Asal Usul Mandi Bunga



Mandi bunga adalah antara amalan yang masyhur di kalangan masyarakat tempatan. Mandi bunga dilakukan kerana dua sebab, yang pertama semata-mata untuk mewangikan badan dan menyegarkannya. Sebab kedua pula memiliki tujuan-tujuan tertentu seperti menghilangkan 's!al' dan sebagainya. Berikut ulasan menarik daripada Hazman Ibn Hassan Al-Arawi berkenaan mandi bunga yang duduk dalam kategori kedua.

Asal Usul Mandi Bunga
Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.
Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama” (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.
Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.
Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.
Unsur ‘Popular Islam’ juga ketara apabila teori ‘bau’ dapat difahami. Ada orang Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhlus halus khususnya jin dan roh ialah asap dan bau yang tertentu. Oleh itu, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi akan dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhlus halus yang tertarik dengan ‘makanannya’. Sebaliknya makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan ‘bau’ yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan. Maka, kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya akan lari.
Oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh ‘Puteri Gunung Ledang’ dll ?) sebagai khadam atau ‘pendamping’.
[ Cuba fikirkan kenapa dalam majlis mawlid ada yang membakar kemenyan yang mahal-mahal (contohnya yang sekilo harganya sampai RM seratus lebih dibeli di Makkah) supaya ‘wangi’? Sekurang-kurangnya diusahakan agar ada bunga rampai daripada campuran daun pandan yang diracik, air mawar, minyak attar dan pelbagai bunga untuk ‘wangi’ ? ]
Dan mengapa pula ketika pembacaan mawlid, antara pertukaran satu section ke section lain akan diselangi dengan korus ‘ATIRILLAHUMMA QABRAHUL KAREEM…’bermaksud Ya Allah, HARUMkanlah kubur baginda yang mulia .. yang diulang-ulangkan?? (Nak HARUM dengan apa melainkan dengan aroma bau yang wangi?). Saya pernah hadir ke majlis mawlid (in fact saya pun berzanji juga waktu tu) yang ketika sampai ke part menceritakan kelahiran Nabi maka semua hadirin akan bangun bermarhaban sambil dulang-dulang berisi bunga rampai diedarkan untuk para hadirin mengambil seorang sedikit bunga rampai tersebut. Syukurlah kalau semua ni sekadar ‘tradisi’, ‘adat kebiasaan’ atau ‘prop’ dalam suatu pertunjukkan ‘teater berunsur Islam tahunan’ yang sangat bersahaja. Akan tetapi kalau dikaitkan dengan hadirnya roh Rasulullah SAW maka apa akan jadi dengan kesahihan aqidah kita?? Mujurlah kita di Malaysia belum terpengaruh dengan amalan puak Brelvi di India yang sampai menyiapkan pelamin emas untuk kononnya diduduki oleh roh Nabi ketika majlis mawlid. Wallahul Musta’an.
Mandi Bunga dilakukan dengan tujuan untuk membuang 's!al' pada pelakunya, menjauhkan gangguan makhluk halus serta sekaligus menaikkan seri dan mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang cina) bagi dirinya (Amran Kassimin,1993:34). Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu (contoh daun bertemu urat, warna tertentu etc.) dan bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri yang akan mendatangkan manfaat yang diinginkan. Wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang sial’ yang lain dikenali sebagai mandi tolak bala, ‘mandi pengantin’ untuk bakal pengantin, ‘mandi bertabal’ untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.
Kenapa orang lain yang kena bersihkan sisa mandian? Sebab ‘sial’ (‘sueh’ kata orang cina) itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian, maka kalau orang yang mandi juga yang bersihkan sisa tersebut maka nanti ‘sial’ itu ‘hinggap’ semula, tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.Secara peribadi, saya berpandangan bahawa limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Misalnya:
i. Air tepung tawar yang ‘basic’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan tidak ketinggalan limau purut yang dihiris (O.K Rahmat,1983:11)
ii. Kajian A.Aziz Bidin dan Aishah Muhammad (1998:180) terhadap tumbuhan ritual mendapati limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.
iii. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan sebagai pakej adat perkahwinan Melayu selepas kedua-dua pengantin bersatu dengan pengantin berpakaian lengkap dan duduk di bawah kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan sebagainya akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut (Syed Alwi,1986:41)
iv. Kajian Amat Juhari Moain (1990:105) di Sungai Dacing, Lenggeng Negeri Sembilan mendapati dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi, pawang akan mengambil limau-limau yang disediakan untuk ‘ditawarkan’ dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi agar padi subur dan selamat dari bencana.
Demikianlah sedikit analisis tentang sebab dan teori mandi bunga, mohon dibetulkan mana yang salah. Adapun tentang kedudukannya di sisi aqidah dan syari’ah Islamiyyah diserahkan kepada mereka yang lebih berilmu untuk menanggapinya.​
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2024/07/asal-usul-mandi-bunga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Usul Agama Kristian Selepas Kematian Nabi Isa

Asal Usul Agama Kristian Selepas Kematian Nabi Isa

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 95 hits
Agama Kristian berkisar tentang perjalanan hidup Nabi Isa a s atau Jesus Christ Maka apabila kita berbicara tentang sejarah agama Kristian kita sebenarnya menyentuh mengenai perjalanan hidup Jesus Christ Gambar hiasan Oleh demikian maka sej...
Buasir Otak Tv Main Bunga Api Dalam Rumah Sampai Kebakaran

Buasir Otak Tv Main Bunga Api Dalam Rumah Sampai Kebakaran

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 234 hits
Setiap kali budak tanya teka teki Ali main bunga api dalam rumah rumah kebakaran Abu tak main bunga api pun rumah kenakaran Kenapa Jom tonton animasi ini
Syafiq Farhain Gugurnya Bunga Cinta Chord

Syafiq Farhain Gugurnya Bunga Cinta Chord

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 210 hits
Rm D C Bm Am G B Em Izinkan aku sayang D Em Menyentuh perasaanmu Am B Biar gelora cinta semalam Em Izinkan aku sayang D Em Merinduimu selalu Am B Biar bergetar nalurimu Am Em Walau berkali kau membenci Am Em Cintaku takkan hilang Am Em Himp...
Pintu Dikunci Istri Saat Belanja Suami Tewas Usai Terjebak Di Kamar Mandi Saat Kobaran Api Bakar Ruko

Pintu Dikunci Istri Saat Belanja Suami Tewas Usai Terjebak Di Kamar Mandi Saat Kobaran Api Bakar Ruko

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 157 hits
Saat kejadian diduga korban tak bisa keluar karena rolling doornya dikunci istri yang pergi berbelanja
Tragis Satu Keluarga Di Bekasi Tewas Berpelukan Dalam Kamar Mandi Saat Kebakaran Gudang Perabotan

Tragis Satu Keluarga Di Bekasi Tewas Berpelukan Dalam Kamar Mandi Saat Kebakaran Gudang Perabotan

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 95 hits
Satu keluarga yang terdiri dari suami istri dan tiga anak perempuan tewas saat kebakaran gudang perabotan
Bunga Pink Carnation Bouquet Daripada Happybunch

Bunga Pink Carnation Bouquet Daripada Happybunch

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 179 hits
Tiada apa yang dapat menandingi perasaan gembira apabila menerima sejambak bunga yang indah Bunga bukan sekadar hiasan ia membawa makna emosi dan memori yang mendalam HappyBunch percaya bahawa isyarat yang sederhana boleh membawa kebahagiaa...
Nikmatnya Rasa Jelly Teh Bunga Ni Confirm Ulang Kali Makan

Nikmatnya Rasa Jelly Teh Bunga Ni Confirm Ulang Kali Makan

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 163 hits
Dapat minuman sejuk seperti jelly teh bunga ni memang puas hati Minum pula semasa tekak tengah haus Menariknya minuman ini ada diletakkan jeli di dalamnya Sedut air dan makan bersama jeli Boleh juga jamu tetamu jika ada majlis tertentu Bole...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023