Aryssa Stabil Cuma Belum Sihat Sepenuhnya Amyra Rosli
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli, memaklumkan bahawa tahap oksigen puteri kesayangannya, Ayra Aryssa kini stabil.
Perkembangan tersebut dikongsikan pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu menerusi Instastory di entri Instagram miliknya.
Menurut Amyra, cahaya matanya itu masih diberikan ubat-ubatan selain paras bacaan oksigennya juga dipantau doktor.
Dalam pada itu, dia menzahirkan penghargaan buat orang ramai yang tidak pernah lekang mendoakan kesejahteraan buat puteri bongsunya itu.
“Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada semua yang tidak henti mendoakan Aryssa. Oksigen dia masih lagi dipantau tetapi Alhamdulillah, oksigen sudah stabil.
“Bagaimanapun, dia masih lagi dimasukkan ubat ini semua. Banyak, banyak sangat ubat-ubatan yang sudah masuk dalam badannya selama empat hari.
“Saya sendiri tidak sanggup melihat dia menelan ubat, masukkan ubat, serta nak membuang air besar pun perlu pam ubat,” kongsinya di Instastory.
Amyra bagaimanapun reda dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap segala ujian Allah buat mereka pada masa ini.
“Tetapi nak buat macam mana kan, ini ujian yang saya harus lalui. Anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan masih tidak fasih bercakap.
“Kena lalui jangkitan Kawasaki yang sangat teruk ini. Namun, saya percaya yang Allah akan memberi kepada dia.
“Aryssa stabil, cuma dia masih belum sihat sepenuhnya,” tuturnya panjang.
Menerusi perkongsian terkini, isteri kepada pelakon Amar Baharin itu memaklumkan anaknya kini mula dapat berborak, pada hari ini, selepas lima hari berada di was hospital.
Pada Rabu lalu, Ayra Aryssa terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.
Anak kedua bagi pasangan tersebut kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki, iaitu keradangan saluran darah yang biasanya menyerang kanak-kanak di bawah lima tahun.
Sekadar informasi, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.
Aryssa stabil, cuma belum sihat sepenuhnya – Amyra Rosli
Baca Artikel Menarik:
PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu
Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’
Video terkini Ummi Khazriena, kanak-kanak yang viral dalam iklan Hari Kemerdekaan 15 tahun lalu
Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan
Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?
Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong
Pendakwah bebas maut kemalangan
Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang
7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup
Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000
Imam berjubah antara 8 mat rempit ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan
Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3
Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung
The post Aryssa stabil, cuma belum sihat sepenuhnya – Amyra Rosli appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/12/aryssa-stabil-cuma-belum-sihat-sepenuhnya-amyra-rosli/