As 300 Juta Lagi Dana 1mdb Dipulangkan Kepada Malaysia


Oleh Rafidah Mat Ruzki  

PUTRAJAYA: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sudah memulangkan sejumlah AS$300 juta lagi dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan pagi ini, berkata, jumlah itu adalah dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS.

Katanya, dengan pemulangan AS$300 juta itu menjadikan jumlah keseluruhan dana yang sudah dipulangkan kepada kerajaan membabitkan nilai AS$620 juta.

Beliau berkata, pada 30 Oktober 2019, penjenayah dikehendaki Malaysia, Jho Low, mencapai penyelesaian dengan DoJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang difailkan oleh jabatan itu terhadap aset yang dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB.

"Jumlah AS$300 juta ini merangkumi beberapa aset yang dilucut hak dan dijual, serta aset berkaitan 1MDB yang disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu berkait dengan Jho Low.

"Pemulangan AS$300 juta ini bermakna dana 1MDB yang dikembalikan kepada Malaysia, sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset, secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 juta," katanya.

Muhyiddin berkata, proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ.

Justeru, katanya, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika, terutamanya Kedutaannya di Kuala Lumpur, atas bantuan dan kerjasama utuh dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta itu.

Pada masa sama, Muhyiddin turut berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan.

"Usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan, dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan AS, DoJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/as300-juta-lagi-dana-1mdb-dipulangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doj Pulangkan Dana As 300j Mlik 1mdb Kepada Malaysia

Doj Pulangkan Dana As 300j Mlik 1mdb Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Amerika Syarikat telah memulangkan sebanyak AS 300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad kepada Malaysia Wang itu merupakan dana yang diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah inisiatif pe...
Tahukan Anda 13 Juta Rakyat Malaysia Yang Layak Mengundi Tak Mengundi Ph Pada Pru 14

Tahukan Anda 13 Juta Rakyat Malaysia Yang Layak Mengundi Tak Mengundi Ph Pada Pru 14

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 295 hits
Kita selalu mendengar macai PH melainkan bahawa kerajaan PN bukan mendapat mandat rakyat Soalnya adalah PH mendapat mandat rakyat sebenarnya Memang semasa PRU 14 PH boleh kuasai negara kerana UMNO BN dan PAS tidak bersama Mari kita lihat se...
Malaysia Hilang Hasil Rm300 Juta Setiap Satu Dolar Harga Minyak Jatuh

Malaysia Hilang Hasil Rm300 Juta Setiap Satu Dolar Harga Minyak Jatuh

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 289 hits
Pada setiap satu dolar harga minyak jatuh M sia hilang hasil RM300 jutaMalaysia akan kehilangan RM300 juta bagi setiap kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak AS 1 setong kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mustapa Mohamed Beliau berkata ba...
Rentasan 666 Panas Pemulangan Dana 1mdb Bukti Wujudnya Skandal 1mdb

Rentasan 666 Panas Pemulangan Dana 1mdb Bukti Wujudnya Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 301 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6661 TAK MALUKAH MENGAKU JASA PIHAK LAIN 2 WANG 1MDB BUKAN DURIAN RUNTUH TAPI WANG CURI 3 BAGUS TANAM BULUH ASALKAN NEGARA TANPA DAP4 SEMUA AZMIN NAK TERLIBAT KECUALI BUAT KERJA MITI
Rahsia Jutawan Forex Malaysia Untung Berjuta Juta Dengan Modal Biasa Biasa

Rahsia Jutawan Forex Malaysia Untung Berjuta Juta Dengan Modal Biasa Biasa

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 289 hits
Sesiapa yang kenal Forex di Malaysia sentiasa berfikir atau berangan agan menjadi seorang Jutawan Forex Malaysia Yang berjaya Siapa yang tidak mahu untuk berada di zon
Amerika Pulangkan Rm1 3 Billion Daripada Dana 1mdb

Amerika Pulangkan Rm1 3 Billion Daripada Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 244 hits
Kerajaan Amerika Syarikat telah memulangkan sejumlah AS 300 juta wang sitaan daripada aset berkaitan 1MDB kepada Malaysia kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Jumlah itu kata Muhyiddin merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan di...
Finance Ministry Malaysia Received Rm2 7b In 1mdb Funds From Us Doj So Far

Finance Ministry Malaysia Received Rm2 7b In 1mdb Funds From Us Doj So Far

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 275 hits
Malaysia has received US 620 million to date from the United States since the 1Malaysia Development Bhd s asset recovery efforts were initiated in June 2018 Minister of Finance Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz said today Among the fund...
Rm1 Juta Dana Khusus Untuk Gelandangan Annuar Musa

Rm1 Juta Dana Khusus Untuk Gelandangan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR 14 April Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian daripada dana itu akan disa...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi