balik-covid-19-dari-turki/