Asalmu Daripada Tanah
Manusia asalnya daripada tanah,Makan hasil tanah,Berdiri atas tanah,Akan kembali ke tanah.
Kenapa masih bersifat langit?-HAMKA
Pelikkan manusia
Padahal mereka tahu yang asal mereka itu daripada tanah. Mereka juga tahu yang lambat atau cepat, mereka akan kembali ke tanah. Tapi, tetap juga memilih untuk kekal bersifat langit
Pelikkan manusia
Mereka tahu yang mereka itu hamba Allah. Diciptakan oleh Allah dan kembali pun nanti kepada Allah. Tapi, tetap juga berdegil dan keras kepala dari mentaati perintah Allah. Masih tetap dengan sikap sombongnya
Ya, manusia itu kita. Kau dan juga aku
Setiap manusia itu adalah hamba. Hamba kepada Allah, sang Pencipta
Namapun sudah hamba. Apa kau masih ingin menunjukkan sikap sombongmu itu? Tidak cukupkah kau belajar dari peristiwa iblis yang dihalau dari syurga dan dilaknat itu
"Terus, bagaimana? Setiap kali aku melakukan kebaikan, ada sahaja yang menghalang. Ada sahaja ajakan untuk aku kembali melakukan kemungkaran?"
Apa kau fikir mujahadah itu mudah? Apa kau fikir syurga itu percuma
Apa kau fikir musuh-musuh islam akan gembira melihatmu mendekat kepada Pencipta
Bangkitlah
Sedarlah
Bukan hanya kau yang diuji dengan perkara itu. Bahkan ummat terdahulu juga turut diuji dengan pelbagai ujian. Mungkin lebih perit dan parah berbanding dirimu. Jika kau benar ingin mendekatkan diri kepadaNya, kau pasti akan bisa menghadapinya. :)
Dan, ingatlah. Di akhirnya, kau masih lagi tetap hamba. Hamba yang tidak pernah pasti apa yang terbaik untuk dirinya. Hamba yang cuma punya ilmu dan pengetahuan yang terbatas. Hamba yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan
Sekuat apapun kau mencuba, pasti ada waktunya kau akan rebah. Namun, itu tidak bererti bahawa Allah itu tidak kasih kepadamu. Ingatlah, rahmat dan kasih sayang Allah itu melebihi kasihnya seorang ibu terhadap anak.
Tidak mengapa jika kau sudah jauh tersasar
Tidak mengapa jika kau pernah terhanyut dengan duniawi
Ayuh
Kembalilah kepada Penciptamu
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah itu cintakan hambaNya yang mahu bertaubat
Kau dilahirkan dalam keadaan suci
Bebas dari dosa dan noda
Pasti, kau mahu kembali dalam keadaan yang sama bukan
Kembali dalam keadaan yang Allah redha denganmu
Kembali dengan jiwa yang penuh ketenangan
Allah.. Allah.
Moga jannatul firdaus milik kita semua
Amiin. :')
Penang
10 April 2019
3.26 pm
ana_fatihah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://solehahgirlz.blogspot.com/2019/04/asalmu-daripada-tanah.html