Asal Usul Penyembahan Berhala Menurut Islam


Sejarah penyembahan berhala dikatakan bermula sebelum kerasulan Nabi Nuh a.s., kerana saat kehadirannya kepada kaumnya, majoriti masyarakat pada masa itu telah pun menyembah berhala-berhala.

Penyembahan berhala di zaman Nabi Musa - Gambar hiasan

Islam bermula pada zaman nabi Adam a.s. dengan membawa akidah yang bersih iaitu hanya menyembah Allah, satu-satunya Tuhan.

Namun, lama-kelamaan, akidah ini mula menghakis lalu wujudnya konsep penyembahan berhala (pemujaan) terhadap orang-orang soleh.

Berhala secara umumnya adalah sebuah patung dewa-dewa yang disembah (dipuja) dan kebiasaannya diukir daripada batu, kayu, tanah liat, dan besi untuk membentuk manusia atau makhluk hidup yang lain.

Zaman Sebelum Banjir Besar

Pada zaman antedulivian (istilah Bible merujuk zaman sebelum banjir besar), terdapat lima orang wali Allah yang soleh bernama Wadd, Suwa, Yaghuth, Ya'uq dan Nasr.

Mereka mempunyai ramai pengikut yang setia kerana kesolehan mereka yang membawa ajaran nabi Syith a.s., seorang nabi dan anak nabi Adam a.s.

Menurut Ibnu Katsir dalam bukunya Qhisasul Anbiya', setelah mereka semua meninggal dunia (para wali), syaitan telah datang membisikkan kepada masyarakat ketika itu untuk membina patung di tempat kebiasaan mereka beribadat dan dinamakan sempena dengan nama-nama mereka.

Ya'kub dari Baul Muthahhar berkata ketika Abu Ja'far, al-Baqir ada menyentuh tentang nama Wadd.

Katanya, "Wadd adalah seorang hamba Allah yang soleh. Beliau sangat dicintai oleh masyarakatnya. Ketika Waad meninggal dunia, mereka menempati di sekitar kuburnya di Babylon.

"Di tempat itulah mereka meratapi kematiannya. Apabila iblis melihat ratapan mereka di sana, ketika itu juga dia menyamar berupa seorang pemuda.

"Iblis berkata, "Dari pemerhatianku, rupanya kamu tidak habis-habis lagi meratapi kematian orang di dalam kubur ini. Bagaimana jika aku buatkan sebuah patungnya untukmu.

"Kamu boleh menempatkannya di rumah. Dengan begitu kamu akan teringat kepadanya secara berterusan.

Mereka menjawab, "Ya! Kami setuju."

Maka Iblis membuat patung orang soleh tersebut.

Kemudian, patung tersebut ditempatkan di rumah salah seorang antara mereka untuk mengingatinya.

Ketika iblis melihat keinginan mereka untuk mengingatinya begitu bersungguh-sungguh, dia sekali lagi membuat cadangan.

"Bagaimana jika aku buatkan beberapa buah patung yang boleh diletakkan pada setiap rumah kamu. Dengan demikian akan mempermudahkan kamu untuk mengingatinya, tanpa terus berpindah-pindah."

Mereka menjawab: "Ya! Kami setuju."

Iblis memenuhi janjinya. Setiap rumah mereka dibuatkan sebuah patung orang soleh itu. Di hadapan patung inilah mereka menumpahkan segala kerinduannya dan mengingatinya.

Taksub Menjadi Syirik

Dalam perkembangan keturunan seterusnya, anak cucu mereka melihat kaedah yang dilakukan oleh ayah dan moyang yang menjadi pengikut setia orang soleh itu tadi.

Dengan berlakunya pertukaran generasi demi generasi, maka sedikit demi sedikit sejarah kehidupan orang soleh itu terhakis dan berganti menjadi orang yang dipuja kerana kesolehannya.

Sehingga dalam perkembangan generasi selanjutnya, mereka menjadikan patung-patung itu sebagai Tuhan yang disembah selain Allah. Di sinilah berlakunya syirik yang pertama di muka bumi.

Dari apa yang dinyatakan ini menggambarkan bahawa, segala patung berhala inilah yang mula-mula disembah oleh segolongan manusia selain dari Allah.

Ini bertitik tolak apabila perkembangan manusia berlalu, mereka kehakisan ilmu kerana ketiadaan pembimbing dari kalangan mereka untuk menghalang supaya tidak menjadikan patung orang soleh itu untuk disembah selain dari Allah.

Allah merakamkan nama mereka di dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: "Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa' dan Yaghuth, dan Ya'uq, serta Nasr." (Surah Nuh: 23)

Setelah mereka meninggal dunia (Wadd, Suwa', Yaghuth, Ya'uq, dan Nasr), maka syaitan segera memanfaatkan peluang ini dengan membisikkan kepada kaum mereka agar membuat patung-patung orang soleh ini di tempat mereka beribadat supaya ia dapat menaikkan semangat untuk beribadat sekali gus melambangkan kehormatan mereka terhadap orang soleh tersebut.

Di samping itu, ada juga yang berpendapat bahawa mereka juga mempunyai sembahan yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat yang berbunyi: "Janganlah kamu meninggalkan (penyembahan) Tuhan kamu," yang mana ayat ini berkemungkinan ialah bintang-bintang, bulan dan matahari yang saling kelihatan di malam dan siang hari.

Sayyid Qutub dalam Fi Zhilalil Quran menyatakan bahawa mereka mempunyai berhala dan patung yang beraneka macam mengikut selera dan citara rasa kebangsaan mereka.

Dakwah Rasul Pertama

Apabila mereka telah mensyirikkan Allah dengan berhala sembahan dalam pelbagai bentuk, maka Allah mengutuskan rasul-Nya iaitu Nabi Nuh untuk berdakwah kepada kaumnya seperti dirakamkan di dalam al Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Sama sekali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Aku takut jika kamu akan mendapat azab yang besar." (Surah al-A'raf: 59)

Nabi Nuh a.s. merupakan rasul pertama yang berdepan dengan umatnya yang mensyirikkan Allah.

Sebab itu di dalam sebuah hadis Shahih menyatakan, Nabi Nuh merupakan rasul yang pertama.

Mengenai situasi di akhirat kelak apabila manusia mula meminta syafaat kepada rasul-rasul mereka yang bermaksud:

"Adam a.s. berkata: "Aku tidak berhak demikian, kemudian Adam menceritakan kesalahan yang menimpanya. (Adam berkata): "Akan tetapi datanglah kepada Nuh, kerana Dia adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi. Maka orang-orang kemudian mendatangi Nuh." (Shahih Bukhari no: 7410)

Berpandukan kepada hadis ini, maka dapat diketahui bahawa Adam hanyalah seorang nabi, manakala Nuh merupakan seorang rasul yang pertama diutus, untuk menegakkan tauhid di kalangan kaumnya yang telah mensyirikkan Allah.

Kesimpulan

Pengajaran daripada kisah kaum nabi Nuh a.s. ini yang dapat kita ambil adalah, jangan membelakangi hukum Allah yakni menduakannya.

Jangan memiliki sifat taksub kepada orang soleh sehingga berlaku pemujaan dan menyebabkan perbuatan syirik kepada Allah.

Pada awal mulanya, mereka beralasan ianya adalah perkara baik agar lebih khusyuk beribadah, lama-kelamaan talbis iblis mengheret mereka kepada penyembahan kepada orang soleh tersebut.

Tugas menegakkan kalimah tauhid adalah peranan berat yang ditanggung oleh para rasul terdahulu.

Semoga Allah memelihara kita daripada melakukan dosa syirik dan menjadikan kita insan yang menyambung sunnah utama iaitu dakwah menegakkan tauhid.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Bagaimana Rupa Bentuk Berhala Kaum Arab Jahiliyyah?Kebencian Ideologi Komunis Terhadap Islam
sumber: askislam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/04/asal-usul-penyembahan-berhala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Periksa 2 Saksi Kpk Telisik Asal Usul Aset Tersangka Suap Garuda

Periksa 2 Saksi Kpk Telisik Asal Usul Aset Tersangka Suap Garuda

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 293 hits
Awalnya penyidik mengagendakan pemeriksaan terhadap enam saksi pada hari ini Namun hanya Sri Endang Nurliana dan Irfan Mediawan yang memenuhi panggilan pemeriksaan
Kisah Asal Usul Kenapa Gunting Rambut Turun Tekanan Darah Tinggi

Kisah Asal Usul Kenapa Gunting Rambut Turun Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 323 hits
Wan SidekNi pegawai perubatan nak ubat sikit kebodohan pegawai Azmin AliNak jilat pemimpin anda pun biar lah nampak cerdik sikitAduhKalau da nama politikus politikus PN level pemikiran confirm IQ nya rendahhahaha
Sejarah Dan Asal Usul Doa Li Khomsatun Penolak Wabah

Sejarah Dan Asal Usul Doa Li Khomsatun Penolak Wabah

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1396 hits
Adanya Pandemi COVID 19 atau telah membuat kita sebagai manusia tersadarkan akan betapa lemahnya diri ini Seakan kita diajak merenung kembali dan berintrospeksi diri terhadap segala apa yg diperbuat selama ini Berbagai ikhtiar dan doa terus...
Saya Bukan Ustaz Saya Hanya Seorang Lelaki Cina Yang Masih Belajar Tentang Islam Ebit Lew

Saya Bukan Ustaz Saya Hanya Seorang Lelaki Cina Yang Masih Belajar Tentang Islam Ebit Lew

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 597 hits
Malaysiakini Belajarlah melihat dengan cinta Pendakwah bebas Ebit Lew membuat permohonan maaf terbuka kepada pihak yang kurang senang dengan kerja amal yang dilakukannya ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan Dalam satu hantaran ya...
Mca Ada Lesen Besar Maki Islam Dan Melayu Sejak Merdeka

Mca Ada Lesen Besar Maki Islam Dan Melayu Sejak Merdeka

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 581 hits
Hairan tak Semenjak Merdeka sampai sekarang parti MCA dan Gerakan dibenarkan memaki dan menista Islam semahu mereka dan tiada tindakan yang diambil ke atas mereka UMNO seperti memberi lesen besar kepada MCA menyebar kata nista dan cacian se...
Saya Minta Maaf Saya Bukan Sesiapa Cuma Cina Belajar Islam

Saya Minta Maaf Saya Bukan Sesiapa Cuma Cina Belajar Islam

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 348 hits
Sejak penularan wabak COVID 19 di Malaysia pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan serta The post appeared first on
Saya Bukan Sesiapa Cuma Cina Masuk Islam Luahan Hati Ebit Lew Buat Netizen Sebak

Saya Bukan Sesiapa Cuma Cina Masuk Islam Luahan Hati Ebit Lew Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 403 hits
Nama Ustaz Ebit Lew disebut sebut sejak beberapa hari kebelakangan ini Rata rata memuji tindakannya menghulurkan bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berjalan Namun masih ada yang mempertik...
Budak Cina Mahu Jumpa Ebit Lew Untuk Peluk Islam

Budak Cina Mahu Jumpa Ebit Lew Untuk Peluk Islam

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 1520 hits
Seorang kanak kanak lelaki berbangsa Cina menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew yang kini sedang sibuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook Zulhamizam Miza...
Tak Pernah Dengar Lagi Data 9 Dari 10 Orang Islam Murtad Peguam Syarie

Tak Pernah Dengar Lagi Data 9 Dari 10 Orang Islam Murtad Peguam Syarie

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 621 hits
Malaysiakini Peguam syarie Fadhlina Siddiq berkata sebagai seorang peguam sebuah majlis agama Islam negeri beliau tidak pernah lagi mendengar data sembilan daripada sepuluh orang Islam murtad Jika dakwaan ada sokongan data sangat bagus Jika...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba