Asah Bakat Penulisan Di Blog
Asah Bakat Penulisan BerblogAsalamualaikum & Salam Sejahtera.
Salam hormat kepada semua teman blogger Malaysia dan juga pembaca blog ini. Sangat hargai kehadiran anda di blog ini. Tanpa kehadiran anda untuk membaca melihat blog ini, blog ini tiada apa-apa makna.
Merenung ke luar jendela, hendak mencari ilham untuk blog kesayangan ini.
Berblog sebenarnya amat menyeronokkkan, amat memberikan anda satu rasa kepuasan, memberikan kita rasa lega apabila kita berjaya menyampaikan satu persembahan di alam maya, setanding dengan blogger terkenal yang berjuta di Malaysia.
Pada Etuza berblog merupakan hobi yang boleh mengisi masa lapang dan tempat mendapat ramai kawan dalam blog tanpa mengira jauh dan dekat. Perbezaan yang jelas antara blogger ialah KESUNGGUHAN , MINAT DAN KESEMPATAN DARI SEGI MASA MENGURUS BLOG.
Pada hal, berblog mampu menjadi satu tempat untuk kita mengasah bakat dan kebijaksanaan kita. Blog mampu menjadikan kita menjadi seorang yang kreatif dan inovatif menerusi cara kita menulis sesuatu sebagai persembahan di blog.
Sayang jika blogger bertindak terus menjadikan blog sepi sepanjang masa. Tetapi andai seseorang blogger itu menyepikan diri dari berblog merupakan tindakan terbaik baginya maka kita semua harus hormati keputusannya.
Blog boleh kita khususkan untuk satu genre penulisan atau kita pelbagaikan agar kita mampu meluaskan karya kita. Akan tetapi untuk terus bertahan berblog, dan sentiasa segar dan menapak no satu di carian Google Search adalah sesuatu yang mustahil. Kerana akan berlaku kita ketipisan idea lalu blog perlahan akan menyepi. Pasti akan muncul blog baru yang ceria dan segar menceriakan suasana masyarakat pembaca. Lebih berharga jika jutaan pembaca memanfaatkan ilmu di blog kita.
Asahlah bakat anda bakat kita semua di dalam penulisan di blog. Lakukan persembahan di blog dengan penulisan secara kreatif dan inovatif.. Bagaimana hendak tuliskan sesuatu secara kreatif dan inovatif di blog. Tulislah persembahan seperti :-1. Pengalaman kehidupan anda yang meliputi pelancongan hidup anda.Sampaikan dengan penuh rasa ikhlas.2. Tulislah tentang hobi anda yang mampu menjadikan hobi anda satu inspirasi kepada orang lain.3. Persembhankan tentang motivasi, nasihat untuk penduan kepada ramai orang. Pasti boleh.4. Kongsikan sesuatu seperti cogan kata, sumber motivasi yang menjadikan anda hidup lebih baik terhasil dari memegang kata kunci yang amat menjadi keramat kepada anda.5. Kongsikan tentang keindahan alam, panorama alam yang sungguh indah ini. Letak gambar yang menarik agar ramai pembaca merasakan keindahan alam ciptaan Allah ini sangat luar biasa.6. Jika ada keberanian cuba blogger baru atau lama kongsikan cerita tetang sesorang yang ada jadikan idola atau sesorang yang istemewa dalam hidup anda.
Pada Etuza 6 tema di atas mampu menjadikan kita dapat mengasah bakat penulisan seseorang blogger, selain mampu menjadikan blogger menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam penulisan di blog. Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/11/asah-bakat-penulisan-di-blog.html