Asam Pedas Ikan Pari


 Assalamualaikum WBT 


HARI Isnin kelmarin, Sk masak Asam Pedas Ikan Pari. Terpaksa rajin masak sebab hari ahad tu Sk tengok dalam peti sejuk, Pak Inche ada beli bunga kubis dan putik jagung, tu kalau tak dimasak segera, lebamlah jadinya. Teringat juga dua tiga minggu sudah, PI beli ikan pari, tu pun kalau dibiar lama-lama entah jadi apa 😃. Lagipun ada Iman, Iman penggemar Asam Pedas Ikan Pari. 


Sk lebihkan bawang sebab tak nak pedas sangat kuahnya. PI sekarang pesan jangan masak pedas-pedas, puncanya buasirnya dah datang balik.  Tapi, ada kawan Sk tu tak makan pedas pun kena jugak, tu yang pelik. Masa bercuti ke Kuantan hari tu, buasir PI agak teruk jugak dan kami ke Kedai Seng Seh cari ubat. Penjual di Seng Seh tu beritahu, jika buasir, elakkan makan kacang. Lepas tu baru teringat, PI makan banyak tempeyek, itulah penyebabnya rupanya, bukan biji lada


Chap Chai.. rupanya PI cuma beli putik jagung dan bunga kubis semata. Mujur ada cendawan hitam kering tu, jadilah Sayur Chap Chai tiga bahan. Mujur ada cili merah dan daun bawang, berseri sikitlah sayurnya, hahaha


PI singgah pasar malam sebab Iman kata nak Taufufa. Kalau dah sampai pasar malam, tahulah, bukan taufufa saja tapi dia beli kerang, vadei, roti canai dan popiah basah


Asam Pedas dan Sayur Chap Chai. Asam pedas Sk letak daun limau purut, tak ada pulak menanam pokok kesom kat rumah ni. Nak pergi kedai semata nak beli daun kesom memang bercintalah,  hahahaha

Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
Ikan Pari (potong kecil), jika boleh perap sekejap dengan pes asam jawa dan bilas). Ikan Pari Sk ni baunya fresh betul, jadi Sk tak perap dengan asam jawa

Bahan kisar:
30 tangkai cili kering12 ulas bawang merah3 ulas bawang putih
1" halia (ketuk, pecahkan)1" lengkuas (ketuk, pecahkan)2 batang serai diketuk
Minyak secukupnya untuk menumisAir secukupnya1/2 tbs pes asam jawa (Sk guna adabi)1/2 tbs garam 4 helai daun limau purut, buang urat daun
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama halia, lengkuas dan serai hingga terbit minyak

2. Tambah air secukupnya, biar ia merenih hingga terbit minyak lagi sekali

3. Masukkan ikan pari dan pes asam jawa, biar mendidih

4. Masukkan daun limau purut dan garam, biar merenih dan ikan empuk

5. Tutup api. 

Sayur Chap Chai tu, Sk cuma tumis bawang putih dan masukkan sos tiram serta semua bahan, tambah air sedikit untuk melembutkan bunga kubis dan putik jagung, siap



Kerang ni PI yang rebus. Sk tak makan sebab malas nak kopek. Lagipun nanti hilang feel makan asam pedas, hehehe. Tu takpa, siap makan roti canai rendam dalam kuah asam pedas, pehhhhh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/asam-pedas-ikan-pari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Asam Pedas Ikan Pari Paling Basic Mudah Tapi Rasa Sedap

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Paling Basic Mudah Tapi Rasa Sedap

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 235 hits
Penggemar Asam Pedas Ikan Pari harus cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini Resipi paling asas dan sesuai dicuba bagi anda yang baru pertama kali nak cuba belajar masak lauk Asam Pedas Masak Asam Pedas ni tidaklah sukar Paling p...
Lunch Asam Pedas Siakap

Lunch Asam Pedas Siakap

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 169 hits
Lunch Asam Pedas Siakap Hari minggu yang lemau untuk kami kat rumah sebab hujan turun dengan lebatnya Buat apa pun semua agak perlahan siram pokok bunga kat kawasan parkir bagi baja pada pokok Yang kat luar tak payah siram dah sebab dah dis...
Asam Pedas Sedap Di Arang Cafe Cendol Kampung Hulu D Makan Avenue Melaka

Asam Pedas Sedap Di Arang Cafe Cendol Kampung Hulu D Makan Avenue Melaka

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 305 hits
nbsp Bukan plan nak berjalan atau bercuti ke Melaka sebenarnya Kak ana dan Adik Ika menemani suami untuk ziarah kakak ipar kak ana yang sedang mendapatkan rawatan di pusat rehab Perkeso di Ayer Keroh nbsp Kakak sulung suami kak ana Kak Nah ...
Punca Ratusan Ikan Dalam Kolam Mati Masih Misteri

Punca Ratusan Ikan Dalam Kolam Mati Masih Misteri

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 185 hits
KOSMO RATUSAN ikan ditemui mati di Tasik Cove daerah Salt Lake Foto Bahagian Sumber Hidupan Liar UtahWASHINGTON Pegawai pegawai negeri Utah Amerika Syarikat menyiasat keadaan sebuah kolam tempatan selepas beratus ratus ekor ikan ditemui mat...
Restoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk Kumbar Pulau Pinang

Restoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk Kumbar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 168 hits
Restoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk KumbarRestoran Ikan Bakar Sri Anjung Teluk KumbarMacam mana aku jumpa restoran ni haaaaa ceritanya begini Al kisahnya aku dengan family check in hotel lexis kat teluk kumbar ni hotel ni sesuai kalau kora...
Resepi Gulai Ikan Temenung Dan Bendi

Resepi Gulai Ikan Temenung Dan Bendi

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 210 hits
Hai semua Menu tengahari semalam aku buat gulai ikan temenung dan bendi Makan pula dengan ikan goreng dan sambal belacan huhh apa nak kata tambah nasi Lama tak buat jadi teringin pula Gulai ikan adalah favorite arwah ayah aku Ingat lagi dul...
Ikan Puyu Dan Pucuk Harumanis

Ikan Puyu Dan Pucuk Harumanis

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 166 hits
IKAN PUYUSekarang ni di rumah kami sudah membela ikan puyu dalam poly tank Masa mula mula masukkan ikan puyu banyak jugak yang dah mati Encik Suami sauk dan buang Tak pastilah yang tinggal dalam tong ni berapa ekor jumlahnya Tapi nampak ban...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah