Arus Deras Keruh Sukarkan Operasi Cari Nur Arina




GERIK: Keadaan arus sungai yang deras dan keruh antara kesukaran dihadapi pasukan penyelamat dalam operasi pencarian seorang wanita yang dikhuatiri lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang, dekat sini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pusaran air di beberapa kawasan juga menjadi cabaran kepada pihaknya untuk mengesan keberadaan mangsa.
Katanya, operasi pencarian yang memasuki hari kedua itu masih gagal menemukan Nur Arina Azizan, 20, meskipun radius pencarian diperluaskan sehingga 10 kilometer (KM) dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.
“Operasi mencari mangsa semalam dimulakan di Sungai Air Beruk dimana aliran sungai ini akan mengalir ke Sungai Rui sebelum masuk ke Sungai Perak dalam anggaran 16KM.
“Berdasarkan pemerhatian, arus air di Sungai Air Beruk lebih deras berbanding Sungai Rui namun keadaan air di Sungai Rui pula agak keruh jadi menyukarkan kaedah pencarian secara visual.
“Malah, risiko lain yang ditempuhi pasukan penyelamat adalah kawasan air berpusar yang menghalang akses kita untuk mencari mangsa yang mungkin terperangkap di kawasan itu,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Bomba (PKB) di Kampung Padang Stang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan penyelamat yang menyusuri Sungai Rui hari ini mendapati banyak kayu-kayu dan pokok tumbang termasuk kelapa sawit di tepi sungai di mana mangsa mungkin juga terperangkap di kawasan tersebut.
Sehubungan itu katanya, lokasi tersebut akan dijadikan tumpuan dalam operasi pencarian esok dengan melibatkan pertambahan anggota dan bot.
“Esok, kita akan turunkan empat buah bot lagi dari bomba dengan jumlah keseluruhan enam bot selain dibantu nelayan tempatan di mana kita akan memperluaskan radius pencarian sehingga 16KM.
“Kita akan fokuskan kepada ‘hotspot’ yang telah dikenal pasti atau kawasan-kawasan yang mempunyai kayu-kayu dan pokok-pokok tumbang di sekitar sungai,” katanya.
Tambahnya, khidmat dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) bomba juga digunakan dalam operasi mencari mangsa.
Dalam kejadian sekitar pukul 2.30 petang semalam, Nur Arina dihanyutkan arus deras ketika bermain pelampung bersama adik perempuan dan ibunya serta dua sepupu di Sungai Air Beruk, di sini.
Difahamkan, pelampung dinaiki mangsa berpisah dengan yang lain sebelum dia bertindak turun dari pelampung lalu dihanyutkan arus deras. – UTUSAN




Source link
The post Arus deras, keruh sukarkan operasi cari Nur Arina appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/arus-deras-keruh-sukarkan-operasi-cari-nur-arina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ana Timbullah Ana Abah Tunggu Lama Dah Abah Nak Jumpa Ana Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg Air Beruk

Ana Timbullah Ana Abah Tunggu Lama Dah Abah Nak Jumpa Ana Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg Air Beruk

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 394 hits
Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama empat ahli keluarganya Menurut Sinar Harian kejadian berkenaan berlaku di Sungai Air Beruk Jalan Padang Stang Kampung Kerunai Gerik pada Ah...
Cousin Recalls Nur Arina S Excited Moments Before Tragic Incident

Cousin Recalls Nur Arina S Excited Moments Before Tragic Incident

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 136 hits
GERIK The cousin of the drowning victim Nur Arina Azizan said the 20 year old was quite excited to return to her village this time around for leisure activities including taking a dip and going down the river on a float during a picnic outi...
Sukar Cari Jodoh Terengganu Sedang Bangunkan Aplikasi Jodoh Darul Iman

Sukar Cari Jodoh Terengganu Sedang Bangunkan Aplikasi Jodoh Darul Iman

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 196 hits
Untuk memudahkan rakyat Terengganu mencari dan bertemu jodoh mereka Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengambil inisiatif akan melancarkan aplikasi yang akan dikenali sebagai Jodoh Darul Iman Aplikasi yang dibangunkan oleh Top I...
Islam Tidak Bermasalah Yang Banyak Masalah Adalah Lebai Cari Makan Dan Melayu Politik

Islam Tidak Bermasalah Yang Banyak Masalah Adalah Lebai Cari Makan Dan Melayu Politik

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 241 hits
Kita patut mencontohi Singapura sebab pendekatan mereka lebih hampiri toleran dan saling menghormati antara manusia yang memang mirip ajaran Islam Draf RUU Mufti Wilayah Persekutuan itu mula diusulkan oleh Kerajaan sebelum ini Maksudnya RUU...
Sering Kecewa Dengan Legging Yang Cepat Rosak Atau Tidak Selesa Jom Cari

Sering Kecewa Dengan Legging Yang Cepat Rosak Atau Tidak Selesa Jom Cari

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 186 hits
Selalu kecewa dengan legging yang cepat lusuh atau buat rasa tak selesa Nak cari yang fit elok tapi tak ketat bukan senang Bila jumpa legging Elgini terus beli sehelai untuk cuba Sekali pakai terus rasa lain selesa lembut dan tak panas Seka...
Edu Tinggalkan Arsenal Cari Cabaran Baharu

Edu Tinggalkan Arsenal Cari Cabaran Baharu

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 117 hits
Edu antara watak penting bawa Arteta ke Emirates dalam memperkuatkan cabaran Arsenal Foto Agensi EDU berharap kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal meneruskan peningkatan prestasi seperti yang dilakukan pada ketika ini selepas beliau melepask...
Inteam Nur Munajat Chord

Inteam Nur Munajat Chord

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 314 hits
D Cm Gm F Gm F Allahu Ya Allah F Gm Allahu Ya Allah Gm F Allahu Ya Allah F D Allahu Ya Allah Gm D Ya robbana taq rofna F D Bi an nana taq rofna Cm F Wa an nana asrofna D D Cm Ala lazho asyrofna Gm Dm Allahu Ya Allah F Gm Allahu Ya Allah Gm ...
Nur Nadia Anak Ditemukan Di Klia

Nur Nadia Anak Ditemukan Di Klia

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 259 hits
Asrol Awangam hmetro com myKuantan Ibu sarat mengandung lapan bulan bersama anak lelakinya berusia empat tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah di Kampung Chendering di sini semalam ditemukan di Lapangan Terbang Antaraba...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak