As Ad Motawh Acu Pistol Pun Saya Tetap Menyanyi






Mutakhir ini, nama penyanyi muda, As’ad Motawh menjadi bualan ramai berikutan pelbagai insiden menimpanya. Daripada jatuh pentas, nyanyian dikatakan ‘lemah’, dipeluk peminat wanita hinggalah persembahannya tidak dapat sambutan menghantui dirinya.

Pada usia 18 tahun, sudah pasti situasi itu cukup berat untuk ditanggungnya. Apatah lagi, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Senyum itu baru memulakan kerjaya seninya.

Bagaimanapun, As’ad tidak mudah patah semangat sebaliknya bangkit menetapkan misi dan visi demi kelangsungan kariernya.

“Terus terang, saya tak tahu nak buat apa lagi. Apa yang saya lakukan ada saja tidak kena di mata orang ramai.

“Namun, saya tidak akan mengaku kalah kerana menjadi anak seni adalah impian sejak kecil. Saya tidak akan sesekali membiarkan orang menidakkan apa yang saya cuba capai.

“Ketika mula melangkah dalam bidang ini pun ramai yang pertikai kemahuan saya untuk jadi penyanyi. Namun, saya percaya dengan kemampuan diri dan yakin dapat pergi jauh,” katanya.

Menurut As’ad, keraguan segelintir pihak itu menguatkan semangatnya untuk mengejar impian bergelar penyanyi.

Dia nekad mengabaikan kata-kata yang cuba memperlekehkan usahanya.

“Saya pasak dalam diri walau apa pun rintangan yang terpaksa dihadapi, saya akan pastikan cita-kita tercapai. Biarlah dengan cara apa sekali pun, yang penting saya berusaha.

“Buat mereka yang minta saya berhenti menyanyi, cakap saya tak boleh, ingatlah saya masih muda dan perjalanan masih jauh. Banyak lagi masa dan ruang untuk saya perbaiki diri. Jadi, berhentilah melontarkan kata-kata negatif,” katanya.

As’ad turut mengakui sokongan tidak berbelah bahagi artis senior turut mendorongnya meneruskan apa yang diusahakan. Segala nasihat diterima dengan hati terbuka dan gembira.

“Saya tidak kisah apa netizen nak cakap kerana mereka bukan ada dalam industri. Saya lebih teruja dengan sokongan yang diberikan artis senior dan rakan yang sudah menang Anugerah Juara Lagu termasuk Haqiem Rusli.



“Ini jalan hidup yang saya pilih dan tiada kata-kata yang mampu menghalang cita-cita saya. Kalau diacukan pistol dan disuruh berhenti menyanyi sekali pun, saya takkan lakukannya,” katanya.

Lebih menyemarakkan semangat juangnya adalah kata-kata perangsang bapanya serta sokongan anggota keluarga lain.

“Ayah selalu pesan jangan berhenti mengejar impian. Lagipun, berangan-angan itu percuma, bukan?

“Namun, kalau berangan-angan tanpa usaha tak akan dapat hasilnya. Jadi, apabila pasang angan-angan kenalah berusaha.

“Orang ramai tak boleh berharap saya capai tahap kualiti vokal Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya dalam satu malam. Pastinya ia mengambil masa bertahun-tahun,” katanya.

Berkongsi mengenai hala tuju muziknya, As’ad berkata dia bakal membawa pembaharuan dalam karyanya selepas ini. Menurutnya, sudah tiba masa untuknya menjadi diri sendiri dan tampil dengan lagu yang dekat dengan jiwanya.

“Tiga single terdahulu saya ditentukan oleh syarikat rakaman. Insya-Allah selepas Aidilfitri nanti saya akan tampil dengan pembaharuan kerana semua lagu saya hasilkan sendiri.

“Sudah sampai masa saya melancarkan lagu yang kena dengan jiwa dan menggambarkan siapa As’ad,” katanya.

Dengan hala tuju baru itu, penyanyi yang tampil dengan single Warna itu mengakui lebih yakin dengan kemampuannya terutama aspek nyanyian.

“Segala aspek termasuk genre, susunan muzik dan nyanyian berdasarkan kemampuan serta kekuatan saya. Insya-Allah tak akan sumbang lagi selepas ini,” katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/asad-motawh-acu-pistol-pun-saya-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Acu Pistol Pun Saya Tetap Menyanyi As Ad Motawh Tidak Hirau Kecaman Netizen

Acu Pistol Pun Saya Tetap Menyanyi As Ad Motawh Tidak Hirau Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 334 hits
Sejak kebelakangan ini bermacam macam insiden menimpa As ad Motawh sehingga dikecam oleh netizen supaya berhenti daripada bidang nyanyian Bukan itu sahaja penyanyi yang berusia 18 tahun ini turut dikecam kerana tidak boleh menyanyikan lagu ...
As Ad Motawh Sering Buat Kerja Amal

As Ad Motawh Sering Buat Kerja Amal

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 784 hits
Penyanyi As ad Motawh mendedahkan dia kerap melakukan aktiviti kebajikan setiap bulan sebagai antara kegiatan ibadah dengan hasil pendapatannya sebagai penyanyi Bagaimanapun As ad 18 tidak mahu mempamerkannya dalam laman sosial dan lebih su...
Resipi Kari Ayam Kampung Kerala Yang Pekat Tips Buat Chapati Ori Mudah Di Rumah

When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Unik Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Drama Korea Beyond The Bar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Putu Bambu

Jalan Untuk Pas Berpisah Dari Bersatu Terbuka

Laporan Produksi Yufid Bulan Juli 2025

Problem Problem Keluarga Dan Pengaruhnya Terhadap Anak

30 Amalan Di Usia Senja

A Practical Guide To Bulk Toilet Paper For Homes And Businesses