Asas Kesihatan Jantung Pemakanan Pergerakan Dan Kesedaran


Kita kini hidup dalam era bertumpukan maklumat, dengan kemajuan saintifik, teknologi canggih, peningkatan kesedaran, dan perkembangan ekonomi membentuk cara kita hidup dan menjaga diri sendiri. Memandangkan akses kepada penjagaan kesihatan bertambah baik dan perbincangan mengenai kesihatan kini menjadi topik perbualan umum, ada yang membuat andaian yang kemajuan yang dicapai bereerti masalah kesihatan kini semakin berkurangan. Namun begitu,  masalah kesihatan kardiovaskular masih merupakan cabaran besar di Malaysia. Malah, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2023, sakit jantung iskemia kekal sebagai punca kematian kedua tertinggi yang mengakibatkan 15.1% daripada semua kematian yang disahkan dari segi perubatan. 


Menurut Vipada Sae-Lao, Ketua Pendidikan dan Latihan Pemakanan – Asia Pasifik, Herbalife, “Apabila berbicara tentang kesihatan jantung, kita masih membayangkan warga emas yang sering kelihatan kurang sihat. Tetapi kajian mendapati bahawa dalam kalangan komuniti Asia, masalah berkaitan jantung semakin banyak dikesan pada usia yang lebih muda, kadangkala tanpa disedari dan juga dalam kalangan individu yang kelihatan cergas. Bebanan kerja moden, perubahan diet, tekanan semakin tinggi, dan gaya hidup tidak aktif, ditambah pula dengan petunjuk kesihatan yang sering diabaikan, menimbulkan kesan negatif kepada kesejahteraan keseluruhan kita secara senyap, khususnya kesihatan jantung.” 
Memahami cara sistem kardiovaskular berfungsi adalah langkah awal yang penting ke arah menjaga kesihatan jantung. Jantung manusia, walaupun kecil (saiz lebih kurang sebesar gengaman tangan) merupakan suatu otot luar biasa yang mengerakkan seluruh badan. Setiap denyutan menghantar darah yang kaya dengan oksigen ke setiap organ, tisu dan sel, sambil menyalur keluar sisa seperti karbon dioksida daripada badan anda. 
Sempena Hari Jantung Sedunia pada September 29, 2025, marilah kita meninjau lima amalan pintar untuk jantung yang boleh melindungi dan menguatkan kesihatan kardiovaskular anda. 
1. Pinggan sihat jantung
Mengamalkan diet yang sihat untuk jantung memerlukan sedikit perubahan yang dilakukan secara sedar setiap hari, dan amalan-amalan mudah berikut boleh membantu: • Mengutamakan makanan lengkap: Makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kacang dan bijian untuk mendapatkan dos vitamin, mineral, fitonutrien dan serat pemakanan harian yang menyokong kesihatan jantung anda
• Memilih lemak sihat: Cuba ambil lebih banyak minyak yang sihat untuk jantung seperti– minyak zaitun, biji rami, kacang tanah, avokado dan kacang walnut. Sementara itu, ikan berlemak (salmon, tenggiri dan tuna), biji rami, walnut, kuaci labu, dan kacang soya kaya dengan asid lemak omega-3, yang boleh mengurangkan risiko masalah jantung. Elakkan lemak trans dan lemak tepu. • Hadkan gula dan garam: Obesiti (kegemukan) dan diabetes (kencing manis) adalah faktor risiko besar bagi sakit jantung, dan pengambilan gula yang tinggi ialah penyumbang utama kepada kedua-dua masalah kesihatan ini.  Mengehadkan pengambilan garam dalam diet anda juga faktor penting untuk mencegah tekanan darah tinggi, yang boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Adunan rempah dan herba yang sesuai dalam masakan boleh mengelakkan keperluan menambah garam dalam makanan. 


2. Perubahan kecil, impak besar
• Kehidupan yang aktif dari segi fizikal menyokong pengurusan berat badan, menambah baik penampilan anda dan juga meningkatkan kesihatan keseluruhan. Aktiviti fizikal meningkatkan peredaran darah dan kesihatan kardiovaskular. Senaman boleh meregangkan dan melebarkan salur darah dan meningkatkan aliran darah di seluruh badan, seterusnya membekalkan nutrien kepada jantung. Paling penting, ia menyokong pengeluaran semula jadi nitrik oksida (sejenis molekul yang penting untuk fungsi kardiovaskular optimum) oleh badan. Cuba lakukan aktiviti fizikal sederhana berat sekurang-kurangnya 30 minit seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal atau berenang, setiap hari atau berjalan kaki singkat pada hari kerja yang sibuk. • Mendapatkan tidur berkualiti yang secukupnya penting untuk kesihatan jantung. Ya, sebagai dewasa, kita perlu tidur 7-9 jam untuk membolehkan badan berehat dan dibaikpulih! 
3. Kurangkan untuk jantung lebih sihat

• Merokok adalah salah satu punca utama penyakit kardiovaskular kerana ia boleh merosakkan lapisan pelapik arteri dan menyebabkan pengumpulan bahan berlemak yang menyempitkan arteri. Malah asap sampingan boleh meningkatkan risiko anda mengalami strok sebanyak 30%. Rokok elektronik atau e-rokok juga meningkatkan risiko sakit jantung, maka mereka yang menggunakan e-rokok dalam percubaan untuk berhenti rokok secara konvensional perlu mempertimbangkan semula langkah ini. Bagaimanapun, yang pasti dengan berhenti merokok, anda boleh mengurangkan risiko mengalami penyakit kardiovaskular dengan ketara. • Kurangkan pengambilan alkohol. Terlalu banyak alkohol menimbulkan kesan negatif terhadap kesihatan jantung, meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan obesiti. Di majlis sosial, petua mudah termasuk berselang minum air dan minuman alkohol, minum minuman tanpa alkohol kalori rendah, menikmati minuman ringan tanpa gula, atau minum dalam gelas lebih kecil untuk membantu anda mengurangkan pengambilan. 
4. Tekanan mungkin tidak boleh dielakkan tetapi cara anda menanganinya penting.
Kajian menunjukkan bahawa tekanan atau stres barangkali menyebabkan sakit jantung, kerana ia memberi kesan kepada tekanan darah dan paras kolesterol. Tekanan kronik juga boleh mencetus amalan kurang sihat seperti makan berlebihan atau merokok dan meningkatkan hormon tekanan seperti kortisol— seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung. Luangkan masa untuk aktiviti yang menenangkan anda — seperti yoga, meditasi, pernafasan dalam atau kegiatan yang suka anda lakukan. Menguruskan tekanan bukan sahaja bagus untuk minda—ia cara yang berkesan untuk melindungi jantung dan memastikan badan anda dalam keadaan seimbang. Amalan yang dilakukan secara sedar didapati mengurangkan tekanan, menjadikan tidur lebih nyenyak, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. 
5. Memantau Ukuran Penting
Menjejak ukuran kesihatan anda ialah satu daripada cara yang paling bijak untuk melindungi jantung. Pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting; untuk memantau tekanan darah, kolesterol dan paras gula darah anda. Pemeriksaan kesihatan tahunan juga tidak kurang penting untuk mencegah sebarang kejutan yang tidak diingini. 


Teknologi yang boleh dipakai seperti jam pintar dan penjejak kecergasan boleh membawa manfaat kepada anda dengan memantau parameter masa sebenar seperti kadar jantung, tekanan darah, paras glukosa, tempoh aktiviti dan corak tidur. Data ini kemudiannya boleh digunakan oleh profesional penjagaan kesihatan untuk menganalisis dan menjejak kesihatan kardiovaskular terutamanya bagi individu berisiko tinggi. 
Dalam dunia hari ini yang pantas berkembang, mengambil langkah-langkah mudah ini demi gaya hidup lebih sihat boleh membawa perbezaan bermakna kepada jantung anda. Sama ada anda memulakan atau mengukuhkan tabiat yang sedia ada, setiap perubahan positif boleh membawa impak bermakna. 
Ambillah langkah pertama anda hari ini! Sama ada menyesuaikan sukatan makanan dalam pinggan, kadar perubahan atau pendekatan yang digunakan, perubahan paling kecil sekali pun yang dibuat pada hari ini boleh membawa kepada masa depan yang lebih sihat











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/09/asas-kesihatan-jantung-pemakanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amway Fish Oil Rahsia Kesihatan Jantung Yang Ramai Tak Sedar

Amway Fish Oil Rahsia Kesihatan Jantung Yang Ramai Tak Sedar

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1409 hits
Dalam dunia yang serba pantas hari ini ramai rakyat Malaysia berdepan cabaran menjaga kesihatan Gaya hidup tidak aktif diet tinggi lemak kurang bersenam dan tekanan kerja menjadikan masalah kesihatan semakin meningkat Antara penyakit yang s...
Blackmores Dan Institut Jantung Negara Galak Rakyat Malaysia Jaga Kesihatan Jantung Di Ijn Heart Games

Blackmores Dan Institut Jantung Negara Galak Rakyat Malaysia Jaga Kesihatan Jantung Di Ijn Heart Games

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 723 hits
Blackmores dan Institut Jantung Negara Galak Rakyat Malaysia Jaga Kesihatan Jantung Di IJN Heart Games Assalammualaikum semua Pada hari Rabu yang lalu Ruby hadir ke IJN Heart Games yang berlangsung di Centre Court The Curve Mutiara Damansar...
Salmon Omega Amway Rahsia Jantung Sihat Yang Ramai Belum Tahu

Salmon Omega Amway Rahsia Jantung Sihat Yang Ramai Belum Tahu

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1452 hits
Produk kesihatan semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya selepas ramai mula sedar tentang pentingnya penjagaan gaya hidup Salah satu produk yang sering jadi sebutan ialah salmon omega amway Ramai yang bertanya ada...
Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 2386 hits
Semalam industri hiburan dikejutkan dengan berita pengarah dan penerbit Datuk A Aida dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital Bekas suaminya penyanyi Ameng tampil berkongsi tentang apa yang diketahuinya setakat ini berhubung keadaan ...
8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 705 hits
Melalui platform TikTok f8buzz yang terbaru penyanyi Ameng berkongsi detik detik sewaktu menerima perkhabaran bekas isteri Datuk A Aida tidak menyedarkan diri 8 kali jantung A Aida terhenti Dalam perkongsian video tersebut Ameng atau nama s...
Ibu Bapa Terkejut Mayat Anak Tanpa Jantung

Ibu Bapa Terkejut Mayat Anak Tanpa Jantung

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 777 hits
KOSMO GAMBAR fail Byron Haddow Foto Nine NewsDENPASAR Bali nbsp nbsp Seorang pelancong Australia berumur 23 tahun yang meninggal dunia di Bali Indonesia nbsp dihantar pulang kepada keluarga dalam keadaan jantungnya hilang lapor portal berit...
Serangan Jantung Ringan Sebuah Peringatan Dalam Dada

Serangan Jantung Ringan Sebuah Peringatan Dalam Dada

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1351 hits
Serangan Jantung Ringan Sebuah Peringatan Dalam Dada Pandangan perubatan dan sentuhan puitis bila badan berbisik jiwa perlu mendengar Apa itu Dalam bahasa perubatan apa yang sering dipanggil serangan jantung ringan boleh merujuk kepada kead...
Cimic Tingkat Kesedaran Rakyat Pertahanan Bukan Tugas Tentera Semata Mohamed Khaled

Cimic Tingkat Kesedaran Rakyat Pertahanan Bukan Tugas Tentera Semata Mohamed Khaled

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 840 hits
Usaha mempertahankan negara bukan hanya terletak di bahu Angkatan Tentera Malaysia sebaliknya perlu digalas bersama oleh seluruh kerajaan dan masyarakat Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penganjuran Karnival Kerjas...
Ayam Brand Berganding Bahu Sunway Xfarms Perkasa Generasi Muda Dengan Ilmu Pemakanan

Ayam Brand Berganding Bahu Sunway Xfarms Perkasa Generasi Muda Dengan Ilmu Pemakanan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1836 hits
Ayam Brand jenama makanan terkenal dengan lebih 130 tahun warisan meneruskan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti melalui program CSR tahunan AyamBersamaMu Tahun ini inisiatif tersebut dilaksanakan bersama Sunway XFarms dengan pengisian...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia