Art Harun Pilihan Muhyiddin


KONTROVERSI pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun atau popular dengan nama Art Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) sangat menarik untuk diteliti rakyat.
Pertamanya, ini bukan pertama kali berlaku. Speaker sebelum ini, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof juga dilantik secara kontroversi kerana janji Pakatan Harapan sebelum memenangi PRU ialah melantik Speaker yang tidak berpartisan.
Bagaimanapun, ketika dilantik, Mohamad Ariff ialah ahli Parti Amanah Rakyat (Amanah).
Usul pelantikan Mohamad Arif dipertikai pembangkang ketika itu (selepas PRU14 tahun 2018) kerana dianggap tidak mematuhi peraturan usul Dewan Rakyat.
Pembangkang melakukan bantahan kerana menganggap notis 14 hari sebelum persidangan tidak dipenuhi walaupun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar usul tersebut pada 2 Julai 2018 namun tiada ahli Parlimen pembangkang menerima notis dalam tempoh 14 hari seperti yang dikehendaki.
Ketidakpatuhan peraturan ini ‘disahkan’ dengan pengumuman Majlis Pimpinan Pakatan Harapan mengenai calon Speaker pada 10 Julai 2018 iaitu lima hari sebelum pembentangan usul tersebut.
Ini berbeza dengan proses penyingkiran Mohamad Ariff dan pelantikan Art Harun.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan dengan tertib mengikut peraturan Dewan. Notis pemberitahuan dan pengeluaran notis usul sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pembentangan dipatuhi.
Ini memang catatan sejarah kerana kali pertama Dewan Rakyat menyingkirkan Speaker pada pertengahan penggal.
Mohamad Ariff disingkirkan dengan majoriti tipis 111 menyokong dan 109 menentang.
Keliru Kedua, perbahasan dalam dan luar Dewan mengenai penyingkiran dan pelantikan Speaker yang dibuat oleh pihak tertentu sangat mengelirukan rakyat.
Perkara 3, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan: “Bila-bila jawatan Tuan Yang Dipertua itu kosong, baik dengan sebab dibubarkan Parlimen atau dengan lain-lain sebab, maka Majlis, sebaik-baik cukup bilangan ahlinya, hendaklah memilih Tuan Yang Dipertua.”
Ini sekali gus menangkis dakwaan bahawa Speaker tidak boleh disingkirkan kecuali Parlimen dibubarkan.
Satu lagi dakwaan yang mengelirukan rakyat ialah bahawa pelantikan Art Harun tidak mematuhi peraturan kerana tiada perbahasan dan pengundian.
Jika diimbau pelantikan Mohamad Ariff juga tiada proses pengundian dan perbahasan dibenarkan. Bagaimanapun, Setiausaha Dewan dalam kes pelantikan Mohamad Ariff dan Art Harun menggunakan prosedur yang sama mengikut Perkara 4 (2) dan (3) PMDR.
Perkara 4.2 menyatakan, “Seseorang ahli dengan berucap kepada Setiausaha, hendaklah mencadangkan seorang ahli lain atau seorang lain yang hadir jadi Tuan Yang Dipertua… cadangan ini hendaklah disokong tetapi tidak dibenarkan dibahas.”
Perkara 4.3 pula menyatakan, “Jika hanya seorang ahli atau seorang lain yang dicadangkan dan disokong jadi Tuan Yang Dipertua, maka Setiausaha hendaklah memasyhurkan ahli atau seorang lain itu telah kena pilih, dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat. Jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat.”
Justeru, keputusan yang dibuat oleh Setiausaha Dewan untuk tidak membenarkan sebarang perbahasan dan pengundian dalam pelantikan Speaker Dewan merupakan satu aturan dewan yang jelas.
Selagi tiada satu mandat yang kuat kepada mana-mana parti utama yang mempunyai ideologi politik yang jelas, maka rakyat harus membiasakan diri dengan kelaziman baharu politik negara yang penuh kontroversi dan ketidaktentuan ini.
*Ab Jalil Baker ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
The post Art Harun pilihan Muhyiddin appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/19/art-harun-pilihan-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Pas Gelar Art Harun Liberal Sekarang

Dulu Pas Gelar Art Harun Liberal Sekarang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 356 hits
Sikap Pas hari ini terhadap pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah dipersoalkan selepas pernah menggelar bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu sebagai liberal Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH N...
Art Harun Banyak Sangat Tentang Beliau

Art Harun Banyak Sangat Tentang Beliau

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 397 hits
BANYAK PENDEDAHAN MENGENAI BELIAU KELUARGA DAN KEHIDUPAN SOSIAL BELIAU NAMUN BLOG INI TODAK AKAN MEMAINKAN ISU KELUARGA DAN PERIBADI UNTUK MENJAGA AIB INDIVIDU Art Harun Speaker Dewan Rakyat Baru Jom kita tonton video video Art Harun Art Ha...
Pm To Nominate Art Harun As Dewan Rakyat Speaker Azalina As Deputy Speaker

Pm To Nominate Art Harun As Dewan Rakyat Speaker Azalina As Deputy Speaker

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 362 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is expected to nominate Datuk Azhar Azizan Harun as the Dewan Rakyat Speaker and Datuk Seri Azalina Othman Said as the Deputy Speaker during the upcoming Dewan Rakyat sitting on July 13 Muhyiddin is s...
Tiada Pilihan Muhyiddin Azmin Perlu Kembali Segera Rujuk Kepada Umno

Tiada Pilihan Muhyiddin Azmin Perlu Kembali Segera Rujuk Kepada Umno

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 376 hits
Mohon semula jadi ahli UMNO dan bubar BERSATU adalah pilihan terbaik Muhyiddin dan Azmin untuk kekal relevan seperti sekarang Runding cara boleh dibuat dengan Zahid dan Najib dalam situasi win win demi bangsa ugama dan negara sediapakai Itu...
Mahathir 4 Others File Suit Against Art Harun S Appointment As Speaker

Mahathir 4 Others File Suit Against Art Harun S Appointment As Speaker

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 323 hits
Dr Mahathir Mohamad and four MPs aligned with him have filed a suit challenging the appointments of Dewan Rakyat speaker Azhar Harun and deputy speaker Azalina Othman Said The five who are seeking a declaration that the speaker s position h...
Di Mana Art Harun Yang Kami Kenali

Di Mana Art Harun Yang Kami Kenali

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 303 hits
Pada 16 Julai 2020Kenyataan Media Dr Ong Kian Ming Ahli Parlimen Bangi dan Penolong Pengarah Pendidikan Politik Parti Tindakan Demokratik pada 16 Julai 2020Pertukaran kerajaan di Malaysia yang berlaku pada Februari 2020 melukakan hati oleh ...
Art Harun Dari Mahkamah Dan Spr Ke Parlimen

Art Harun Dari Mahkamah Dan Spr Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR 13 JULAI Datuk Azhar Azizan Harun 58 yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu merupakan seorang yang arif tentang undang undang Lebih dikenali dengan panggilan Art Harun anak jati Kedah yang dilahirkan pada 2...
Why This Display Of Vitriol Over Art Harun S Election As Speaker

Why This Display Of Vitriol Over Art Harun S Election As Speaker

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 255 hits
N Surendran The past two weeks have seen sustained criticism abuse and attacks upon Azhar Azizan Harun both in Parliament as well as on social media and in certain news media Pakatan Harapan politicians and other opponents of Perikatan Nasi...
Pakatan Does Not Uphold The Agree To Disagree Rule When It Comes To Art Harun

Pakatan Does Not Uphold The Agree To Disagree Rule When It Comes To Art Harun

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 275 hits
All Art Harun has to do is to kick one or two Umno MPs out of the dewan the next time they stand up to speak out of turn Pakatan Harapan will then sing his praises and will proclaim him Allah s gift to the nation All Pakatan Harapan needs i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching