Asal Usul Azan Dan Lafaznya



Soalan:
Dari manakah asal usul azan serta benarkah lafaz azan diketahui melalui mimpi sahabat Nabi SAW?

Jawapan:
Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/338) menyebut: Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: “Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi.” Umar RA pula berkata: “Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat?” Lalu Rasulullah SAW bersabda:

يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ
“Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.” [Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)]

Manakala berkenaan asal usul lafaz azan, terdapat dua orang sahabat yang telah mendapat mimpi yang sama tentang azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab R.A. Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:

لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ...رُ

قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ...رُ

“Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut?” Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).”

Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat).”

[Riwayat Abu Daud (449)]

Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:

إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا رَأَيْتَ ، فَلْيُؤَذِّنْ بِهِ ، فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ فَقُمْتُ مَعَ بِلاَلٍ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهِ عَلَيْهِ ، وَيُؤَذِّنُ بِهِ ، قَالَ : فَسَمِعَ ذَلِكَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ، وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ ، وَيَقُولُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُولَ اللهِ ، لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ مَا رَأَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
“Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama Bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah).” Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.” [Riwayat Abu Daud (449)]

Kesimpulan

Pengsyariatan azan walaupun daripada mimpi para sahabat mengikut sebahagian riwayat tetapi ianya tidak bercanggah dengan riwayat yang lain. Ini kerana apabila diberitakan kepada Rasulullah SAW makanya, Baginda SAW mengiyakannya. Dan ikrar Rasulullah SAW termasuk dalam hadith Nabi SAW sementelahan lagi telah dibentangkannya kepada Baginda SAW.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman yang baik dalam agama Islam yang kita cintai ini mengikut petunjuk Nabi-Nya SAW. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/asal-usul-azan-dan-lafaznya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Asal Usul Nama Daerah Di Jakarta Mendapat Namanya

18 Asal Usul Nama Daerah Di Jakarta Mendapat Namanya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 395 hits
Dengan Wajah barunya hari ini Jakarta genap berusia 492 tahun Bagi mereka yang tinggal berhijrah atau pernah melancong ke Jakarta pasti tertanya dari manakah nama nama tempat di daerah Jakarta ini mendapat namanya ye Jadi jom kita selongkar...
10 Info Menarik Tentang Bubble Tea Asal Usul Nama Jenis Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

10 Info Menarik Tentang Bubble Tea Asal Usul Nama Jenis Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 473 hits
Bubble Tea lagi Bubble Tea lagi dimana mana pon orang masih lagi bercakap pasal minuman viral kegemaran ramai ni Kedai kedai minuman ini dari pelbagai jenama tumbuh bak cendawan selepas hujan Hebat betul fenomena minuman ini Tapi ramai sebe...
Asal Usul Mince

Asal Usul Mince

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 244 hits
Sebenarnya kann Mince ni dah lama wujud dalam pasaran sejak oktober 2015 lagi Masa ni kak zana antara yang dijemput join bisnes ni oleh founder nya sendiri iaitu Marziana Shukri Waktu ni ada terma syarat tak dibenarkan expose diri sebagai s...
Asal Usul Annabelle Patung Paling Menakutkan Yang Benar Benar Berhantu

Asal Usul Annabelle Patung Paling Menakutkan Yang Benar Benar Berhantu

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 685 hits
Annabelle dikatakan adalah anak patung paling berhantu dan menyeramkan yang pernah dicipta malah benar benar mengganggu dan menakutkan pemiliknya juga lebih popular di dunia mengalahkan Barbie Di Korea Selatan dilaporkan beberapa individu d...
Asal Usul Keturunan Dan Geografi Turki

Asal Usul Keturunan Dan Geografi Turki

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 303 hits
Wilayah Seberang Sungai kini dinamakan sebagai Turkistan Kawasan ini terletak antara Banjaran Mongolia dan utara China di timur dan Laut Khazar di barat Tanah Pamah Siberia di utara dan benua kecil India dan Parsi di sellatan Kawasan ini di...
Kemacetan Jakarta Memburuk Bptj Usul Ganjil Genap Asean Games 2018 Diberlakukan

Kemacetan Jakarta Memburuk Bptj Usul Ganjil Genap Asean Games 2018 Diberlakukan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 216 hits
Bambang menambahkan saat ini pihaknya hanya tinggal menunggu keputusan dari Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan
Usul Komnas Ham Tanggulangi Masalah Over Kapasitas Penjara

Usul Komnas Ham Tanggulangi Masalah Over Kapasitas Penjara

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 248 hits
Choirul pun enggan menanggapi soal perilaku menyimpang seksual yang terjadi di penjara Dirinya hanya ingin masalah overkapasitas dibenahi dari akar
Usul Tambah Kerusi Dun Sabah Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan

Usul Tambah Kerusi Dun Sabah Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 266 hits
Astro Awani Kerajaan dijangka akan mengusulkan draf Perintah Perlembagaan Persekutuan tersebut bersama dengan Laporan SPR untuk pembentangan di Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019 Gambar hiasan SANDAKAN Usul tambah kerusi Dewan Undangan Negeri ...
Khairy Usul Terhadap Guan Eng Jika Dakwaan Bn Rompak Bayaran Balik Gst Tak Benar

Khairy Usul Terhadap Guan Eng Jika Dakwaan Bn Rompak Bayaran Balik Gst Tak Benar

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 392 hits
Khairy Jamaluddin tak menolak kemungkinan membawa usul menghadapkan Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Dewan Rakyat sekiranya siasatan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengesahkan laporan yang menyangkal da...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co